Sunday, May 8, 2011

Ayam Masak Kicap Berserai

  Assalamualaikum..
ya Allah.. arini rasanyer cuaca kt Kuantan panas membahang dari biasa..
ntah berapa kali change baju.. lencun dgn peluh..
nk memasak pon xde mood..

Malas nk masak menu yg susah2..
so pilihan di hati terpaut kt resepi Kak Wana..
Ayam Kicap Berserai..

Layan je laa erk..
(rasa nk tido dlm bilik air je.. huhu)

 Kak Wana, zura mohon izin copy paste resepi di sini ya.. TQ


  • 1/2 ekor ayam ( dibersihkan, dipotong )
  • 2-3 batang serai ( hiris dan tumbuk )
  • 1 labu bawang besar ( di hiris/ ditumbuk )
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 3/4 inci halia ( ditumbuk )
  • 10 bi ji cili padi ( di masukkan sebiji2 )
  • 1 sudu kecil lada  putih ( ditumbuk )
  • 4-6 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk kunyit & garam untuk menggoreng ayam
  • minyak secukupnya

Cara penyediaan

1. Ayam di goreng hingga masak kemudian angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan hiris/ tumbuk hingga wangi kemudian masukkan kicap, sos tiram dan sedikit air.
3. Bila telah mendidih masukkan ayam dan cili padi. Masak seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

3 comments:

CT Delima said...

Assalamulaikum Azura

amboi..panas2 membahang pun sempat lagi memasak tu, sedap juga kak ct tengok.. hihi

Kat kl pun sama macam terasa matahari ada hujung kepala jer..YA-Allah.

wana said...

Salam zura... singgah bw sini, nampak ayam msk kicap!! Yummmy!! dah lama tak masak cam ni...akk ni asyik makan masakan berpantang dan dah naik jemu!!! Kat sini pun cuaca pun panas... kena bersabar diatas ujian Nya...

ieda said...

ermm sedapnya ..leh buat nie :)

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...