Sunday, May 27, 2012

Attention all bakers : saper tau punca dan penyelesaiannya...help me.. TQ

Assalamualaikum...

Aku ada pertanyaan skit..
utk sesiapa lah yang tau... punca dan cara nk selesaikan..
dari dulu aku baking.. mmg menghadapi masalah nie..
so skrg teringat lah..
nk tnye.. anda2 yg tau pasal masalah nie..

Biler bakar cupcakes dlm papercup/paperliner..
KENAPA ia mudah lekang/terbukak ???...


huhuhuhuhu..

If ada sesiapa yang sudi nk bantu aku..
please erk..
nk sgt tau puncanya..
adakah sebab adunan..
adakah sebab suhu oven..
atau..
adakah sebab aku????...
waaaaa.. apa salahku.. huhuhu..

Tolong erk kawan2 yg budiman..
jasamu amat ku kenang..
i lap u ketat2 lah!... =D

Terima Kasih~

Friday, May 25, 2012

Black Forest Cake ~ fiza

Assalamualaikum...

Tiada kata seindah bahasa..
so.. sy x nk berkata byk utk entry nie..
sbb sy malas dan x de mood..
ngantok pon ye.. huhuhu..
baru berkesempatan nk upload kek nie..
tempahan dari office-mate, fiza..
teringin nk makan kek katanyer..
dh byk kali fiza tempah..
and kali ni dia nk cuba black forest cake..
moga fiza suka dan puas hati..
bye semua...~





Wednesday, May 23, 2012

Nasi Arab - Kabsa Kambing

Assalamualaikum..

Ni kali ke dua aku buat nasi kabsa nie..
tp yg pertama dulu..
tiada kesempatan betol nk snap gambo..
ada snap guna phone je..
tu pon gambo nasi je..

This time pon mcm x snap betol2..
nasi snap dari dlm periuk..
dh x sempat nk posing 1 set semua dlm satu pinggan..

Aceli buat Nasi Arab ni utk makan2 kami anak beranak..
Mak Abah request soh buat..
ajak Abang Long dgn Abang Ngah dinner kt umah kami malam aritu..

Alhamdulillah..
semua suka.. dan alhamdulillah..
kejadian kali ni sgt menggembirakan..

Yg mula2 aku buat dulu..
aku amik dr resepi kak Raidah..
then utk kali ke dua..
kononnya nk ikut resepi dlm buku chef norzailina
 belek2 rupenyer sama je resepinya..

Jom kita tgk resepi dulu.. 


NASI ARAB KABSA KAMBING/AYAM

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)


Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning. 
 
REMPAH KABSA
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.

Salad sayur

Salatah Hara

yg ni nk buat salad buah.. belum campur yogurt lg nie..

Tuesday, May 22, 2012

Alhamdulillah... dipjgkan umur bertemu Rejab lagi..

Assalamualaikum..


"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

 Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. 

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. 

Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."


Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
 
Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Sabda nabi:

"sampaikan dariku walaupun satu ayat"

Monday, May 21, 2012

Kerabu Tomato & Sotong Bakar

Assalamualaikum..

Kalau xtau nk masak sayur ape utk lunch atau dinner..
mmg pilihan aku ini laa.. 
mudah, ringkas dan yg penting sedap..

Kerabu Tomato..
dari dulu.. mmg ini la yg selalu aku buat..
x susah pon..
jom buat!... ;)



KERABU TOMATO

Bahan :-
2 biji Tomato (jgn guna yg lembik, x sedap)
Bawang besar - hiris halus
Ikan Bilis dan Kacang Tanah secukupnya - goreng
Beberapa biji Cili Api - ikut tahap kepedasan masing2 ye
Beberapa tangkai Daun Ketumbar
Sedikit perahan limau
Garam secukupnya

Cara:-
Tomato dipotong dadu.. Gaulkan semua bahan sehingga rata.. Perasakan dgn garam dan perah sedikit limau.
Siap.



Memandangkan stok sotong ada byk kt rumah..
apa lagi..
aku buat sotong bakar..
sebelum tu dh buat sambal tumis sotong..

dh lama mengidam nk makan sotong bakar..
dh ada stoong fresh ni.. terus je buat..



SOTONG BAKAR

Bahan :-
4 ekor sotong size sederhana besar - cuci bersih
Rempah Kari
Rempah Beriyani
Serbuk Cili
Serbuk Kunyit
Serbuk Lada Hitam
Hirisan daun kunyit

Cara:-
Sotong dikelar jgn putus ye..
Kemudian gaulkan semua bahan sehingga rata pada sotong..
dan perap seketika..
Bakar di atas non-stick pan..
Tak perlu bakar lama.. nnti sotong liat.. 

Saturday, May 19, 2012

Birthday Cake Boboiboy ~butter cake

Assalamualaikum..

