Sunday, November 3, 2013

Ikan Patin Poyok Hogoh Pahang Hogoh

Salam semua...

Demam piala malaysia skrg ni.... dlm wall fesbuk penuh status pasal bola je... hehe...

Tak kira la anda sokong pahang atau kelantan... jaga lah adab dan tutur kata ye... kadang2 ada yg terlalu obses dgn bola sampai bergaduh bagai... isk isk isk..

Memandangkan aku menetap di Pahang makanya sokongan tu ke arah Pahang la kan.. hehe.. makanya arini kita masak menu org Pahang ye.... Ikan Patin Tempoyak...

Resepinya simple je.. and semua org tau masak menu ni kan...

Resepi Ikan Patin Tempoyak

1 ekor Ikan Patin - siang dan cuci bersih (aku cuci dgn tepung dan limau)
1 inci Kunyit *
10 tangkai Cili Api * kisar
Tempoyak secukupnya
1 btg Serai - ketuk sedikit
Asam keping
Daun kesom
Timun masak

Cara :
Aku suka tumis skit tp dgn mnyk yg sedikit ye.
Panaskan mnyk, tumis bahan kisar bersama serai. Masukkan air dan masukkan tempoyak... aku suka pekat so tempoyak kasik lebih.. masukkan 1 keping asam keping... biar mendidih seketika then masukkan ikan dan daun kesom... setelah mendidih perasakan dgn garam dan masukkan timun masak... siap

Donut Gebusss Gebasss..

Salam semua...
Mood meroti membuak2 skrg... dok selok tgk hasil roti org2 lain... bila buat x menjadik sokmo... kata org blh je guna tpg gandum... seploh kali aku cuba seploh kali masuk tong sampah... huhu...
Akhirnya aku g beli jgk tpg high protein dgn tpg roti...
So... semlm konon nk wat roti... pikir2 balik.. baru je buang roti yg x jadik ke tong sampah... huhu....
Pikir punyer pikir... buat donut lah... lama x buat... and kebetulan ada tpg high protein... apa lg... goggle punyer google resepi... gotcha!.. kita cuba resepi ni...
Donut Gebusss Gebass
Resepi asal : hasue
Bahan-bahan
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)
Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
Kemudian, tekaplah guna acuan donut. Nk perap boleh nk terus goreng pon boleh.. :)
Selamat Mencuba~

Tuesday, October 29, 2013

Shaklee Independent Distributor (SID)

Assalamualaikum...
Anda tau pasal Shaklee?  Rasanya ramai yg dh tau and dh mencubanya...
Aku sendiri dh cuba dan disebabkan berpuas hati dgn kesannya aku mengambil keputusan untuk join membership. .. alhamdulillah...
Tak byk lg produk yg aku dh cuba.. insya Allah bila dh jdk ahli Shaklee harap2 aku semakin mengenali kebaikan Shaklee..
Kalau anda nk cuba pon boleh... dont worry aku bg harga terbaik punyer.. yg penting u all puas hati dan ada positive effect. .. kalau xde bajet amik satu2 dulu.. xde hal.. as long as kita disiplin amik supplements. . Tol dak.. hehe..

Saturday, October 19, 2013

Karipap Daging ~simple dan sedap

Salam...

Masih byk stok daging di rumah?...

Apa kata anda buang lemak2 daging.. bersihkan dan cincang.. if ada food processor lg mudah... daging cincang ni mcm2 blh buat tau... spageti, lasagna, puff dan inti karipap....

Aku pon dh siap cincang daging tadi dan dh decide nk buat inti karipap... mmg fab aku karipap inti daging berbanding ayam dan sardin.. hehe... buat sendiri lg puas hati kan.. ;)

Jom kita semak resepi... aku amik dari blog Ros Jintan Manis... Tq ros... ;)

Karipap Rangup

BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula 《tak guna gula pon》
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air sejuk yang dalam peti ais 《tmbh ketulan ais dlm air 》

CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.

2. Bahagi dok kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti. Buat sehingga habis.

3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.

Nota: Selepas doh di uli, perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.

