Sunday, May 26, 2013

Mencari homestay di Melaka - episod 1

Assalamualaikum...

Jumaat lepas AR bersama mak abah, suami dan adik ipar serta x lupe si comel Humayra' pergi ke Melaka. Tujuannya bkn la nk makan angin..tp menghadiri majlis kenduri kawin anak yg pernah mak jaga dulu. Family mereka sgt rapat dgn kami. Dulu mereka jiran kami. Anak2 mereka dari yg sulung sampai bongsu mmg mak jaga. Hehe.. kira yg kawin ni anak sulung.

Memandangkan AR rasa perjalanan Melaka - Kuantan blh tahan jauhnya..so AR decide nk ajak semua bermalam di sana shj.

AR nk carik homestay yg dkt dgn tmpt majlis kawin tu iaitu di Telok Mas. Di Melaka mmg byk homestay. Antara mahal atau murah shj. Dan memandangkan Jumaat tu public holiday dan bermulanya cuti sekolah, Melaka mmg penuh la dgn ribuan manusia.

Pada mulanya AR dh dpt homestay tp berkonsepkan bilik bkn rumah. Kira mcm hotel la. Sebilik RM80 di sini http://sriaman-homestay.com/.. owner nya En Daud. Sgt baik dan friendly (on phone) orgnya. AR booked dulu 2 bilik (booked tanpa byrn) utk AR dan suami serta mak dan abah shj. Then bila adik ipar inform nk ikut, AR rasa lebih elok kalau dpt rumah. Selesa skit dan sebenarnya sbb senang AR nk main2 dgn Humayra'..hehe..

Puas jgk la nk carik homestay. Area yg AR nak mmg byk dh full. Area jauh2 masih byk lg xpecially dkt bandar hilir. Tp keutamaan AR adalah dkt dgn tmpt kenduri tu.

Agak kecewa jgk la bila xdpt homestay area Telok Mas tu. Tp Allah permudahkan AR akhirnya. Jumpa satu homestay area Alai. Alai dan Telok Mas mmg x jauh. Tgk gmbr rumah dan bilik mmg AR dh teruja. Rumah 2 tingkat dan ada 4 bilik. Agak2 korang lah, brp rate homestay ni?

Haa..cepat teka? Nnti AR sambung lg episod mencari homestay di Melaka. Nak g basuh baju yg berlambak2 ni..huhu..

No comments:

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...