Nauzubillah.. panasnyer cuaca...
ini baru panas kt dunia..huhuhu..

ok.. ni tempahan ke-dua dari kawan opis, Siti Masrina..
tempahan pertama yg kek swirl roses yg jatuh..
masih ingat lagi???.. hhuhuhuhu..

Masrina mmg suka butter cake..
cuma this time dia request orange butter cake..
utk besday anak teruna nya, Aliff..

Kebetulan masa nk beli edible image boboiboy utk kek masrina nie..
boleh plak kedai yg biasa aku beli tu xde..
pegi kedai lain pon x de jgk..
ayoyo.. tinggal satu je lg kedai..
and alhamdulillah.. ada stok..
tp gambarnya pada aku x lawa sgt..
gambar muka boboiboy je.. huhuhu..
tp sbb xde pilihan.. terpaksa jgk beli yg tu..





Semoga masrina dan Aliff puas hati ye..
TQ sudi order..

 

Friday, May 18, 2012

Tazkirah Jumaat : 18.05.2012

Assalamualaikum..

Sebagai manusia.. kita tak lari dari dilanda dugaan..
macam2 jenis dugaan ada..
yg menyakitkan hati..
yg menyedihkan..
yg merugikan..
dan macam2 lagi..

Kadang2 terdetik dlm hati kita..
"kenapa aku diduga begini?"

Jom kita baca tazkirah jumaat utk hari nie..
aku ambil dari SINI..
dan ia amat bermakna jugak utk diri aku..
sama2 kita muhasabah diri..
wallahualam..

Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?

Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah.

Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.

Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.

Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,
Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa. Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !

Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.

Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.


Realitinya dugaan itu.. 
 
Yakin dan pastinya sebagai seorang muslim kita hendaklah merasakan bahawa setiap dugaan yang diterima bukanlah bersifat untuk menyusahkan ataupun menzalimi hambanya.
Tetapi sebenarnya dugaan itu adalah satu hikmah yang mahu kita berfikir sejenak !

Dugaan yang hadir adalah sebagai satu latihan untuk melatih kita sebagai hambanya untuk mendekatkan diri dengan Allah sebagai wasilahnya dengan sabar, sangka baik serta mengharapkan pertolongan dari Allah.
Kita ingatlah bahawa nikmat hidup diatas dunia ini adalah satu nikmat yang hanya bersifat sementara dibumi pinjaman kepada kita.

Sebab itu bagi orang yang melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan dugaan kesusahan kepadanya. Supaya hambanya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda selamanya.
Setiap perbuatan dosa mesti ada hukuman darinya, samada di dunia atau di akhirat kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu.

Bukan untuk menzalimi kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sampai bila-bila, dugaan juga bermaksud pembalasan ke atas dosa-dosa kita yang lalu.
Sedangkan Allah telah berfirman:“ Sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.”

Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.

Dugaan adalah wasilah (perantaraan)
Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita
Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.

Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.
Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya
Dan ingatlah, andaikata kita diduga, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika ditimpa dugaan?

Demikianlah, mereka yang tinggi nilai taqwa dan keimananya, tidak mengeluh apabila ditimpa dugaan. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila ditimpa dugaan kita mudah sangka buruk dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan dugaan kepada kita.

Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak lihati kita, ditimpa dugaan  menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita ditimpa dugaan itu….



Tengkorak boleh dimakan?... 18SG

Assalamualaikum..

PERINGATAN!!!!

Kalau anda lemah semangat...
sila jangan tengok..
kalau degil nk tgk jugak....
sila tanggung risiko sendiri ye...

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Adessss... ngeri sgt rasanyer..

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Kembang tekak weh!....

"

"

"

"

"

"

"

"

Sedia?... huhuhuhu..

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"



 
*walaupon kek...
tapi tetap aku rasa mual nk tgk...
huhuhuhu...

sumber : http://melayukini.net/2011/10/kek-harijadi-kepala-manusia-sedap-ke/ 

Tuesday, May 15, 2012

Karipap..

Assalamualaikum...

Dh lama x makan karipap homemade..
aritu teringin nk makan donut homemade..
pegi la jgk ke dapo godeh buat..
now teringin makan karipap plak..
ape lg.. godeh la lagik..
mana la badan tak gebus..
dok layan rasa teringin je kejenyer.. huhuhu..

So biler dh teringin..
kita gugel2 la tgk resepi..
and ini resepi pilihan aku...

KARIPAP 

Bahan-bahan
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam skit
  • air
Cara-cara
Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas. Bancuh air+garam.Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
 
 
Untuk inti dia..
memandangkan rasa "teringin" aku yg dtg secara tiba2..
so xde la prepare bahan2 sgt..
xde stok daging.. xde stok ayam..
tp nk jgk wat karipap..
sudahnya.. hanya berintikan kentang dan karot shj..
rempahnya aku guna 3 jenis..
kari+kurma+beriyani
 
 



 Daaaaaa~

Kami benci Online Shop yang tipu!

Assalamualaikum..

Suspen dak tajuk tu?.. huhuhu..
 