Inti Karipap

2 biji kentang 》
1 biji keledek  》cincang dadu
1/2 biji karot  》
Daging yg telah dicincang
1 paket kecik serbuk kari 》semestinya ku guna jenama Baba's  ;)
2 sudu besar cili kisar
1 1/2 biji bawang besar 》potong dadu
garam secukupnya

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili kisar. Kemudian masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air hingga garing.

2. Kemudian masukkan daging. Dan akhir sekali masukkan kentang, keledek dan karot, kacau selalu dan biarkan empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan. 《Aku tapiskan inti ni utk buang mnyk yg ada》

Dh siap semua.. apa lagi.. kelim la karipap tu ye... utk resepi kulit tu... 500g aku dpt dlm 60-60pcs... maybe depends pada ketebalan/kenipisan kulit masa dicanai..

Selamat mencuba.. :)

Friday, October 18, 2013

Daging Goreng Halia bersama Minyak Bijan

Salam...

Menu daging ke dua.. hehe..

Best tau menu ni.. sbb wangi mnyk bijan tu menyelerakan... dan plg best x susah pon nk buat...

Moh check resepi... as usual aku refer daei blog Kak Nor cayanggg... hehe..

DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil minyak bijan
~~~ * ~~~
1 biji bawang besar ~ dipotong baji
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1in halia muda ~ dihiris
1/3bj capsicum merah ~ dipotong panjang/dadu
1/3bj capsicum hijau ~ dipotong panjang/dadu
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak bijan
sedikit air
sedikit garam
daun bawang ~ dipotong 1in
minyak secukupnya

Cara:
Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan.
Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar.
Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan.
Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam.
Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan)
Masukkan daging yg dah digoreng tadi dan kacau.
Bila kuah hampir kering masukkan daun bawang.
Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan panas2.

Wednesday, October 16, 2013

Nasi Jagung Berserai

Salam...

Masih x terlambat kot utk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semuaaaa... ;)

Dh start ke acara memasak menu daging? Hehe.. xpe.. hencik Google ada.. taip je macam2 resepi ada...

So... dipendekkan citer.. gara2 persinggahan ku ke Kg Rawai aritu...terus terpikat dgn resepi Nasi Jagung Berserai ni.. tuan rumah melayan aku, suami dan anak sedaraku sgt sgt la istimewa.. segan plak eh.. hehe.. mmg seronok sgt... kiranya mmg nak pegi lagi la kalau ada rezeki... boleh ke tuan rumah? Hehe..

Memandangkan arini ada rezeki dpt jagung dan daging korban... apa lg.. terus meloncat2 nk buat resepi ni... masa nk rendam beras... adoyai... beras basmathi dh kehabisan rupanya.. tp semangat nk buat ku gmuna je beras biasa.. hehe.. jadi nasik jgk nnti kan.. ;)

Alhamdulillah.. berkat tunjuk ajar dan tips yang diberikan oleh tuan punyer resepi ni... menjadi la Nasi Jagung Berserai ku... hepi giler rasa... nak2 bila suami memuji dan berselera makan.. syukur.. :)

Mohon izin dari Kak Nor utk zura share resepi di sini ye.. ;)

NASI JAGUNG BERSERAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
4 cawan beras basmathi (ikut cawan sukatan rice cooker)
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan jagung (K.Nor guna jagung fresh >< 2 biji)
1 biji tomato ~ didadukan kecil
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dhiris
1/2 in halia ~ diketuk
3 batang serai ~ dititik
2 helai daun pandan ~ disimpul
2 sudu besar minyak sapi
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
garam secukupnya

