Saturday, April 30, 2011

Sup Ayam Special

Assalamualaikum..

Ni menu mlm semlm..
kebuntuan nk masak ape..
at last buat sup ayam je..
mencuba kelainan pada resepi sup ayam..
biler taip kt google..
jumpa resepi sup ayam special ni kt Myr oleh Tulip77


Tapi aku ada derhaka skit kt resepi nie..
aku wat tumis darat..
maknanya aku rebus dulu ayam tu sampai empuk..
then guna kuali lain utk tumis bahan2 lain..
then curah je dlm sup tadi..

Sup ayam special (tulip77)

Bahan-bahan ( 8org )

  • 1 ekor ayam potong 16
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

3 comments:

HaSue said...

sup ayam special satu mangkukkkk! nak kuah lebihh..err,isi lebih gakk..haha

::Azura Rahman:: said...

hahaha.. isi lebih utk org yg ada 'isi lebih' cam kzura jew.. ekeke.. dh habis dear.. tinggal bunga lawang je.. nak?... ekekeke..

Zainab Mat rani said...

Tgh puasa ni sup pun terliur...nk msakla ptg ni

znzabadistore.blogspot.com

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...