Saturday, May 21, 2011

Nasi Ayam Ipoh maliiiii..

Salam Hari Sabtu..
masing dh kekenyangan ye..
mesti tgh lepak2 dgn family tgk citer hindustan kan..
ekekeke..

Aku baru je sudah masak..
lewat sgt arini..
bangun lewat masak lewat.. semua lewat!
huh..
Memandangkan semua dh lewat..
menu plg sedang nk buat ialah.. NASI AYAM..
tp terasa nk buat kelainan..
godeh dapo Kak Nor..
jumpa la resepi Nasi Ayam Ipoh nie..
dlm resepi ni byk menggunakan bawang putih dan halia..
kan Kak Nor kan kan kan..

Aku yakin.. ramai dh pandai wat Nasi Ayam..
tp kalu korang nk buat kelainan..
meh cuba resepi nie..
sekali sekala kan.. apa salahnyer.. =)

Aik.. mn ayam?.. ekeke.. dlm kuali tgh goreng..

aku guna Beras Taj Mahal...

ada ape dlm sup tu??.. kaki ayam lerrrr... ekeke..



Kak Nor, zura mohon izin share resepi tu kt sini ye..
Kak Nor angkut resepi dr umah Ika..
aku angkut dari umah Kak Nor ke sini pulak..
byk berjasa resepi nie.. ekeke..

NASI AYAM IPOH

Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.


Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

(Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.)


Bahan Utk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega ~ k.nor guna minyak bunga

(Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.)


Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

(Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.)

 
Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur) 

*aku tambah sedikit sos cili


Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

B
ahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun


1 comment:

UniMeOw said...

waaa...cam best je..
xsabor nak cuti sem,,nak ce try resipi nie..
tq 4 da rcpi..!! :D

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...