Friday, October 18, 2013

Daging Goreng Halia bersama Minyak Bijan

Salam...

Menu daging ke dua.. hehe..

Best tau menu ni.. sbb wangi mnyk bijan tu menyelerakan... dan plg best x susah pon nk buat...

Moh check resepi... as usual aku refer daei blog Kak Nor cayanggg... hehe..

DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
300 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil minyak bijan
~~~ * ~~~
1 biji bawang besar ~ dipotong baji
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1in halia muda ~ dihiris
1/3bj capsicum merah ~ dipotong panjang/dadu
1/3bj capsicum hijau ~ dipotong panjang/dadu
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak bijan
sedikit air
sedikit garam
daun bawang ~ dipotong 1in
minyak secukupnya

Cara:
Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan.
Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar.
Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan.
Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam.
Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan)
Masukkan daging yg dah digoreng tadi dan kacau.
Bila kuah hampir kering masukkan daun bawang.
Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan panas2.

No comments:

Kongsi Resepi

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...