Cara:
Basuh bersih beras dan rendam lebih kurang 1/2 jam. Toskan.
Panaskan minyak sapi dlm periuk rice cooker dan masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
Tumiskan sekejap dan masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
Kacau hingga bahan tumisan wangi.
Masukkan daun pandan dan tomato. Kacau2 kejap dan masukkan beras.
Kacau lg hingga sebati dan biarkan seketika baru lah dimasukkan air dan garam.
Biarkan hingga mendidih baru lah dimasukan susu cair dan jagung. Kacau perlahan2 supaya semua sebati.
Alihkan ke periuk td ke dlm rice cooker dan masak la hingga nasi tu masak.
Hidangkan dgn Gulai Ayam, Acar Timun dan juga Sambal Belacan.

* boleh juga jika nak gantikan Gulai Ayam dgn Ayam/Daging Masak Merah..

●aku gandingkan nasi ni dgn daging masak merah dan kerabu campur (epal ijau, karot dan tomato)

Saturday, October 5, 2013

Spageti Goreng Simple

Assalamualaikum. ...

Lama betol x bersiaran kt sini... xde masa ke xde mood? Entah lah... huhu..

Utk kali ni aku nk kongsi menu paling simple utk saper2 yg gemar spageti... x caya... jom tgh bahan dan cara memasaknya...

Spageti Goreng Simple

Bahan :
Mee spageti-rebus dan tos
Isi ayam-dipotong kecik
Kiub pati ayam secukup rasa
Cili kering-gunting kecik2
Bawang putih-cincang halus
Bawang besar kuning-hiris kiub2 kecik
Sedikit air
Garam
Mnyk zaitun

Cara:
Tumis bawang putih dan bawang kuning hingga wangi. Masukkan isi ayam dan cili kering. Masukkan kiub pati ayam dan masukkan sedikit air. Perasakan dgn garam.
Masukkan mee spageti dan gaul rata. Jika suka blh masukkan cincangan karot dan capsicum. Siap!

Sunday, September 1, 2013

Pucuk paku masak lemak putih

Assalamualaikum. .

Abah request masak menu ni... AR suka kalau ada request..lg senang nk memasak.. kalau tidak blh migrain nk memikir menu nk masak. . Hehe..

AR gunakan keledek yg kaler oren tu.. errrr..ada nama ke keledek ni.. hehe.. baru menambahkan lg rasa umphhhh masak lemak putih ni.. ;)

Just a simple menu... xyah tulis2 resepi la kan..

AR rebus dulu keledek tu dgn sedikit santan cair..cukup sekadar tenggelam keledek tu je.. bila dh empuk AR masukkan santan, hirisan bawang dan ikan bilis. Masukkan pucuk paku dan perasakan dgn garam. Siap..

Mudahkan...? .. makan dgn nasi panas dan ikan goreng... mmg menangis la makan... hehehe...

Bye..

Sunday, August 4, 2013

Sup Tauhu Sumbat

Salam Ramadhan..

Masing2 dah sibuk dgn persiapan nk sambut Syawal ye? :) Alhamdulillah, jgn sampai ada yg membazir sudah la ye.. bersederhana shj..

Menu hari ni masih lg menggunakan bahan utama yg sama spt semlm iaitu isi ayam.. hehe.. tp menu ni AR x tnye En Google dah sbb menu ni mmg AR dh biasa buat.. cuma bezanya sblm ni AR guna daging lembu.. tis time tkr ke ayam..

Sgt simple mudah dan cepat.. menu AR semuanya mudah kan.. hehe.. jom kita tgk resepi dan cara nya..

Sup Tauhu Sumbat

Bahan :
Tauhu - dipotong dua secara serong
Isi Ayam/daging lembu - cincang
Karot, daun sup dan cili merah - dihiris halus
Rempah penumis 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga)
Bawang merah dan putih - dihiris

Cara:
Tauhu digaul dgn garam kunyit dan goreng.
Korek isi tauhu.
Satukan isi ayam bersama karot, daun bawang dan cili merah. Gaul dan perasakan dgn garam.
Sumbat isi ayam ke dalam tauhu tadi.
Tumis bawang dan rempah penumis hingga naik bau. Masukkan air. Bila sudah mendidih, masukkan tauhu sumbat tadi. Jika ada lebihan isi ayam tadi bulatkan menjadi bebola dan blh dimasukkan sekali ke dalam sup.
Perasakan dgn garam.
Siap!

---

