Wednesday, December 15, 2010

Asam Pedas Ikan Parang & Cendawan Tempura~


Malam ni dh mati idea nk masak ape..
at last Asam Pedas lagikkk..
aritu wat ikan terubok..
this time ikan parang..
semua spesis ikan byk tulang daaa..
ekekeke..

Apa nk buek..
tu je stok ikan yg ada..
huhu..

 

RESEPI ASAM PEDAS

Bahan-bahan :
2 keping Ikan Parang
3 ekor ikan gelama, disiang
 1/4 biji Bawang Besar - hiris
1 ulas Bawang Putih -  hiris
3 sudu besar Cili Kisar
2 keping Asam Keping
5 biji Bendi -basuh bersih
Daun kesom secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar : 
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
Sedikit belacan


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris hingga wangi then masukkan bahan kisar dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
  2. Tuang air secukupnya dan masukkan asam keping. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan daun kesom.Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Masukkan bendi dan biar mendidih perlahan 3-4 minit (hingga bendi lembut)


Ni pulak..
Cendawan tiram goreng tempura..
aritu saje beli tepung tempura instant NONA..
saje cuba..
alhamdulillah sedap jugak..
yg penting rangup..



Jemput Makan.. ^_^

1 comment:

Anonymous said...

sure:D
baru tengok je niey..da meleleh air liur..haha..
nampak sangat sedap!
boley try:)

Kongsi Resepi

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...