Saturday, December 3, 2011

Rendang~

Salam..
ni satu lg entry tertunggak..
buat rendang ni masa Awal Muharram aritu..
lama kan.. hihi..

Kakak ipar nk wat makan2 utk besday anak dia..
makan anak beranak je..
simple..
dia masak pulut and sepatutnyer mak aku yg akan masak rendang..

Akan tetapi...
mak abah dan abang Ngah plan nk balik kg..
ziarah mak sedara yg operate buang batu dalam hempedu..
so aku yg terpaksa masak rendang tu..

Alamak!
Malu nk cakap..
aku sebenarnyer x pernah masak rendang..
selama ni tolong2 mak je biler raya..
now kena prepare all by myself..
aiyokkk..

Tau x aku guna resepi saper?..
jeng jeng jeng..


..
..
..

Resepi Kak Hanieliza ler..
jumpa resepi ni kt umah Kak Ummi..
tgk kak ummi dok sebut sedap sedap je..
ape lg.. aku try ler..


Alhamdulillah..
kakak ipar aku cakap.. sedap.. and blh challenge mak..
hahahaha..



 Zura tumpang paste resepi kt sini ye Kak Ummi dan Kak Liza..
TQ

RENDANG AYAM (CHEF HANIELIZA a.k.a KAK LIZA)

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
  • 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni)
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

1 comment:

Mamasya said...

Aslmkum Zura

Sedapnya rendang ayam kalau mkn dgn pulut. dah lama tak masak rendang....

Kongsi Resepi

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...