Bila dh muak dgn menu kicap, lemak dan asam pedas..blh ler cuba resepi ni.. pasti tak mengecewakan..

Selamat mencuba.. ;)

Tuesday, July 30, 2013

Butter Chicken

Salam Ramadhan buat semua...

Berbuka apa arini?.. ;)

Semakin hari semakin buntu nk masak apa kan.. huhu.. tp masak ttp masak.. tol dak?

Arini AR xtau nk masak apa sebenarnya.. dh keluarkan ayam yang semuanya adalah bahagian isi. Aduh! Nak masak apa kalau semua part isi je.. huhu..

AR bukak buku resepi.. xde idea.. then AR tnye En Google.. and finally En Google suggest resepi ni.. hehe.. alhamdulillah.. sgt senang dan plg best SEDAP!!!

Very recommended recipe.. ;)

*AR copypaste dr blog Kak Nor 

AYAM MENTEGA RANGUP

Bhn²
2 keping dada ayam _ d hiris
2 tangkai daun kari _ d hiris
4 biji cili padi _ d cincang
60 gm mentega ( Boleh d tambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer )
1/2 biji bawang besar _ d cincang
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula

Bhn² Perap
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tsp gula
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara²
Ayam d gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
Angkat dan hidang.

---

Mudah kan? Esok anda blh cuba... ;)
Selamat Mencuba...

Saturday, July 20, 2013

Puding Karamel tanpa telur

Assalamualaikum,

Dh masuk Ramadhan ke-11 baru AR nk update blog.. huhu.. bbrp minggu lepas dari sblm puasa lagi AR terlalu sibuk dgn keje di pejabat.. sampai nk jenguk dapo pon rasa xde mood.. mau tidaknya, hari2 blk keje lewat.. pehtu sabtu ahad pon keje.. xde rehat langsung.. huhu.. tp alhamdulillah skrg dh ok skit... tp keje ttp keje cuma tidak sesibuk mcm aritu..

So, semua dh rancak memasak juadah berbuka ye.. wahhh.. semua hebat2 memasak.. alhamdulillah.. puas hati masak sendiri kan.. ;)

Ok.. nk share resepi yang AR dpt dr blog Nadz.. tertgk kat wall fb Nadz sebenarnya then terliur terus.. ptg tu jgk godeh.. hehe.. alhamdulillah menjadi.. x susah pon.. insya Allah semua org leh cuba buat..

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan-Bahan A (Gula Hangus):
2 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding):
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair (400 ml)
3 sb tepung kastard
1 sk esen vanilla

Cara-cara:
Mula-mula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan.

Satukan semua bahan B. Kacau atas api.
Adunan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat,tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.

Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti ais hingga puding mengeras.

Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.
___

Ok.. selamat mencuba! ;)

Sunday, July 7, 2013

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum...

Plan asal nk masak asam rebus keladi dgn siput sedut...tp keladi yg dibeli tu dh masam... huhu... so menu plg best selain asam rebus for sure masak lemak cili api kan.. ;)

So lunch ni kami menyedut la ye... hehhee.. cara masak sama je mcm masak lemak cili api yg lain... cuma siput ni wajib dibasuh bersih2 ye... abah AR beli yg berlumpur lg...so mmg perlu bersihkan betol2... AR mmg kurang gemar beli lauk siput ni di luar... AR meragui kebersihan dan risau sakit perut.. huhu... kalau dh nk makan tu kena la rajin membersih siput nie... ;)

Selamat menjamu selera!

Friday, May 31, 2013

Mencari homestay di Melaka - episod 2

Assalamualaikum. ..

Ok... bersambung... akhirnya aku dpt booked Homestay Azwa yg berada di Taman Permatang Pasir Permai Alai...

