Monday, May 30, 2011

Langkah-langkah utk order JCP

Langkah-langkah utk order :
1- Email saya utk pertanyaan harga [zura.1827@yahoo.com]
2- Jika berminat, sila buat bayaran ke no akaun yg akan diberikan.
3- Setelah pengesahan bayaran, anda diminta email butiran berikut :
 Nama, Alamat & No telefon
4- Seterusnya urusan pos akan dibuat menggunakan POSLAJU.

~Terima kasih~

Thursday, May 26, 2011

Mulanya Di sini..

Mulanya Di Sini~

Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua

Sehingga di sini

Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan

chorus *

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Mulanya di sini

Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

Akhirnya di sini

Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu

repeat *


Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku


 Aku suka group Freedom nie..
gandingan Seha dan Shuib mmg mantop..
lagu2 diorg pon best..
plg femes lagu ni laa...

Jom tgk video clip yg menarik nie..
siap guitarist pon joget sama tau..
biler tgk rasa nk joget sama2..
ekeke..


Al-Fatihah buat Seha..

Norsehah Abu Bakar atau Seha (lahir 19 March 1962 - 10 Oktober 2006
merupakan penyanyi bagi kumpulan Freedom 
yang popular dengan lagu popular "Mulanya Di Sini",
"Persamaan" dan "Jauh Di Rindu" pada era 1980-an. 
Beliau berasal dari Air Putih, Kuantan , Pahang.

Seha sebagai seorang yang periang, senang didekati, 
penghibur yang bagus serta mahir memilih lagu yang boleh membangkitkan semangat penonton ketika mengadakan konsert.
Shuaib Shaari, 48 merupakan rakan duet Seha 
dalam kumpulan Freedom.
Seha tinggal di Villa Puteri Kondominium.
Sebelum menyertai kumpulan Freedom, Seha merupakan ahli kumpulan Peppers.
Selepas bercerai, Seha pernah bekerja di beberapa pub 
Seha meninggal dunia pada pagi Rabu, 11 Oktober 2006 
di Hospital Kuala Lumpur pada usia 44 tahun.
Jenazahnya di bawa ke rumah abangnya Mohd Norbi Abu Bakar 
di No. 9, Jalan Kesuma 2, Taman Kesuma, Ampang 
dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam 
di Taman Kosas, Ampang selepas Zohor. 


[sumber :wikipedia]

Asam Pedas Ikan Jaket

Salam..
penah dengar ikan jaket?..
kalu dok asrama ramai yg cakap..
menu kat asrama sama aje..
ikan jaket goreng dgn kubis masak lemak..
hahahaha..
dulu2 aku sendiri x tau ikan ape yg dipanggil ikan jaket tu..
now dh tau dah...
ikan cencaru rupenyer..

Ada yg x suka makan ikan cencaru nie..
ada yg cakap sebab jaket dia tu susah nk buang..
ikan ni ada isi hitam kat dalam..
dan macam2 lah..

Tapi pada aku..
ikan cencaru ni mmg sedap xpecially kalu segar..
goreng pon sodap..

Menu wajib kalu ada ikan cencaru
ialah sambal belah belakang..
goreng.. makan panas2...
pergh.. mak mertua lalu pon x sedap..
ekekeke..
tapi masa buat aritu lupe nk snap..

So yg ingat nk snap..
masak asam pedas nie..
habis blkg ikan tu aku belah..
hahahaha..
ralit sgt menyiang belah blkg..
sampai terlupe 2 ekor tu aku nk masak asam pedas..
x pe la.. seksi skit terbukak kt blkg kan..
=)



Tuesday, May 24, 2011

AirAsia BIG SALE! from 10cents...

   

salam..
 
nk g bercuti dgn harga yg murah???..
haa.. AirAsia ada wat offer skrg..
harga bermula serendah 10sen...

Tak percaya?...
Iyeee.. serendah 10sen..
tapi.. itu tidak la termasuk kos2 lain..
but still lg murah sgt2 tau..

Cepat2 g booking..

No fuel surcharge for all the 10 cent destinations. And yes, when they say 10 cent low fare, they do really mean it. You can start your booking at 12pm (GMT+8:00) on 23rd May.