Alhamdulillah.. setakat ni..
aku belum kena lagi kes mcm nie..
beli brg online.. alhamdulillah terima dgn selamat..
but mmg takut jgk la kan..
selagi brg x diterima..
macam2 dok pikir...
kalau murah2 kira leh la buat2 pejam mata kan..
tapi kalau dh ratus2.. mmg menangis air mata darah la jugak..
huhuhuhuhu..
 
Aku ada join satu page kt FB..
page di mana semua org yg pernah ditipu..
semasa order brg online..
mmg teruk2 jgk kes diorg..
huhuhuhu..
 
Aku juga meniaga brg online..
setakat ni.. insya-Allah.. brg2 yg diorder aku pos..
cuma ada sekali aritu..
aku blh lupe order sorang customer tu..
ya ampun..
nasib la dia repeat customer..
and sgt2 baik..
kalau 1st time customer.. ada rasanyer kena 'sembur'.. hhuhu
tp salah sendiri.. kena la terima kan..
 
So berhati2 lah anda2 diluar sana ..
yg nk beli brg online..
sebaiknya.. google nama kedai/produk tu..
check comment2 customer sebelum2 tu..
kalau ada yg kena tipu.. mungkin ada yg comment kan..
tp kadang2 diorg ni cerdik..
cepat je diorg delete.. huhuhuhu..
 
Dgn ada nya kes2 camnie..
effect jgk aku yg meniaga online nie..
ada sesetgh customer tu.. takut nk bank-in duit..
aku plak.. takut jgk kena tipu..
kalau pos dulu.. kang ada plak x bayar terus..
huhuhuhu..
tapi dh adat meniaga.. bayar dulu baru dpt brg..
 
semoga perniagaan yg aku buat..
diberkati Allah.. dan moga dipermudahkan segala urusan..
Amin.. 
 
* TQ utk semua customer yg baik hati dan sporting2 belaka.. love u all...
muahhhhhhhhhhhh... ♥

PET GRASS : day 3..

Assalamualaikum...

Yeay... PET GRASS sy dh start tumbuh..
arini dh masuk 3 hari..
tak sabar nk bagi anak2 bulus makan rumput nie..
yipiiieeeee~


Jika ada yg berminat..
boleh PM saya di facebook : Azura Rahman
atau email saya di zura1827@yahoo.com

TQ~

Sunday, May 13, 2012

PET GRASS

Assalamualaikum..


opocot!.... 
hihihi.. jgn takut... 
ini kucing manyak baik...
talak gigit olang tau..
=D

 Saper ada bela kucing?..
sila angkat keyboard.. 
jgn angkat PC udah la ye.. hihihi..

Haaaa.. aku ada jual satu produk bagus punyer..
korang asyik beli online brg2 korang je kan..
cer sekali sekala belikan utk meow tersayang..♥

~PET GRASS~
kalau korang dh biasa bela kucing..
confirm korang tau.. kucing makan rumput..
betoi dak?..
pehtu.. kadang2 kucing muntah lepas makan rumput tu..
sebenarnyer ia bagus utk kucing..
kira mcm ubat la utk kucing..
korang makan jamu la.. vitamin la..
so kucing pon sama..

Untuk memastikan kesihatan dan keselamatan kucing..
kita tanam sendiri rumput organik nie..
ia membantu sistem pencernaan kucing anda..
selain itu, ia penting utk membersihkan perut kucing anda dari masalah hairball (gumpalan bulu)


PET GRASS mempunyai vitamin dan mineral yg tinggi..
ia boleh ditanam di luar rumah ataupon dalam pasu kecil yg diletakkan di dalam rumah..

PET GRASS mempunyai Deluxe Kit
yang mengandungi :-

1) Seeds
2) Organic Soil
3) Instruction
4) Glove
6) Tissue

Harga : RM11.50
*tidak termasuk kos penghantaran

So.. jom tanam sendiri rumput organik ini
utk kucing anda..
sebenarnya rumput ni sesuai juga utk haiwan lain
seperti arnab, hamster dll
nk bg kambing pon boleh tp kena tanam byk la pulak 
rumput nie.. hihihihihi..

Cara penanaman PET GRASS padi :-


pakai glove ye kawan2.. jaga kebersihan.. chewah!

gunakan bekas yg disediakan.. masukkan organic soil.. sembur sedikit air agar soil tu basah (jangan banjir tau)

taburkan seed..terpulang nk tabur semua seed atau separuh..

tutup permukaan dgn tisu yg disediakan.. dan sembur dgn air agar tisu tu basah..
*kena pastikan soil dan tisu itu sentiasa lembap..
hari2 kena spray air tau..
bile seed dh mula bercambah.. boleh buang tisu tu..
;)


**
**
**
**

Jika ada yg berminat..
boleh PM saya di facebook : Azura Rahman
atau email saya di zura1827@yahoo.com


Grow Your Own Pet Grass

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...