Tuesday, February 28, 2012

Tiba saatnya utk pengumuman pemenang GA.. TAHNIAH!

Assalamualaikum..

Betapa tidak meriahnya GA yang sy anjurkan ni ye.. huhuhu..
akan tetapi..
setinggi-tinggi penghargaan TERIMA KASIH..
kepada 15 orang kawan2 blogger saya..
yang sudi join..
walaupon hadiah x seberapa dan x seronok mana pon..

Doakan sy murah rezeki..
utk sy anjurkan GA lain di masa akan datang..
insya-Allah..

OK.. semlm sy dh menyenaraikan semua peserta GA..
untuk memudahkan lagi urusan pemilihan pemenang..
sy tapiskan.. peserta yang menjawab dgn betul..

Perlu diingatkan ye..
kena betul dua2 jawapan tu..
kalau satu betul.. dan satu lg salah.. tak dapek den nk nolong.. huhuhu..
dan jawapan perlu TEPAT.. 
ada jawab betol dah tp ada pulak penambahan..
maaf.. sy x dpt terima.. kena adil kepada semua.. huhuhu..

So.. tanpa membuang masa...
saya senaraikan.. peserta yang berjaya memberi jawapan yang betul..

MaDiHaA a.k.a Ratna
tomyam ayam
telur dadar 

~ Secantik hati ~ 
tomyam ayam
bihun goreng.. 

tun_telani
tom yam ayam
telur dadar  

ijA
sambal sardin
Bihun goreng  

::YUSLINA
bihun goreng
sambal sardin

Dan.......
pemenang utama yang telah menjawab dgn pantas ialah..

Tahniah kak.. akak peserta pertama yang jawab..
dan x sangka jawapan akak tepat sekali.. 


 Antara ke empat-empat peserta dibawah..
siapa yang akan mendapat hadiah kedua.. dan saguhati.. ???

 1) ~ Secantik hati ~


2) tun_telani

3) ijA

4) ::YUSLINA

 saksikan pemilihan secara random menggunakan random.org
utk hadiah kedua dan saguhati..
*memandangkan hanya 4 nombor digunakan utk generate so no yg sama akan keluar berulang2 kali.. sy akan klik generate sehingga mendapat no yang lain. harap maklum.
  

Dan.. 
berikut adalah pemenang bagi tempat ke dua dan saguhati..

 Pemenang ke dua
4 & 2
( Yuslina & Tun Telani)

Pemenang saguhati
3 & 1 
( Ija & Secantik Hati) 


 Tahniah kepada semua pemenang..
yang tidak berjaya.. jgn kecil hati ye..
nnti zura buat lg GA ye... insya-Allah..



 Terima kasih yang tak terhingga..
kepada semua yang sudi sertai GA saya..
yg x seberapa nie.. 

*kepada semua pemenang.. sila emailkan kepada saya [zura1827@yahoo.com] 
 nama penuh, alamat dan no telefon anda 
untuk urusan pos hadiah. TQ

Monday, February 27, 2012

Senarai jawapan dan peserta GA..

Assalamualaikum..

Saya masih belum sempat untuk menyemak 
jawapan peserta2 GA..
untuk memudahkan saya mencari pemenang2 nyer..
saya menyenarai jawapan dari peserta2 GA ye..


tomyam ayam
telur dadar 


tomyam ayam
bihun goreng..


tom yam ayam
telur dadar

 4. Mas

telur dadar
bihun tomyam  


sambal sardin
Bihun goreng  


mihun goreng singapura
ayam masak merah/ palembang 


Sambal tumis ikan bilis
Tom yam ayam bercampur kobis dan karot


Telur goreng mata kerbau
Bihun goreng 
  
9. usenee 

sardin
bihun goreng tomyam

10.  JaJa'Z 

Sambal sardin
Mihun goreng tomyam


Ayam msk kicap
ayam goreng berempah.. 


bihun goreng
sambal sardin  

13. Wiyah 

ayam goreng kunyit
sayur kobis goreng kicap 

14.  Gee® 

mee hoon tomyam
telor dadar 


Nasi Ayam
Ayam Masak Kicap 

So.. dari semua jawapan di atas..
sy akan tapis utk jawapan yg kedua2nya betul dan tepat.. 