  • Booking period: 23rd – 29th May 2011
  • Travel period: 6th Feb – 20th June 2012


For more info & booking, please visit: AirAsia


HIJAU: Available 
KUNING: Limited 
MERAH: Few or none

Jom kite pegi berCUTI2..
dalam Malaysia pon dh lebih dari BEST tau..

UPDATE: Secret Recipe TIDAK menggunakan bahan2 dari Syarikat Puratos!!!

Salam semua...
Semua org sibuk memperkatakan hal tergempar..
berkaitan DNA babi dlm bahan membuat kek dan roti
di SECRET RECIPE..
 Dan aku antara golongan itu..

Alhamdulillah..
ada seorang hamba Allah yg membuat comment..
membetulkan kenyataan aku tu..
keterangan lanjut anda blh refer SINI

Terima kasih yg menegur..
tp kenalkan lah diri anda..
supaya saya dan rakan2 yg lain..
merasakan anda benar2 ikhlas utk menegur..
Kalu main baling batu tgn sorok belakang cam x best kan.. 
ekeke..

Thank you tu Mama Adam..
yang sebenarnyer Anynomous tu..
ekeke..
Jasamu ku kenang... terima kasih daun keladi
kalu ada silap tegurlah lagik ye..
tp jgn la guna Anynomous tu...
allergik tgk.. ekeke.. sabo je la zura..

Ape2pon.. rasanyer info yg diberikan adalah benar..
sbb pertnyaan tu direct kepada pegawai SR sendiri..
bukan melalui org tengah.. 

Ape yg berlaku kite jadikan pengajaran..
but semua ni ada kesan mendalam jugak kepada semua umat Islam..
sebab hal HALAL HARAM ni dh macam x serius pulak..
yg jadik mangsa.. kite jugak...

So.. aku mntk maaf if entry INI
menimbulkan rasa ketidakpuasan hati pada sesetgh pihak..
belajar dari kesilapan..
Jadiknyer kepada penggemar2 kek SR...
dh boleh pegi beli kek SR ptg nie.. ekeke..

ape2 yg berlaku perlu dirujuk pada pihak yg benar kan?..
 Wallahualam~

*sebarang pertanyaan berkenaan hal ini.. 
boleh call terus pegawai di SR di talian 03-7803489.. 
  

DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe

 Salam..
terkilan dgn ape yg berlaku..
setelah berkali-kali kite dh telan kek2 di SR..
now baru nk diumumkan kandungan dlm kek dan roti SR ada DNA babi..
astagafirullahalazim!

Ya Allah.. KAU ampunkan lah dosa2 kami..
sekiranya ape yg kami makan itu..
adalah dari sumber yg HARAM..
sesungguhnya.. kami tidak mengetahui..
dan kami menjadi mangsa keadaan..

Bukankah SR mendapat sijil pengiktirafan Halal dari JAKIM???..

Pening!Pening!..
skrg nk makan ape2 pon kena hati2..
walaupon ada cop HALAL.. belum tentu mmg HALAL..
moral of the story.. kena la buat kek sendiri...
harap2 tepung gandum.. gula.. dan bahan2 lain HALAL..
wallahualam...

Saturday, May 21, 2011

Nasi Ayam Ipoh maliiiii..

Salam Hari Sabtu..
masing dh kekenyangan ye..
mesti tgh lepak2 dgn family tgk citer hindustan kan..
ekekeke..

Aku baru je sudah masak..
lewat sgt arini..
bangun lewat masak lewat.. semua lewat!
huh..
Memandangkan semua dh lewat..
menu plg sedang nk buat ialah.. NASI AYAM..
tp terasa nk buat kelainan..
godeh dapo Kak Nor..
jumpa la resepi Nasi Ayam Ipoh nie..
dlm resepi ni byk menggunakan bawang putih dan halia..
kan Kak Nor kan kan kan..

Aku yakin.. ramai dh pandai wat Nasi Ayam..
tp kalu korang nk buat kelainan..
meh cuba resepi nie..
sekali sekala kan.. apa salahnyer.. =)

Aik.. mn ayam?.. ekeke.. dlm kuali tgh goreng..

aku guna Beras Taj Mahal...

ada ape dlm sup tu??.. kaki ayam lerrrr... ekeke..



Kak Nor, zura mohon izin share resepi tu kt sini ye..
Kak Nor angkut resepi dr umah Ika..
aku angkut dari umah Kak Nor ke sini pulak..
byk berjasa resepi nie.. ekeke..