Sesampai je di Homestay Azwa, kami terus serbu masuk.. alhamdulillah.. terpegun dgn keluasan dan kebersihan rumah. Kemudahan pon lengkap..jgn ckp memasak..nk baking pon blh...ada oven tau.. hehe..

Tingkat bwh ada 1 bilik..tngkt atas 3 bilik.. masterbed room dan 1 bilik lg ada aircond.. mmg selesa sgt..

Eh.. lupe nk bgtau rege.. hehe.. RM200 per day... murah kan.. kalau korang tgk sendiri rumah tu mmg korang akan rasa berbaloi sgt..

Kalau berminat bkh contact Puan Waty di +60195776119.. kecil molek orgnya... muda dan peramah..

Very recommended! * * *

Tata..

http://azwahomestay.wordpress.com/kemudahan/

Sunday, May 26, 2013

Mencari homestay di Melaka - episod 1

Assalamualaikum...

Jumaat lepas AR bersama mak abah, suami dan adik ipar serta x lupe si comel Humayra' pergi ke Melaka. Tujuannya bkn la nk makan angin..tp menghadiri majlis kenduri kawin anak yg pernah mak jaga dulu. Family mereka sgt rapat dgn kami. Dulu mereka jiran kami. Anak2 mereka dari yg sulung sampai bongsu mmg mak jaga. Hehe.. kira yg kawin ni anak sulung.

Memandangkan AR rasa perjalanan Melaka - Kuantan blh tahan jauhnya..so AR decide nk ajak semua bermalam di sana shj.

AR nk carik homestay yg dkt dgn tmpt majlis kawin tu iaitu di Telok Mas. Di Melaka mmg byk homestay. Antara mahal atau murah shj. Dan memandangkan Jumaat tu public holiday dan bermulanya cuti sekolah, Melaka mmg penuh la dgn ribuan manusia.

Pada mulanya AR dh dpt homestay tp berkonsepkan bilik bkn rumah. Kira mcm hotel la. Sebilik RM80 di sini http://sriaman-homestay.com/.. owner nya En Daud. Sgt baik dan friendly (on phone) orgnya. AR booked dulu 2 bilik (booked tanpa byrn) utk AR dan suami serta mak dan abah shj. Then bila adik ipar inform nk ikut, AR rasa lebih elok kalau dpt rumah. Selesa skit dan sebenarnya sbb senang AR nk main2 dgn Humayra'..hehe..

Puas jgk la nk carik homestay. Area yg AR nak mmg byk dh full. Area jauh2 masih byk lg xpecially dkt bandar hilir. Tp keutamaan AR adalah dkt dgn tmpt kenduri tu.

Agak kecewa jgk la bila xdpt homestay area Telok Mas tu. Tp Allah permudahkan AR akhirnya. Jumpa satu homestay area Alai. Alai dan Telok Mas mmg x jauh. Tgk gmbr rumah dan bilik mmg AR dh teruja. Rumah 2 tingkat dan ada 4 bilik. Agak2 korang lah, brp rate homestay ni?

Haa..cepat teka? Nnti AR sambung lg episod mencari homestay di Melaka. Nak g basuh baju yg berlambak2 ni..huhu..

Tuesday, May 21, 2013

Rojak paling senang!

Assalamualaikum,

Haaaa...mesti ramai yg nk sgt tau..mcm mana AR buat rojak paling senang... hehe..

Yg penting, bahan utama kena ada...kalau xde mmg x jadik okeh...

Apa bahan utamanya?...jeng jeng jeng...

ROJAK MAK BEE

hehe...senang kan...gaul je semua buah/sayur yg ada..

Aku guna timun, kangkung, tahu goreng dan sotong kembang... boh kuah rojak mak bee... gaul... krup krap krup krap... sedap weh!

Ha..bukan ke mmg paling senang tu? Hehehe...

Ok..tata..

Tuesday, May 14, 2013

Pesta Konvo UCSA 2013

Salam,
AR bersiaran kembali...... ;)

University College Shahputra (UCSA) akan mengadakan majlis konvokesyen kali ke-2 pada bulan Mei nnti..

Spt thn lepas, sdh pasti ada byk xtvt menarik sepanjang pesta konvo berlangsung.. kalau dulu ceramah agama kita jemput Ustaz Badlishah dan Sham Kamikaze.. thn ni agak2 saper ustaznya.. nnti AR update tau.. sama2 lah memeriahkan majlis ilmu agama.. insya Allah..

Oh ya, kalau ada yg berminat nk sewa tapak pesta konvo dialu-alukan.. nnti AR bagi info details ye..

Selain tu, kalau anda nak menjadi sponsor kami dgn mempromosikan produk anda..pon boleh.. ;)

Sebarang pertanyaan blh tinggalkan di ruang komen ye..

Tata..

Saturday, May 11, 2013

