Wednesday, December 21, 2011

~yang baik diamalkan.. yg buruk dielakkan..

Assalamualaikum..

Lamanyer x hapdet blog..
kalu tgk org yg dok hapdet blog hari2 tu pelik gak..
rajin satu hal.. ada pulak idea nk create entry tu..
cam aku ni kalu ikutkan ada aje citer nk story kt blog..
tp memikirkan xde saper pon nk jenguk blog aku..
cam syok sendiri pulak.. huhuhu..

Ermm.. entry ni aceli utk rujukan aku..
and kalau ada yg nk amalkan pon ape salahnyer..
perkara baik kita sebarkan.. seterusnya amalkan..
insya-Allah semua mendapat rahmat-Nya

Wallahualam..

12 Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W. 

 

1. Barli - baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup.

 

 

 2. Kurma - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan", ia juga baik dimakan ketika mengandung.

 

3. Buah Tin - ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.

 

 

 4. Anggur - Rasulullah S.A.W. sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.

 

 5. Madu - dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.

 

6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".

 

 

 7. Susu - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.

 

 

 

8. Cendawan - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.

 

 

 

 

 9. Minyak Zaitun - rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.

 

 

 10. Delima - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari

 

 

 11. Cuka - makanan yang Rasulullah S.A.W. suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)

 

 

 

 

 12. Air - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru".

 

 

***Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat. 


*sumber rujukan : http://badar-sambbst.blogspot.com/2010/11/12-makanan-kegemaran-rasulullah-saw.html

3 comments:

kurus said...

setuju dik
semoga kita sama2 mendapat manfaatnye
hurmmm tkasih sharing great info nie :)

intan morsalin said...

tq share info ni...baru tau kehebatan delima

jana love cake said...

tq zura, akak setia jd pembaca. gambar barli mmg macam tu ye.

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...