NASI AYAM IPOH

Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.


Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

(Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.)


Bahan Utk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega ~ k.nor guna minyak bunga

(Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.)


Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

(Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.)

 
Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur) 

*aku tambah sedikit sos cili


Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

B
ahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun


Friday, May 20, 2011

Kuih Tak Seri Muka

Salam..
Malu sgt nk upload gambo kuih nie..
x padan dgn nama nyer..
tapi sbb usaha gigih aku membuatnyer..
sia2 lah kalu x share kt blog aku nie..
walaupon mungkin ada yg mengata..
kuih aku terburuk pernah dilihat..
uwaaa...
tapi.. rasanyer x buruk okay..
mmg rasa sama dgn nama kuih nie..
sedap..
biarlah tak de seri..
asalkan biler aku makan rasanyer sama cam kuih asal..
jgn tetiba rasa cam kuih keria ke.. cucur badak ke..
muahahaha..

Resepi dh lama aku skodeng kt SINI
dari blog Dr.Ina..
cantik kan kuih seri muka Dr. Ina nie..
so x salah la resepi tu..
aku yg x pandai wat kuih nie..




Dah la tu.. x sabar nk potong..
dh pecah2 pulut dia..
permukaan kuih tu dh terkena air..
so kalu korang nk buat..
sila tutup penutup pengukus tu erk.. huhu..

tp abis jugak sumbat masuk perut org kt umah nie..
ekekeke..

Resepi aku copy paste dari umah Dr. Ina..
menurut Dr. Ina.. resepi asal dari blog Kak An..
Tq utk ke dua2nya..


RESIPI KUIH SERI MUKA
Bahan-bahan: (menghasilkan satu loyang bulat berukuran 9 inci)
Lapisan bawah:
1 cawan beras pulut direndam dengan 1 cawan air selama 30 minit
1 cawan santan sederhana pekat daripada 1/2 biji kelapa
garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Panaskan pengukus.Toskan pulut dan masukkan ke dalam loyang. Masukkan santan dan garam secukup rasa. (kurang tak apa, jangan terlebih masin). Gaul rata santan dan beras pulut.
2. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 20 minit dengan api kuat. Selepas 20 minit, angkat pengukus, gaul rata pulut dan rasa garamnya. Kalau belum masin, tambah sedikit lagi garam dan gaul sekata. Sekiranya pulut cukup masak, tekan padat ke dalam loyang dengan sudu atau senduk hingga rata.
*** sementara pulut tadi dikukus, sediakan lapisan atasnya:
Bahan-bahan:
2 biji telur gred A (jika gred kecil, guna 3 biji)
1/2 cawan gula putih
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1/2 cawan air pandan daripad 2 helai daun pandan
1 cawan santan sederhana pekat
sedikit pewarna hijau
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan dan kacau hingga gula hancur. Tapiskan ke atas lapisan pulut yang dipadatkan tadi dan kukus selam 15 minit atau hingga masak.

Tuesday, May 17, 2011

Lemon Yogurt Cake

 
 Salam..
Sejak Kak Ummi tayang Lemon Yogurt Cake..
aku dh teruja..
nama kek tu je dh mengancam..
then berjangkit dari dapur ke dapur blogger..
yg plg x tahan tgk kat dapur Kak Yat..
siap ikat dgn reben lg tu..
saje menggoda soh buat.. hahaha..
hasil dari hembus2 kak Yat..
petang ni aku godeh jugak kek nie..
dan ini lah hasilnya..
terburuk dari semua org yg dh cuba..
huhu..
nk kata suhu tinggi aku guna 160'c aje..
maybe sbb loyang aku kecik sgt.. 
aku guna loyang 6in..
entah la mana silap..
habis retak seribu permukaan kek tu..

tapi.. jgn pandang sebelah mata kek aku tu..
sedap okay...
serius sedap.. 
lembut dan moist sgt2..

Sila lah cuba kalu nk tau kesedapan dia camner OK..

  Aku copy paste resepi dari dapur kak ummi paste kt sini ye..

