Saturday, January 14, 2012

Dugaan hidup mengajar erti kehidupan..

Assalamualaikum...


Entah kenapa emosi agak tersentuh di petang hari tadi..
sebak.. sedih.. pilu..
sehingga semasa solat pon air mata mengalir..
kenapa dgn hamba-Mu ini ya Tuhan..
mungkin Kau sedang menyentuh hatiku..
atau Kau sedang menguji aku?..
Allahuakbar..

Terjumpa blog yang sgt membantu..
dalam menaikkan semangat ku utk teruskan kehidupan ini..


Allah berfirman bermaksud: 
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?

Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah.

Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.

Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.

Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,
Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa.
 Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !

Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.

Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.


Astagafirullah.. adakah aku golongan yang berprasangka buruk kepada Allah..
Ya Allah.. ampunkan aku..
aku alpa akan ketentuan Mu..
aku alpa akan kebesaran Mu..

Astagafirullah.. astagafirullah..
Subhanallah.. subhanallah..


pic taken from : http://www.iluvislam.com/


Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita

Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.

Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.



Aku patut bersyukur kerana diuji oleh Mu, Ya Allah..
moga aku semakin tabah menghadapi ujian mendatang..
amin..

pic taken from : http://www.iluvislam.com/



*setinggi-tinggi penghargaan kepada blog INI..


6 comments:

:: yuslina said...

ketahuilah, bahawa ujian itu adalah kenikmatan...dan kenikmatan itu adalah ujian...

Senyumlah, penuh kesyukuran kerana Allah percaya pada kita,
mempercayakan semua ini pada diri kita....,bahwa kita "mampu" menghadapi ini semua...kita adalah manusia pilihanNYA...

Xuera said...

hidup kita mmg penuh dgn ujian...itu lah rencah kehidupan manusia...kita takkan lari dr ujian...stp dr kita mengalami ujian yg blainan...takpe kak zura,sabar yer...kalau kita rasa teruknya ujian yg ALLAH beri pada kita...ada lagi og lain yg lbvh teruk ujiannya...semakin banyak ujian semakin dekat kita dgn ALLAH..:)

http://beautifulstory-azura.blogspot.com/

bee2312 said...

terima kasih kak zura sbb buat entry ni...

kurus said...

entry yg penuh makna ... TQ dikkk sudi share bersama - sama ..

Unknown said...

t kasih..suke baca nie...

Anonymous said...

ujian yg terlalu besar ku hadapi kini..usaha mencari kegembiraan kembali.moga Allah memberi ku jalan yg lurus.amin

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...