Tungggguuuuuu...... :)

Maaf~menyepi seketika.. cuti2 mesia.. :)

Assalamualaikum...

Maaf kepada semua..
terutama kepada yang tinggalkan komen bertanyakan harga cheese powder..

Saya pergi bercuti sekejap jer..
arini baru boleh reply semua email and pertanyaan anda..

Terima Kasih~

Sunday, February 26, 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran..Sayang!

Assalamualaikum...

26.2.2012
Selamat Ulangtahun Kelahiran buat suami tercinta..
Sesungguhnya diriku bersyukur..
kerana ditemukan dengan insan sebaik mu, Abang..

Pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan..
amat ku hargai...
Sempena hari ulangtahun kelahiranmu, Sayang..
Ku mendoakan semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat dirimu..
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

Doaku tidak pernah putus untuk mendoakan..
rezeki kita yang SATU itu..
Semoga dirimu masih setia sehidup semati  denganku..
walau apa pon terjadi...

Hanya ALLAH yang mengetahui..
bahawa diriku TERAMAT mencintai mu, Abang..


i love you with every beat of my heart!
 

GA tamat---- nantikan siapa pemenangnya...

Assalamualaikum...

Tarikh utk penyertaan GA telah tamat...
Nantikan pengumuman pemenang2nya ya...

Siapa rasa dia menang???..
Sila angkat keyboard... hihihi...

Bye2..

Saturday, February 25, 2012

Ringkasan Giveaway (GA)~jom sertai skrg!

STICKY POST



Assalamualaikum..

Memandangkan nmpk cam serabut je..
biler saya combine entry dgn GA..
so di sini sy ringkaskan GA tersebut di sini ye..
harap x de yg keliru.. :)

***********

4 bungkus mihun
2 paket tomyam pes
2 paket perencah bihun goreng
30 biji Telur
8 tin sederhana kecil Sardine
Sebungkus Ikan Bilis (anggaran 1kg kot)
Bawang besar (anggaran 13 biji kot - x kira pulak tp mmg sikit lah)
Bawang putih 2 labu
Kentang (anggaran 1kg kot)
Cili Boh seplastik - x tau nk anggar berapa gram
Asam Keping
Cili Padi Hijau
1 biji besar Kobis bulat
2 biji Karot
2 biji Timun
Lengkuas + Serai
1 paket kecil Serbuk Kunyit
1 paket kecil Garam
1kg Gula
Bbrp teh uncang dan kopi segera
1 paket Sos Cili
1 paket Minyak Masak
Sebotol Kicap Manis ABC
10kg Beras
Ayam 
 ***********
Dari bahan2 di atas, sila nyatakan hanya 2 jenis menu yang telah saya masak...

i- ______________
ii- ______________


hint*
-kalau time camping for sure korang masak masakan plg mudah, senang dan sedap kan?.. 
- perlu diingatkan,sepanjang 3 hari tu pelbagai menu yg sy dh masak.. anda harus berikan 2 menu shj..
teka.. teka.. teka..


 *utk lebih detail sila rujuk entry INI

Potato wedges with Jalapeno Sauce and Mayonis..

Assalamualaikum...

Even aku ni tokei jalapeno cheese powder..
tp jarang sgt buat cheezy wedges nie.. hihihi..

Baru2 ni g Giant... asben soh beli potato wedges 
brand Simplot tu.. nmpk cam best je..

So arini baru goreng potato wedges tu..
siap curah jalapeno sauce dgn mayonis..
betol2 mcm makan kt KFC lah kiranyer.. hihihi..
and potato wedges brand Simplot tu sedap lah..
serius sedap..
kena pulak dgn jalapeno sauce aku tu..
bertambah la sedap kan...
hihihihi..

 

So ape tunggu lagik...
cepat order jalapeno cheese powder nie..
blh buat sendiri cheezy wedges kt umah..
mudah sgt.. ;)

email ke zura1827@yahoo.com

TQ~

Marble Cheese Brownies & Birthday Wishes..

Assalamualaikum..

Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan..
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-45 buat kekanda, Kak Nor

sumber : GOOGLE



Semoga Kak Nor diberi kesihatan yang sebaik-baiknya..
Semoga Kak Nor dimurahkan rezeki..
Semoga Kak Nor dipanjangkan usia..
Semoga segala impian Kak Nor termakbul..
Semoga Kak Nor dirahmati Allah s.w.t selalu..

Amin amin amin..

*******************************

Ok kita sambung menu yg aku nk share arini..
Marble Cheese Brownies..
dh byk kali buat and utk jualan pon dh ramai yg order..

Buat brownies ni sgt mudah..
x remeh dan masa pon singkat..
maybe sbb dia leper.. so jangkamasa nk masak singkat je..

 
 
 Brownies yg kat atas ni.. tempahan Diana dari IKIP Kuantan..
TQ Dik..


  Yg ni.. aku saje buat utk pot luck dgn kawan2..
licin.......... :P


Resepi boleh klik SINI

Friday, February 24, 2012

Al-Fatihah buat Faris.... & menu kelmarin.....

Assalamualaikum..

Berat jugak hati nk memulakan bicara di blog ini..
selepas menerima berita sedih adik Faris..

Lama aku memikirkan utk membuat entry khas utk Faris..
dan akhirnya.. aku terdetik utk buat entry tersebut..
malangnya.. selepas aku menekan button publish..
beberapa minit kemudian.. aku mendapat tahu..
Faris sudah tiada lagi..

sumber : blog mazidul

Menangis aku dengan berita sedih itu..
Namun aku dan semua org perlu redha...
redha dgn pemergian Faris..
kerana Faris sudah tentu menjadi ahli Syurga..
Moga roh Faris tenang di sana..
Insya-Allah..

AL-FATIHAH


********************************************

Berbalik pada menu yang telah dibuat kelmarin..
baru hari ni berkesempatan utk upload..

Sudah jemu dgn nasi..
so beralih arah kepada mee..
resepi ku ambil dari blog Jaja..
TQ Ja.. simple dan sedap..




Mee Bandung Paling Simple
(copy paste resepi dari blog Jaja)

Bahan2 :
  • 300g daging lembu
  • 1 peket mee kuning ~zura guna mee lidi
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 3 biji bawang merah* ~zura kisar semua bahan *
  • 2 biji bawang putih*
  • 1/2 inci Halia *  <--zura tambah
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos tomato
  • 2 sudu tomato puree
  • 3 sudu sos cili
  • 1 cube pati ikan bilis
  • sayur2an ( Carrot,brokoli,sawi pak choy,tomato)
  • 1 peket fishball
  • 2 biji telur
  • Garam dan serbuk perisa
Hiasan :
  • Bawang goreng ~tiada
  • hirisan cili merah ~hirisan cili hijau
  • daun bawang ~tiada.. ganti dgn hirisan tauhu goreng
Cara menyediakan:
  • Hiris daging lembu nipis2 dan rebus sehingga daging empuk.Simpan air rebusan daging untuk dibuat kuah
  • Tumis bawang merah dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar dan goreng seketika sehingga cili masak.
  • Masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato dah tomato puree dan digaul rata.
  • Masukkan daging serta stok rebusan daging dan masak sehingga mendidih.
  • Masukkan cube pati ikan bilis dan perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perisa.
  • Bila kuah sudah mendidih,masukkan semua sayur dan pecahkan telur sebiji2 dan pastikan tidak bertindih .
  • Setelah siap,hidangkan mee kuning yang telah dicelur ke dalam mangkuk,dan kemudian curahkan kuah dan akhir sekali hiaskan dengan hirisan cili,daun bawang dan bawang goreng..
  • Jika suka, bleh tambahkan taugeh serta tauhu goreng
Nota : aku bancuh 2 sudu besar tepung jagung utk memekatkan kuah

Thursday, February 23, 2012

Akhirnya.. ku menulis.. Kisah Faris..

Assalamualaikum...