Garret Popcorn

Assalamualaikum,

Ptg tadi jln2 carik mkn kt KLCC.. before tu singgah Hero Hypermarket Ampang..saje jenjalan..

Ternampak Garrey Popcorn ni masa nk balik dh... yg tinggal hanya macadamia dgn cashewnut shj...aku amik cmpur2... RM20 utk small pack..

Bila dh makan....ermmmm sedap jgk tp dgn harga dia tu rasanya mcm x berbaloi..kekacang yg ada xde la byk mana.. tp blh la nk merasa kan..yg pasti manisssss sgt... so sila minum air masak yg byk ye.. ;)

Tata

Menjenguk si comel.. :)

Assalamualaikum,

Lama x bersiaran.. skrg AR berada di Ampang..rumah adik...membawa mak abah sekali..motif utama nk menjenguk si comel ini..

Apa yg menarik di Ampang ye?

Thursday, February 28, 2013

Cheese Powder

*sticky post

3 Langkah Mudah :-

1
ORDER
Email ke zura1827@yahoo.com utk pertanyaan harga..
Jika confirm nyatakan berapa kuantiti yang nak.. 
2
BAYAR
Buat bayaran ke salah satu akaun yg diberi (maybank@cimb)
3
POS
 Setelah pengesahan bayaran dibuat, proceed pos barang..
No track akan diberi..


MAKLUMAN & PERINGATAN !!!
 
Barang akan dipos setelah bayaran diterima..

Customer dinasihatkan utk follow-up dgn kurier jika brg anda tak sampai lebih dr 3 hari..
No track akan diberi setelah pengeposan brg dibuat.

And... tolong lah msg or email sy kembali jika brg anda dh selamat sampai di tgn anda..

~Terima Kasih~

Friday, February 8, 2013

Ayam Lemon

Assalamualaikum...

Baca memolek.. Ayam Lemon bukan Ayam Leman..
hehehe..

Yeay.. esok cuti sudah...
dh siap persediaan nk raya?.. hehehe..

Ayam Lemon ni buat aritu lg dah..
tp malas nk update..

Saya mmg sgt suka ini ayam..
masam lemon tu mmg ngam sungguh dgn ayam..
yg disalut dgn tepung..
fuhhh... meratah pon x hengat..

Utk resepi nnti aku update eh...

Ayam Lemon

Isi ayam + halia tumbuk - gaulkan dan perap

Tpg jagung + garam + telur - satukan

Gaulkan isi ayam dlm adunan tpg jagung..goreng garing..Toskan..

Sos lemon : 4 sb jus lemon
5 sb gula - kurangkn jika xsuka manis
3 sb tpg jgung
Air secukupnya

Masak semua bahan hingga agak pekat.
Curahkan atas ayam tadi.. Siap!..

*saya guna tepung BESTARI je utk salutan isi ayam tu
*bahan utk sos sy anggar je..xikut sukatan di atas..sy ikut citarasa sy

SELAMAT MENCUBA



 tata~

Sakit itu penghapus dosa..

Assalamualaikum...

uhuk .. uhuk..
diri diserang demam, selsema dan sakit tekak..
dan skrg mcm nk batuk kering..
gatal je tekak nie.. huhuhu..

Org cakap.. sakit itu penghapus dosa..
alhamdulillah..
semua adalah ujian Allah..
insya Allah masih blh bertahan dgn dugaan ini..

Sedikit perkongsian utk peringatan diri sendiri..

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan.
Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?

Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?
Ada antara kita menyumpah Allah kerana menyukarkan kehidupan kita.
Namun Allah SWT berfirman:

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.



Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.



Wallahualam...

Tuesday, February 5, 2013

Monday, February 4, 2013

Salahkah Lewatkan Solat Untuk Bekerja?

Assalamualaikum....

PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI.. 


Peringatan besar buat para pekerja di dunia ini !!

Sekiranya telah masuk waktu solat, BERHENTI BUAT KERJA seketika !!
BERHENTI BUAT KERJA seketika !!


Fokuskan tumpuan anda untuk laksanakan Solat !!


“Tapi aku busy, aku kena siapkan kerja dulu ! kalau tak siap, macam mana nak dapat rezeki untuk sara family aku? Lagipun,banyak masa lagi.. nanti aku solatlah..”

Sampai hati anda mengeluarkan kata-kata sebegitu!!
