Monday, January 10, 2011

Nak jugak buat entry pasal AJL25.. ekeke..

Fuyyooo..
HOT betol AJL25 kali nie.. ekeke..
bukan penyanyi yg HOT tapi.. penonton dan peminat AJL..

Semua gara2 Juara utk AJL kali nie ialah..
 
"
"

"
~ Ana Raffali ~ 
 
Ramai yg cakap.. lirik lagu tu best.. puisi..
Moh kite hayati sat..

Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku

Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama

Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku

Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda

Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku

Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku

Kisah kita

-----------------

OK.. dh hayati??... ekeke..
mmg diakui.. liriknye cam sasterawan..
ayat2 sastera byk digunakan..
maksud tersirat dan tersurat..

Tambahan lg... ketua juri M.Nasir..
so mmg taste dia laa kan..
ekeke..
 
Kalu ikutkan konsep AJL mmg bukan utk penyanyi tetapi lirik lagu itu..
so kenapa ramai sgt membantah keputusan juara bg AJL25 kali nie..

Aku agak la kan.. (just my 10cents opinion erk..)
sebab cara Ana Raffali bawakan lagu tu kot..
mlm tu perfomance dia 'serabut' skit..
and vokal dia 'terpeleot' skit..
and plg ketara.. pelat dia menjadik2 pulak mlm tu..

So utk penonton dan peminat yg x paham bahasa2 puisi ni..
mereka akan terus menilai..
Ana Raffali x layak menang..
walhal ia diadili melalui lirik lagu..

So salah siapa???..
entah aku pon x tau salah siapa.. ekeke..
 
Aku sokong Yuna jew..
tp mmg x laa mengharap sgt dia menang..
sbb lagu yg dipertaruhkan x strong berbanding Dan Sebenarnya..
tp Yuna cantik mlm tu..
unik dan mekap sgt cantik..
tapiiiiii.. kenapa laa dia asyik duduk je..
nk sgt tgk dia berdiri dgn baju yg cantik itu..
oh keciwa...
So kepada peminat AJL..
jgn marah2 dgn keputusan juri ok..
mende dh jadik..
award ana raffali tu x leh nk amik semula dah..
ekeke..

Tahniah utk Ana Raffali utk lirik lagu yg bagus..
but bukan untuk vokal dan persembahan terbaik...
nasib baik ada kategori khas utk vokal dan persembahan..

Lepas ni AJL kena buat kategori lain lah..
Kategori Lirik Terbaik..
so utk Juara Keseluruhan.. merangkumi semua aspek..
vokal, persembahan dan lirik..

Korang setuju tak?..
ekeke.. memandai je aku nie..

Adios...

4 comments:

HaSue said...

akak..terus terang cakap..sue x tgk AJL ml td..hikhik..tp ttp nk komen gak..
err,lg satu..ana rafali pun sue x kenal.haha..kesian tul,ketinggalan zaman terlampau ;P

::Azura Rahman:: said...

hahaha.. x rugi pon su x tgk.. bkn best sgt pon.. dan bukan su sorang je x kenal ana raffali.. kawan akak pon ramai jugak yg x perasan ana raffali mn satu.. ekeke.. bagus laa dia menang at least ramai akan kenal dia.. ekeke..

mekchu said...

axcited nak tggu kejutan performance dari artis.. gempak2 lepas FT gunting rmbut dulu.. ana faralli? tak kisah kalau nak bagi penghormatan kpd bakat2 yg baru kan...

mama_onie said...

Tapi mcm x best je Ana Rafalli menang... mahapla peminat Ana Rafalli!

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...