Berat hati nk buat entry nie..
sebak dada nk titipkan ayat utk entry nie..
namun hari ini.. aku tabahkan hati..
utk kongsi dgn semua.. cerita sedih ini..
diharapkan ramai yang sudi mendoa dan memberi bantuan..
 Faris Nur Daniel
mungkin itu nama penuh si kecil ini..
kerana aku sendiri tidak mengenali beliau mahupon keluarga nya..
nama tersebut ku copy dari FB ayahnya..

 Rasanyer dh ramai yang mengetahui kisah Faris..
anak kecil berusia 6 tahun..
sedang bertarung nyawa..
melawan penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. 
Ringkasnya, barah darah!
sumber gambar dari FB ayah Faris
 Lihatlah wajah si kecil ini..
walaupon aku belum ada anak..
tp hati ini sgt hiba melihat penderitaan Faris..
tak sanggup rasa nk tengok..

Tapi.. kite semua kena YAKIN..
kena PERCAYA pada kekuasaan Allah..
Allah yang memberi penyakit..
dan Allah yang menyembuhkan..
ikhtiar dan usaha x boleh putus.. teruskan!

Berat mata memandang.. 
berat lg bahu ibu dan ayah Faris yang memikul..
 Allah saje yang tahu..
sumber gambar dari blog Mazidul
Sebagai masyarakat yang prihatin..
mari lah sama2 kita berdoa..
semoga adik Faris diberi kekuatan utk melawan penyakitnya..
dan semoga Faris diberi peluang meneruskan hidupnya..
sumber gambar dari FB ayah Faris
 Untuk yang ingin menghulurkan derma..
sila layari blog Mazidul..
disitu ada dinyatakan no akaun Ayah Faris..
kita memberi bantuan setakat mana yang termampu..
tapi tolong jangan lupa berdoa utk Faris ye..
sumber gambar dari blog Mazidul : beginilah keadaan Faris selepas chemo kali ke-4.. :'(
 
Semoga Allah merahmati kalian yang tidak henti2 berdoa..
hanya Allah yang mampu membalas jasa baik anda..
Terima kasih.. 

*TERKINI : baru menerima berita sedih... 

ALLAH lebih sayangkan adik Faris.. :'(
AL-FATIHAH


Update!!!
Faris akan dikebumikan di kampung Budiman, shah alam.
Jenazah akan dibawa ke rumah pukul 12.30

Alamat
No 1, jalan pulau lumut u10/76j
Alam budiman, seksyen u10
Puncak Perdana

Wednesday, February 22, 2012

Shahputra Team Bulding 2012~ & My 1st Giveaway..

Assalamualaikum...

Dh lama peram citer pasal team building nie..
kena citer jgk sementara otak masih ingat lg nie..

Kalau mengikut sejarah sejak bekerja di Shahputra..
team bulding pertama ialah di Awana Kijal, Kemaman...
tapi team bulding yg tu more kepada internal activities je..
lebih kepada motivasi la kiranyer..

Then.. team bulding ke dua.. di Taman Pertanian, Kuantan..
yg ni pada aku lebih adventure..
tido dlm khemah.. byk xtvt dlm hutan.. LDK.. kawat.. dan sebagainya..

And latest team bulding adalah yg aku pergi baru2 nie..
di Agro Semuji Resort..



....................................................................


Hari pertama, 10hb Feb jam 8.30pg.. kami semua berkumpul di perkarangan Shahputra..
ada yg menaiki kenderaan sendiri..
tapi aku memilih utk menaiki bas yang disediakan..
sekali sekala naik bas ramai2.. syok woooo... hihihi..

Jarak dari Shahputra ke Agro Semuji x jauh mana...
rasanyer kurang lebih 1 jam perjalanan kot..
sampai saja di sana.. kami berkumpul di dewan..
setelah dibahagikan kumpulan2.. kami diarahkan utk mengambil bahan memasak..
ye.. kami kena masak sendiri..
makan pg.. tghari dan malam.. 