Anda Lupakah?! Siapa yang beri REZEKI @ KEJAYAAN ??


“ ALLAH !! ”

Ya.. Sudah pasti !! Allah yang Maha Kaya itulah yang memberi rezeki kejayaan buat para pekerjaNya. Maka,solatlah..
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
“Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu,bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (20:132)
Semua pekerja akan berjaya.. Berjaya di dunia dan akhirat! Tapi dengan satu syarat!
“Bekerja mengikut apa yang Allah suruh & Tinggalkan apa yang Allah larang! Tanpa bantahan!” Solat merupakan salah satu daripada perintah Allah!
Mudahnya, “Siapa serius mendirikan Solat,dia akan kekal Berjaya!”
Allah sudah janji..
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
(yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solat, (23:1-2)
Anda faham bukan??
Maka..


JANGAN HARAP KEJAYAAN AKAN DATANG kepada kita
andai solat yang merupakan perkara asas dalam mentaati perintah Allah,
DITINGGALKAN..
atau DILEWAT-LEWATKAN..
atau DIPERMAIN-MAINKAN..
……………………………………………………………………………………………………………………….


“Tapi kenapa orang bukan Islam yang tidak solat itu boleh berjaya?”

Terima kasih atas soalan itu..

Jawapan saya mudah,

“Orang bukan Islam suka DUNIA tetapi tidak suka AKHIRAT.. lalu Allah bagilah mereka DUNIA. Sebaliknya,Orang yang betul-betul Islam suka akan DUNIA & AKHIRAT.. lalu Allah bagilah mereka kedua-duanya.”

Orang yang tidak beriman dengan Allah dan akhirat,sanggup bekerja siang dan malam semata-mata untuk DUNIA.

Tidak kira susah atau mudah,semua kerja akan diusahakan agar dapat berseronok di dunia. Dengan izin Allah,mereka dapat kejayaan dunia itu. Bukankah rasulullah s.a.w sudah berpesan ;

“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (Riwayat Muslim)
Begitulah.. Orang bukan Islam akan fokus dengan Dunia.Lalu apabila sudah penat bekerja untuk dunia, Allah akan bagi mereka peluang untuk berehat di dalam Neraka buat Selama-lamanya!

Rehat sepuas-puasnya!

Adakah kita yang bergelar Muslim ingin menjadi seperti mereka??
Bekerja keras semata-mata untuk Dunia?? Tidak mahu solat? Lewat-lewatkan solat? Fikir-fikirkan..


Ingat.. Jangan sesekali kita minta dunia sahaja! Mintalah DUNIA untuk tujuan akhirat !!
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia”, dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat nanti. (2:2000)
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dpd siksa neraka.” (2:201)
Pelajar juga adalah pekerja.
Peringatan ini juga khusus untuk para pelajar kerana mereka turut termasuk dalam kelompok yang bekerja. Tidak kira pelajar PMR,SPM,STPM,MATRIKULASI,ASASI,DIPLOMA,IJAZAH,MASTER mahupun PhD, mereka semua adalah pekerja yang bekerja untuk menyelesaikan tugasan pendidikan.

Periksa diri masing-masing..
Adakah disebabkan sibuk belajar atau mengulangkaji pelajaran..

anda selalu tinggalkan solat ??
atau anda selalu lewat-lewatkan solat terutama solat subuh??


Dalam erti kata yang mudah,anda tidak serius menjaga solat??
Jika jawapan jujur kita adalah “YA”..

Bagaimana Allah hendak memberi kejayaan kepada kita??

Beringatlah.. kadang-kadang kita sibuk berusaha supaya berjaya,

Tapi kita langgar perintah Tuhan yang memberi Kejayaan.
Lalu Layakkah kejayaan itu muncul??

Mahu berjaya ketika bekerja? Maka seriuslah dalam Solatmu..

[sumber : sini]

Wednesday, January 23, 2013

PCOS

Assalamualaikum..

Just wanna share this info..
Saper2 ada pengalaman menghadapi masalah ni..
boleh la share..

Zura sendiri belum dikurniakan zuriat...
so sedang berusaha dan ikhtiar..
Zura sendiri x tau ada PCOS ke tidak..