LEMON YOGURT CAKE
Resepi : Food Network
Sumber : Ummi@Home Sweet Home

Ingredients


  • 1 1/2 cups all-purpose flour
  • 2 teaspoons baking powder
  • 1/2 teaspoon kosher salt
  • 1 cup plain whole-milk yogurt
  • 1 1/3 cups sugar, divided
  • 3 extra-large eggs
  • 2 teaspoons grated lemon zest (2 lemons)
  • 1/2 teaspoon pure vanilla extract
  • 1/2 cup vegetable oil
  • 1/3 cup freshly squeezed lemon juice
For the glaze:
  • 1 cup confectioners' sugar
  • 2 tablespoons freshly squeezed lemon juice
Directions :

Preheat the oven to 350 degrees F. Grease an 8 1/2 by 4 1/4 by 2 1/2-inch loaf pan. Line the bottom with parchment paper. Grease and flour the pan.

Sift together the flour, baking powder, and salt into 1 bowl. In another bowl, whisk together the yogurt, 1 cup sugar, the eggs, lemon zest, and vanilla. Slowly whisk the dry ingredients into the wet ingredients. With a rubber spatula, fold the vegetable oil into the batter, making sure it's all incorporated. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 50 minutes, or until a cake tester placed in the center of the loaf comes out clean.
Meanwhile, cook the 1/3 cup lemon juice and remaining 1/3 cup sugar in a small pan until the sugar dissolves and the mixture is clear. Set aside.
When the cake is done, allow it to cool in the pan for 10 minutes. Carefully place on a baking rack over a sheet pan. While the cake is still warm, pour the lemon-sugar mixture over the cake and allow it to soak in. Cool.

Monday, May 16, 2011

JCP:Jalapeno Cheese Powder

Assalamualaikum..
PERHATIAN kepada yg telah membuat PRE-ORDER utk JCP.. 

Bagi yg telah membuat bayaran.. insya-Allah brg anda akan dipos besok..
mohon kerjasama anda utk maklumkan kepada sy jika brg sudah selamat diterima..

Bagi yg masih belum membuat bayaran.. 
sila berbuat demikian agar sy boleh terus pos dgn kadar segera..

~Terima Kasih~

*Saya akan emailkan kepada anda no acc bank.. TQ
zura.1827@yahoo.com

Sunday, May 15, 2011

Menjala sambil bertiramisu..

Salam..
Petang semlm kononnyer plan nk menjala..
sebab lunch tu aku masak Kari Ayam..
tapi aku tangguhkan projek tu..
sebab nk pegi menziarah office-mate aku..
yg baru je kehilangan adiknya kerana kemalangan..
Al-Fatihah..


Dijadikkan citer..
Kari Ayam ttp ku simpan elok..
utk digandingkan dgn roti jala.. 
yg akhirnya berjaya aku buat ptg nie..
dan plg best.. 
menjala guna acuan baru yg dibeli dgn chik mi melalui Kak Aidah..
mmg mudah dan senang dgn acuan tu..

tapinyer...
aku sesungguhnyer x reti weh nk dptkan corak yg kemas..
macam2 pesen jadik kat roti jala aku..
hahahaha..
dan akhirnyer aku give-up dan main conteng2 je atas pan tu..
bedal je la.. dh penat dok jala sana jala sini..
lenkali cuba lagik..



Tiramisu Cake ni pulak tempahan office-mate aku, Ma..
utk harijadi anak2nya..
tercabar betol buat Tiramisu Cake ni..
dgn keadaan cuaca yg panas..
huhu..
tp alhamdulillah.. terhasil jugak kek nie..
walaupon comot sgt nmpk gayanyer..  huhu..

 
*Oh lupe nk cakap..
adunan Roti Jala tu aku ikut resepi Kak Ummi..
ada byk eresepi Roti Jala kt blog Kak Ummi..
tp aku rasa yg ni senang dan mudah..
plg best ttp lembut walaupon dh sejuk

Kak Ummi.. zura mntk izin copy paste resepi akak di sini ye.. TQ

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (*ummi guna 1 cawan air dan 1 cawan susu segar)
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara Menyediakan:-
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.




Wednesday, May 11, 2011

Kisah sedih dan Chocolate Moist Cake

Salam..
Jarang sgt aku nk bercerita hal sedih kan..
kalu boleh nk share citer hepi2 je kt blog nie..
so bebila aku bukak balik entry lama boleh la tersenyum..