Ni bahan2 yang diberi :
4 bungkus mihun
2 paket tomyam pes
2 paket perencah bihun goreng
30 biji Telur
8 tin sederhana kecil Sardine
Sebungkus Ikan Bilis (anggaran 1kg kot)
Bawang besar (anggaran 13 biji kot - x kira pulak tp mmg sikit lah)
Bawang putih 2 labu
Kentang (anggaran 1kg kot)
Cili Boh seplastik - x tau nk anggar berapa gram
Asam Keping
Cili Padi Hijau
1 biji besar Kobis bulat
2 biji Karot
2 biji Timun
Lengkuas + Serai
1 paket kecil Serbuk Kunyit
1 paket kecil Garam
1kg Gula
Bbrp teh uncang dan kopi segera
1 paket Sos Cili
1 paket Minyak Masak
Sebotol Kicap Manis ABC
10kg Beras

Selain bahan memasak, kami juga diberi :
tuala kecil, lighter dan mende putih yg digunakan utk nyalakan api tu (ape ntah nama dia)
1 periuk, 1 kuali, 1 senduk, 1 sudip , 1 jug air dan bbrp cawan melamine
Juga bbrp keping daun pisang..

Kenapa ada lighter bagai tu...?
Sebab kami kena memasak guna kayu api ye..
xde dapo.. xde tong gas..

Pinggan pulak guna polistrin yang diberi hanya bbrp keping utk 3 hari tu..
jadiknyer.. lepas pakai kena basuh la jawabnyer..
kalau idak nk makan atas ape...
sudu garfu semua tu tarakkk.. 
mmg kami merasa hidup susah la selama 3 hari tu..

So.. setelah mentelaah brg2 yg ada..
kami memulakan menu pertama kami...
oh ya.. bahan mentah diberikan ye.. 
iaitu..

"

"

"

"

"

A.Y.A.M

3 hari kami makan ayammmmmmm je.. hahahaha..
nasib baik diorg x suruh pi tangkap ayam sendiri.. sembelih dan cabut bulu..
haru biru jadiknyer.. hahahaha.. 

...............................................

OK... nk selit sekejap my first GIVEAWAY yang aku nk buat nie..
 tapi hadiah x seberapa..
saje suka2 nk buat..
harap ada yg sudi join.. ;)

Giveaway aku simple dimple sgt ye..
xyah la nk follow2 bagai.. x kisah pon..
xyah nk wat entry bagai... x kisah pon..

~korang just nyatakan jawapan kt ruangan komen kt entry ni je..
letak la sekali nama dan link ke blog korang..
blh la aku jenguk2 korang nnti2 kan.. ;)

~Dan aku nyatakan terus ape hadiahnyer...
so kalau korang rasa nak hadiah tu.. blh la join..
if korang rasa.. "eleh.. x best langsung hadiah dia".. so x yah la join erk..

Hadiah utama: 1 set Tepung Goreng Rangup

2 x Hadiah kedua : Serbuk Cheese 200g

2 x Hadiah saguhati : 3 kupon Rasamas
Rasamas A
Rasamas B

~Hanya warganegara Malaysia shj yang layak menyertai GA nie..
aku x reti nk uruskan pos jauh2 nie.. huhuhu..
lgpon ni GA pertama.. kita kasik org Malaysia dulu erk.. hihihi..
dan.. warning awal2 ye..
warga kerja Shahputra dilarang join.. 
sbb korang confirm tau menu ape kan.. hahahaha..
termasuk sedara mara adik beradik korang pon x boleh.. sorry guys..
bg la chance kt feminat aku nk join.. hahahaha..

So.. ini soalannyer......

drumroll pls...



"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"


Dari bahan2 memasak yang dinyatakan di atas... saya telah memasak 2 jenis menu..
apakah menu tersebut?..
 Hadiah utama~ jawapan paling tepat dan pantas   

Hadiah kedua & saguhati 
~ sy akan kumpulkan jawapan yg betul
dan
pilih secara random.. mengikut turutan ye..
1st dan 2nd terpilih dapatlah hadiah kedua ..
3rd dan 4th terpilih dapatlah hadiah saguhati tu..
*hadiah akan dipos menggunakan pos biasa

Tarikh tutup adalah pada 26hb Februari 2012

~~~~so selamat mencuba~~~~

5 HADIAH DISEDIAKAN
TAK SALAH JIKA ANDA NK MENCUBA.. MANA TAU REZEKI.. 

*opsss lupe nk pesan.. hanya dibenarkan menjawab SEKALI sahaja ye.. :)

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...