last treatment di HTAA..
Doktor tak de plan detect PCOS..
wallahualam..

Polycistic Ovarian Syndrome atau Polycystic Ovarian Disease terbentuk daripada manifestasi beberapa cysts yang meliputi ovari. Ia kelihatan seperti telur-telur halus. Keadaan ini diikuti oleh ketidakseimbangan hormon dan ketidakseragaman ovulasi dan haid.


Apakah gejala-gejala PCOS?

- Kegagalan ovulasi
- Jerawat
- Obesiti
- Haid yang tidak teratur
- Fasa luteal yang terganggu
- Tiada haid
- Hirsutism (pertumbuhan rambut pada kulit)

Bagi kes yang teruk, keseluruhan gejala-gejala ini akan muncul. Bagi kes sederhana dan ringan,sesetengah gejala sahaja yang akan kelihatan.

PCOS ni ambil masa untuk hamil bila pakai lumiglow. Kebanyakan pakai lebih dari sebotol. ada yang sampai 4 atau 5 botol pakai baru dapat positive urine pregancy test.. :-)
 
Sekarang Zura tgh ikhtiar dgn produk Lumiglow..
ada sesiapa yg dh pernah cuba dan berjaya???..

Doakan semoga ia nya berhasil ye..
Thanks... Love u all.. ♥

Tuesday, January 22, 2013

Jumpa tokei Secubit Garam..

Assalamualaikum...

Sabtu lepas, 19hb Jan.. 
aku ada datim dgn someone special..
kalau blogger masakan.. pasti kenal.. hehehe..

pinjam gambo kak nor ye.. :)
Masa ni hujan..
dan kak nor pon dh bersiap nk g rumah seseorg..
so kelam kabut ler berjumpa pon..
sempat la laga2 pp.. hehehe..

Seronok dpt jumpa kak nor..
walaupon sekejap..
punye excited nk jmpa kak nor mlm tu..
brg yg sepatutnya kak nor order aku lupe bawak..
adoi la..
tp buah tgn utk kak nor aku ingat sgt nk bawak..
hahahaha..
sabo je la.. sorry ye kak..
nnti kita jmpa lg..

*teringin nk menjengah rumah baru kak nor.. ;)

Thursday, January 17, 2013

Roti.... Roti... mcm iklan pulak..

Assalamualaikum..

Dulu masa sebelum ada BM..
asyik berangan je nk buat roti ini itu..
skrg dh ada BM.. bila la angan2 tu nk jadik kenyataan..
huhuhu.. teruk betol..

Aritu.. ternampak tepung roti..
(nmpk sgt dh lama x meroti)..
risau tepung tu bertukar menjadi naga 
(terbawak2 plak drama Merlin)..
aku pon godeh la buat roti..

Dan memandangkan kt peti dh ada adunan bwg putih+rosemarry
lebihan buat garlic bread cicah mushroom soup..
aku pon sapu je atas roti .. hehehe.. aci?.. :D


ROTI MANIS LIZA
(resepi dari FB~owner Liza)

Bahan:
500gm tpung roti 
 100gm gula kastor
40gm susu tepung
1st bread improver optional
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk 265gm
80gm butter
1st bread softner

Cara:
Cmpur bahan kering dan masuk bahan cecair 
Uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
perap 30minit buang angin.
bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
bakar suhu 180c


*aku sumbat masuk BM je.. :)

OK selamat Mencuba...

Wednesday, January 16, 2013

Daging Blackpepper

Assalamualaikum..

Lambatnya update resepi daging blackpepper nie..
ada ramai tnye resepi kt FB..
sorryyyyy..

Resepi ni main tibai je..
ikut suka2 hati nk campak apa.. hehehe..

Daging Blackpepper

Bahan :
Daging - secukupnya
Bawang besar - hiris kasar2
Cili kisar (cili kering)
Sos Tiram
Kicap manis
Kicap masin
Lada Hitam - ditumbuk kasar
Bawang Holland (kuning) potong bulat
Capsicum

Cara:
Goreng daging separuh masak. Angkat dan tos.
Tumis bawang besar dan masukkan cili kisar.
Masukkan sos tiram, kicap masin dan kicap manis ikut citarasa.
Tp jangan la byk sgt.. nnti masin sgt..
Masukkan daging tadi.
Masukkan air..agak2 cukup utk empukkan daging tu..
Dah hampir nk kering, masukkan bawang besar yg dipotong bulat dan capsicum.

~Selamat Mencuba~

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...