Tapi dah nama pon manusia dan kehidupan..
x dpt berpisah dgn kisah suka dan duka..
termasuk lah aku..
huhuhu..

Minggu ni saje bertubi aku dilanda kesedihan..
ada saje makhluk Allah yg menyakiti hati nie..
kadang2 rasa malas nk berkawan...
biar aku hidup dgn family dan suami tersayang je..
pegi keje balik keje x yah berkawan..
tapi semua tu mustahil..
ada ketikanyer kawan juga bisa mendamaikan dan menenangkan jiwaku..
cuma segelintir yg menyakitkan hati..

Hari nie pon aku diduga lagik..
seorang kawan yg ku kenali masa study diploma dulu..
menduga imanku..
dia yg carik pasal kite yg dihentamnyer..
puncanyer hanya kerana aku menolak pelawaan dia..

Saban hari dia memaksa dan mengganggu aku..
seolah2 memaksa aku..
utk lunch dgn dia..
tp nie bukan sebarang lunch..
lunch yg diselitkan dgn promosi ntah produk ape..
dan berkali2 aku terangkan pada dia..
aku tidak berminat..
sekadar utk lunch biasa sbg kawan aku OK aje..
but bukan utk promote brg..
dan dia tidak serik dan menduga aku gayanyer..

Dan kali ini .. tetiba dia marah bile aku menolak lg pelawaan dia..
ape kejadah dia nie..
dh cukup baik kot aku cakap tu..
nk meniaga mana boleh paksa2 kan..
aduss.. kemarahan dia tidak terbendung..
kononnyer aku tidak menghargai dia..

oh tidak! salah aku ke?..
ok aku bersalah sbb x bg dia peluang utk promote produk dia..
but.. mmg sejujurnyer..
aku x minat la dengar promosi2 brg nie..
if aku berminat for sure aku akan carik dia kan..
bukan dgn cara mengganggu dan memaksa..

Itu lah kisah sedih hari ni.. 
kisah sedih yg kelmarin.. x perlu la aku cerita..
kawan2 yg rapat dh tau kisahnyer..
cuma ape yg aku nk cakap..
"please find ur own identity"..
jgn suka sgt meniru..
semua mende nk tiru..
entry blog nk tiru.. design nk tiru..
hal2 telefon pon nk tiru..
aduhai manusia..sabar je laa..

Ok.. ape kaitan kisah sedih dgn Chocolate Moist Cake..
ekeke..
kaitannyer ialah.. minggu ni jugak ramai kawan2 order CMC..
alhamdulillah.. rezeki di tika sedih..
thanks Allah..

Ok enjoy la kek2 tempahan yg baru je aku siapkan mlm nie..
yg semlm malas nk snap.. sama je pon.. =)




Tuesday, May 10, 2011

Wall's Cornetto Say It With Style~Alhamdulillah..

Salam..
Aceli aku ni mmg x pernah nk mencuba..
utk join ape2 contest yg dianjurkan..
sebab aku rasa cam ramai giler yg join..
dan harapan tu tipis setipis-tipisnya..

Entah kenapa..
aritu masa pi KL dgn En Suami..
kami singgah kt Petronas kt highway LPT (lupe lokasi)..
then aku teringin sgt nk makan eskrem Cornetto..
beli la sorang satu..
leh tahan la harga dia.. tp sbb teringin punyer pasal..
then tgk blkg penutup.. ada no code..
tp x tulis cara2 nk join ke ape ke..
cuma dia soh bukak website Cornetto..

Dan kenapa ntah aku blh simpan penutup tu..
then beberapa hari lepas tu..
ternmpk penutup tu atas meja..
and terus try bukak website Cornetto..
oo kena sms no code tu.. 1 code 1 point..
so kumpul point tu.. lg byk korang melantak eskrem Cornetto..
lg byk la point korang and berpeluang utk menang hadiah bulanan dan harian..
so aku hanya ada 2 point aje..
dan sampai skrg aku x beli pon eskrem cornetto sbb x teringin pon nk makan..
x kan sebab nk masuk contest tu..
nk kena melantak eskrem hari2 kan.. huh!

