Tuesday, April 19, 2011

Sotong Goreng Kunyit & Sambal Tumis Telur Itik

Salam..
Hari ni korang masak ape???..
Aku?. simple menu.. just Sotong Goreng Kunyit & Sambal Tumis Telur Itik..
Tambah dgn menu mak masak tghari tadi..
Gulai Percik Ikan..
Alhamdulillah.. kenyang sungguh..

Malam ni kena wat Cotton Cheese Cake..
tempahan lecturer kt opis aku..
dh siap pon..
tgh set jap dlm peti sejuk
satg baru nk boh topping.. and nnti aku snap kan gambo ye..
dh lama x share gambo kek kan?.. =)





Tambahan

Aceli menu ni semua simple and rasanyer ramai yg dh tau buat..
cuma kalu ada kelainan pon skit je la kot..
but atas permintaan..
aku tuliskan jugak cara masakan aku utk menu nie..

SAMBAL TUMIS TELUR ITIK

5 biji Telur Itik
2 sudu besar Cili Kisar
1 biji Bawang besar*
1 biji Bawang merah*
1 ulas Bawang putih*
1/2inci Halia*
*kisar halus
1 keping Asam Keping
Sedikit air
Garam & Gula

Cara :
Tumis bahan kisar hingga wangi.Then masukkan cili kisar. 
Tumis hingga garing. Masukkan asam keping dan sedikit air.
Perasakan dgn garam dan gula.
Pecahkan telur itik dan jangan gaul lagi.
Biarkan sehingga telur separuh masak then baru balikkan perlahan2.
Tutup api dan siap dihidangkan.



SOTONG GORENG KUNYIT

3 ekor Sotong besar - potong dan basuh bersih
Serbuk Kunyit
Garam secukupnya
Kobis bunga dipotong sederhana besar
Bawang besar kuning - potong kasar2
Cili merah dan cili hijau

Cara:
Setelah sotong dibasuh, toskan dulu agar tidak terlalu berair.
Gaulkan dgn garam dan kunyit.
Goreng sehingga sotong masak then masukkan bunga kobis.
Bila kobis agak lembut, masukkan cili merah, cili hijau dan hirisan bawang besar.
Kalu rasa tawar boleh tambah garam.
Siap!

2 comments:

zalykha mohd said...

dear...
share laa menu
nmpk lazat sgt :)

eni osman said...

Salam azura...masak kunyit tu fav anak anak...sambal tumis telur itik...first time tgk...selalu nya guna telur ayam...pecah macam tu ...something new ..boleh cuba nampak sedap...tq

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...