Friday, May 6, 2011

Eggless SuperMoist Chocolate Cake

Salam..
Dah lama simpan niat nk mencuba resepi nie..
Geng2 lain dh jauh ke depan dgn resepi2 baru..
aku jugak baru je nk mencuba..
huhu..

Alhamdulillah..
aku sgt puas hati dgn hasil kek nie..
kali ni rasanyer aku akan guna resepi ni je utk wat choc cake..
bukan saje mudah.. senang plak tu nk buat..

Utk topping aku godeh ganache..
saje gatai boh topping..
sapu lebih2 kurang je..

Kek ni akan lg moist kalu dibiarkan sehari..
dan serius to say.. kek ni x de topping pon dh rasa ke'coklat'annyer..
utk penggemar choc cake mmg ini la resepi yg korang patut cuba..

Tak lupe ucapan terima kasih utk Kak Nor..
sebab bagi tips dan panduan utk buat kek nie..
betol cakap kak nor.. sgt mudah..
Ni resepi aku copy paste dari blog Kak Nor..

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung

1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.



 Yang ni aku makan bersama Vanila ice-cream.. 
kombinasi yg sgt sgt sgt best!!!!
 Selamat Mencuba~

1 comment:

K.Nor said...

betul kan kek ni sedap zura.. mudah dibuat dan hasilnya sangat mabeles.. k.nor mmg dah terpikat dng kek ni.. dah la mudah, sedap.. jimat pulak tu.. hihii

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...