Sunday, January 30, 2011

Ayam Bersos Plum

Semlm tgk kt 'rumah' Kak Nor..
terliur pulak tgk Ikan Sos Plum tu..
padahalnyer.. aku dh seminggu lebih beli sos plum tu..
kebetulan pegi pasaraya Eng Hong kt stadium tu ada..
terus grap.. walaupon x tau nk masak camner.. ekeke..

Memandangkan udang.. sotong or ikan tenggiri mmg x de kt umah..
aku menderhaka kt resepi nie..
aku tukar kepada ayam..
aci kan kak nor..

Hasilnyer...???..
mabeles gua cakap sama lu..
ekeke..
cuba lah kalu x percaya..
aku rasa masak dgn bahan ape pon ttp sedap..
seafood or ikan or ayam even daging pon maybe sedap..
leh cuba bahan lain pulak lepas ni..

Cara dan bahan pon simple..
cuma tang capsicum tu aku ommit ler sbb x de stok..
ganti dgn lada merah dgn lada hijau..
and ikut cam kak nor jugak..
tambah beberapa bijik cili api kasik kaw skit.. ekeke..

Mntk izin Kak Nor dan CMG ye.. copy paste resepi..

UDANG BERSOS PLUM
resipi : CMG
sumber : K.Nor@SecubitGaram


BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar
1/2 camca teh lada sulah serbuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dibelah 6
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1/2 batang leek, hiris dan rendam
1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.





Ramai yang x kenal dan x jumpa lg SOS PLUM ni kan..
sini aku ada snap gambo..
so selamat menggeledah di pasaraya ye.. ekeke..



1 comment:

suhailas said...

Salam akak...hehhh ada gak gambar sos plum tuu mmg tgk dok cari niii cammana leee upanya....thans yaa akak....berselera tgk menu akak...

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...