Then.. pada 21hb April.. aku dpt sms..
" RM0.00 Anda Pemenang Harian, sila pos fotostat IC dan penutup ke
Cornetto 2011, D109, Blk D
Kelana Square, Jln SS7/26
Kelana Jaya, 47301 PJ
ssebelum 3 Mei "

Memula cam was2.. betol ke sms nie..
skrg kan macam2 penipuan sms ada..
menang RM10,000 la.. menang percutian la.. 
so takut gak..
then aku ada message kt FB Cornetto utk pengesahan..
dan ia adalah benar..

Alhamdulillah.. x sangka teringin aku nk makan eskrem dpt gak hadiah..
tapinyer.. hadiah tocik je..
sbb pemenanng harian.. bukan pemenang bulanan..
but still hepi tau.. ekeke..

So arini check kt website Cornetto..
 Ada nampak????...
kalu tak nmpk sila klik gambo utk 'tumbesaran'..
Hadiah x besar mana pon.. but stil lg rezeki kan..
hadiah pon Cornetto x pos lg..

OK .. kalu korang nk join..
cepat2 pi beli eskrem Cornetto..
beli 10 batang.. dpt 10 point..
mn tau kumpul2 dpt hadiah bulanan 
iphone4 atau ikaraoke..



Again~Eggless Super Moist Chocolate Cake

Salam..
dh seronok wat kek nie..
last minute pon blh godeh lg.. suka3x..





 Hari ni x dak mood nk tulis pjg2...
badan penat.. ditambah lg dgn cuaca yg sgt2 panas skrg..
kena tahan dgn dugaan Allah..
Chow~

Sunday, May 8, 2011

Ayam Masak Kicap Berserai

  Assalamualaikum..
ya Allah.. arini rasanyer cuaca kt Kuantan panas membahang dari biasa..
ntah berapa kali change baju.. lencun dgn peluh..
nk memasak pon xde mood..

Malas nk masak menu yg susah2..
so pilihan di hati terpaut kt resepi Kak Wana..
Ayam Kicap Berserai..

Layan je laa erk..
(rasa nk tido dlm bilik air je.. huhu)

 Kak Wana, zura mohon izin copy paste resepi di sini ya.. TQ


  • 1/2 ekor ayam ( dibersihkan, dipotong )
  • 2-3 batang serai ( hiris dan tumbuk )
  • 1 labu bawang besar ( di hiris/ ditumbuk )
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 3/4 inci halia ( ditumbuk )
  • 10 bi ji cili padi ( di masukkan sebiji2 )
  • 1 sudu kecil lada  putih ( ditumbuk )
  • 4-6 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk kunyit & garam untuk menggoreng ayam
  • minyak secukupnya

Cara penyediaan

1. Ayam di goreng hingga masak kemudian angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan hiris/ tumbuk hingga wangi kemudian masukkan kicap, sos tiram dan sedikit air.
3. Bila telah mendidih masukkan ayam dan cili padi. Masak seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat semua yg bergelar Ibu..
Sedekahkan Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali ke Rahmatullah..
Bagi yg masih ada ibu.. sila hargai ibu anda..
Jangan sia2kan mereka..
Ibu2 dulu x sama spt ibu2 skrg..
susah payah membesarkan anak2 dgn serba serbi kekurangan..
alhamdulillah..


Love~love~love

Friday, May 6, 2011

Eggless SuperMoist Chocolate Cake

Salam..
Dah lama simpan niat nk mencuba resepi nie..
Geng2 lain dh jauh ke depan dgn resepi2 baru..
aku jugak baru je nk mencuba..
huhu..

Alhamdulillah..
aku sgt puas hati dgn hasil kek nie..
kali ni rasanyer aku akan guna resepi ni je utk wat choc cake..
bukan saje mudah.. senang plak tu nk buat..

Utk topping aku godeh ganache..
saje gatai boh topping..
sapu lebih2 kurang je..

Kek ni akan lg moist kalu dibiarkan sehari..
dan serius to say.. kek ni x de topping pon dh rasa ke'coklat'annyer..
utk penggemar choc cake mmg ini la resepi yg korang patut cuba..

Tak lupe ucapan terima kasih utk Kak Nor..
sebab bagi tips dan panduan utk buat kek nie..
betol cakap kak nor.. sgt mudah..
Ni resepi aku copy paste dari blog Kak Nor..

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung

1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.



 Yang ni aku makan bersama Vanila ice-cream.. 
kombinasi yg sgt sgt sgt best!!!!
 Selamat Mencuba~

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...