Monday, March 7, 2011

Marble Cheese Brownies~

Salam..
Ku buat bronis nie..
utk dibawa ke majlis hari lahir anak member aku..
majlisnyer ari sabtu malam..
arini br ada kesempatan nk upload bronis nie..

Dh ramai pernah mencuba..
x susah dan sedap..

  

Resepi aku guna Kak Rinnchan punyer..
dh ramai yg dh cuba..
and diorg wat lg kemas..
aku ni x kreatif.. tgn x berbedung.. huhu..
Aku copy paste resepi kt sini erk..

izinkan zura ye Kak Rinn



MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Kat fotopages Kak Rin ada ditunjukkan step by step nk wat bronis nie..
nk lebih paham..
rujuk SINI

4 comments:

Fazleyatul Aini said...

wow sedapnya
kita malas la buat brownies
tp macam ada hati gak nak cuba
tgk la weekend ni
sebab besday ayah
kot2 leh buat ke. hihi

Anonymous said...

wah sedapnya kek brownies tu. Dah lama dok fikir nak buat brownies ni tapi sampai sekarang tak buat2

aidah said...

wah sedapnya kek brownies tu. Dah lama dok fikir nak buat brownies ni tapi sampai sekarang tak buat2

Ayu said...

brownie yang ini akak belum pernah buat..yang selalu buat tu cheese creamnya kat tengah..hehe ada lagi tak ni..nak minta 2-3 ketul hehe

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...