Wednesday, April 4, 2012

Bibik oh Bibik..

Assalamualaikum..

Semakin menjadi-jadi plak kes bibik 
mencuri duit dan brg2 majikan..
sejak isu gaji bibik RM700 utk satu tugas..
makin buat perangai plak diorg ni erk..

Saya x de bibik..
dulu pernah ada bibik..
cukup masa.. hntr pulang...
pening sbb soh buat lain dia buat lain..
tp alhamdulillah dia x pjg tangan..

Baru2 ni.. 
office-mate saya mengalami kes yg sama..
bibiknya lari..
kalau takat lari je ok lg..
ni tidak.. curi duit dan barang kemas..
habis semua brg kemas turun temurun nenek dia kena kebas..
sampai skrg masih belum ada berita dari pihak polis..
huhuhuhu..

Tapi bak kata Datin Ira tu la..
pengajaran yg blh kite dpt dr kes ni..
layanan baik mcm mn pon terhadap bibik2 nie..
mereka ttp berniat jahat x baik..
mcm office-mate sy tu..
katanyer siap belikan cincin emas sbg kenang2an..
sbb bibiknyer dh hampir masa utk pulang..
haish~cobaaannnn...

Ni kisah Datin Ira..

KUALA LUMPUR: Pengasas produk kecantikan Aura Seri kerugian kira-kira RM500,000 selepas dua pembantu rumahnya melarikan pelbagai barangan berharga termasuk jam berjenama, barang kemas, telefon bimbit serta wang tunai dari kediamannya di Medan Idaman, Gombak pada Ahad lepas.

Datin Ira Ghani, 35, berkata kejadian berlaku ketika beliau dan suami Datuk Ibrahim Ahmad, 46, berada di Singapura atas urusan kerja namun, dua anaknya Mohd Danish Irfan, 13, dan Mohd Danish Roshan, 8, serta seorang anak saudara berada di rumah teres tiga tingkat itu.

"Saya dimaklumkan mengenai kejadian ini selepas anak sulung saya Mohd Danish Irfan, yang menghantar mel suara kepada saya untuk memberitahu kedua-dua pembantu rumah saya sudah melarikan diri.

"Anak-Anak saya turut menyedari dua telefon bimbit iPhone dan dua iPad milik mereka yang diletakkan di ruang tamu juga hilang," katanya pada sidang akhbar bersama Ibrahim di kediaman mereka, Selasa.

Berikutan kejadian itu, beliau dan suami kembali ke Kuala Lumpur semalam dan membuat laporan di Balai Polis Gombak pada 11.25 malam.

Ira berkata pemeriksaan lanjut mendapati mereka kehilangan 11 jam tangan berjenama termasuk Rolex dan Tag Heuer, 20 bentuk cincin, seutas rantai, dua pasang subang permata, empat telefon pintar, 30 helai kemeja-t berjenama, dua tas tangan Bvlgari dan Louis Vuitton, wang tunai RM5,000 serta pasport dan permit kerja kedua-dua pembantu rumah itu.
Beliau berkata ketiadaan rakaman kamera litar tertutup di kediamannya menyukarkan mereka melihat gambaran sebenar kejadian itu, tetapi percaya kedua-dua pembantu rumah tersebut melarikan diri melalui pintu dapur.
Mereka juga meninggalkan kunci rumah di dalam peti sejuk manakala alat kawalan jauh pagar rumah diletakkan dalam peti surat.

Kedua-dua pembantu rumah itu, yang berasal dari Jawa Barat, dikenali sebagai Luluk Tanjiyah, 32 dan Udayati, 40, akan menamatkan kontrak bekerja masing-masing pada Ogos dan November depan.

"Anak saya turut menjumpai beg plastik berisi pakaian kedua-dua pembantu rumah itu yang dibuang di dalam tong sampah rumah kami," katanya.

 
Ira berkata beliau hairan bagaimana pembantu rumah itu memasuki bilik tidurnya kerana ia berkunci serta membuka pintu almari, yang juga berkunci.

"Keadaan di dalam bilik tidur kami juga seperti biasa tanpa ada tanda digeledah... semuanya terletak pada kedudukan asal," katanya.

Mengimbas keadaan di kediamannya sejak kedua-dua pembantu rumah itu bekerja setahun lepas, beliau menyedari sering kehilangan wang awal tahun ini dan jumlahnya mencecah RM15,000.

Ira berkata berikutan laporan polis yang dibuatnya, Jabatan Imigresen telah membatalkan permit dan pasport pembantu rumahnya selain memaklumkan kejadian itu kepada ejen pembantu rumah di Indonesia.Bagaimanapun, beliau berkata mereka gagal mengesan Luluk dan Udayati di rumah masing-masing di Surabaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. - BERNAMA

sumber : SINI

7 comments:

HaSue said...

Kak zura, kalo terpaksa upah bibik ni harus pasang kamera litar kat umah. mmg kreatif dorang ni kann..
nanti nak bg makan anak2 kat kpg hasil curi tu agaknya..iskh2.
Depan majikan mmg nampak innocent..mmg xleh bg muka sgt wpun cam baik..huhu

mamawana said...

Kalu bibik minta gaji RM700. Okay jer. Tapi bersyarat. Dia kena bayar sewa bilik RM150 sebulan, caj duit sarapan, tengahari, minum petang and makan malam RM15 sehari x 26 hari bekerja dah jadi RM540. So tolak gaji , bersih dia dapat RM160 aje setiap bulan. Amacam? Tambah lagi bibik yg entah mana asal usul dia langsung tak boleh dipercayai. Lainlah kalu dapat bibik yg bertaqwa. Ada rakan2 opis mate saya yg bertuah dpt bibik yg siap ajar anak2 ngaji and solat sampai kerja setia hingga 20 tahun. Bertuahn yer dpt bibik gitu.

::Azura Rahman:: said...

Hasue : betul tu su.. xpecially majikan yg kaya.. bkn nk menuduh semua bibik tak baik.. tapi sbg langkah berjaga2 rasanyer x salah kite simpan rasa curiga dan hati2.. baik mcm mn pon bibik.. ingat, dia ttp org luar..

::Azura Rahman:: said...

mamawana : sy sgt setuju idea mamawana tu.. kite bkn nk berkira tapi kalau dh sampai meminta gaji melampau hanya utk satu tugas shj.. tak logik dek akal langsung..

tapi sy juga akui, ada antara kita yg dpt bibik tersgt baik.. bertuah kan.. biasanyer bibik yg begitu dia ada latarbelakang berpendidikan atau mungkin hidup dia senang dari org lain (bukan kaya).. yg buat hal kebanyakannya yg susah sgt2 dan xde pelajaran.. sesetengahnya la kan.. tak semua..

crvmin said...

Itu lee sis..menyampah gak ngan diaorg nii...sue pon da dkt sethn tak de maid..aman rasanya...ada lee dkt 5 org lari...sampai sekarang minta ganti rugi kat agent haram nak dapat.....

::Azura Rahman:: said...

suhailas : lorr.. yeke?.. dia larik x curi ape2 ke dik?.. mcm ni gaya perangai ada hati plak diorg nk demand gaji RM700 ye.. isk..

kurus said...

aduhh takutnya
memang punnn mereka nie buat baik ke x buat baik ke samee aje
kita nie sesama islam ingat nak lah nolong dan kesian kan mereka datg dari jauh
sure lahh kita nak baik dgn mereka kan huhuhuh

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...