Wednesday, January 23, 2013

PCOS

Assalamualaikum..

Just wanna share this info..
Saper2 ada pengalaman menghadapi masalah ni..
boleh la share..

Zura sendiri belum dikurniakan zuriat...
so sedang berusaha dan ikhtiar..
Zura sendiri x tau ada PCOS ke tidak..
last treatment di HTAA..
Doktor tak de plan detect PCOS..
wallahualam..

Polycistic Ovarian Syndrome atau Polycystic Ovarian Disease terbentuk daripada manifestasi beberapa cysts yang meliputi ovari. Ia kelihatan seperti telur-telur halus. Keadaan ini diikuti oleh ketidakseimbangan hormon dan ketidakseragaman ovulasi dan haid.


Apakah gejala-gejala PCOS?

- Kegagalan ovulasi
- Jerawat
- Obesiti
- Haid yang tidak teratur
- Fasa luteal yang terganggu
- Tiada haid
- Hirsutism (pertumbuhan rambut pada kulit)

Bagi kes yang teruk, keseluruhan gejala-gejala ini akan muncul. Bagi kes sederhana dan ringan,sesetengah gejala sahaja yang akan kelihatan.

PCOS ni ambil masa untuk hamil bila pakai lumiglow. Kebanyakan pakai lebih dari sebotol. ada yang sampai 4 atau 5 botol pakai baru dapat positive urine pregancy test.. :-)
 
Sekarang Zura tgh ikhtiar dgn produk Lumiglow..
ada sesiapa yg dh pernah cuba dan berjaya???..

Doakan semoga ia nya berhasil ye..
Thanks... Love u all.. ♥

10 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun ada juga sedikit gejala PCOS ni.. sebab tu akak susah nak dpt anak terutama masa nak dpt yg no. 2 dulu.. puas jumpa gynea dgn mcm2 test yg dibuat.. berurut kg pun ada juga... sbb tu jarak anak no. 1 & 2 tu jauh sangat gap sedangkan akak tak pernah mkn pil perancang seumur hidup.. doc ada suruh akak buat IUI.. tp akak taknak.. bila tak dpt2 yg no. 2.. akhirnya akak redha & berserah je.. tak fikir sgt pasal tu & buat2 lupa terus.. ehh.. tau2 lekat pulak.. alhamdulillah

antara yg nyatanya kitarad haid akak tak menentu & obesiti.. bab bulu tu.. mmg betul sgtla.. terutama kat muka la yg org nampak.. hihi. btl jugak kot sbb akak ni kalau kening tu mmg tebal & bahagian atas bibir pun ada bulu seakan misai tp takle tebal.. bulu betis pun lebat.. apa nak buat kan.. dah tersuratnya begitu.. harap zura jangan mengalah & berusalah selagi mampu ye...

::Azura Rahman:: said...

Kak Madiha : macam mana nk check kita ada PCOS ke tidak?.. mcm sy.. period regular je.. senggugut je teruk awal period.. bulu?.. pertumbuhan biasa je.. hehehe.. obesiti.. itu sudah tentu.. huhuhu.. jerawat pon leh tahan.. huhuhu..

izahdaut said...

Saya doakan akak..nanti dpt baby mesti gile comel babynya sbb akk pun cumillll... in shaa Allah ada tu.. :−)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ada seorang blogger (tak sure Azura kenal atau tak) pernah share tentang PCOS ni & beliau mengalaminya. Apa kata Zura pergi ke blognya dan cuba hubungi beliau sendiri..

http://therainbowjourney.blogspot.com/

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Akak doakan Azura akan dikurniakan zuriat nanti, banyakkan berdoa ZUra, kalau tiada, pasti ada yang lebih baik Allah berikan utk Zura, Aminnn.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Zura.. hanya doc je yg boleh tentukan kita PCOS atau tak.. kalau Zura pegi jumpa gynea nanti doc akan bagitau... & seterusnya jika perlu untuk tahu apa penyebabnya doc akan sarankan kita buat apa2 rawatan yg berkaitan kalau kita betul2 nak dptkan anak... tp keputusan di tangan kita... masa akak dulu.. suami pun kena bagi kerjasama jugak utk check sperm samaada aktif atau tidak.. bukan hanya org isteri je bermasalah.. kdg2 ada juga dtgnya dari sang suami.. jadi dua2 kena sporting...

::Azura Rahman:: said...

Izah : thanks dik.. amin

::Azura Rahman:: said...

Kak Yus : Ok nnti zura baca kt blog dia .. thanks kak.. Amin.. :)

::Azura Rahman:: said...

Kak Madiha : zura dh buat treatment kt HTAA kak.. and of course husband pon kena check jgk.. kalau tidak doktor x nk proceed.. husband mmg kena buat sperm test.. dah buat semua tu.. :)

Tie HT said...

insha Allah kita doa sama2 k :)

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...