Thursday, May 10, 2012

Laksa Sarawak..

Assalamualaikum..

Aritu lagi dh buat laksa sarawak..
tp ni baru ada kesempatan nk upload kt sini..
lgpon skrg ni malas betol nk snap gambo..
sbb tu aku tabik spring kt kak ita..
dh la gambo lawo..
background pon kan main cun..
saper2 yg belum lg singgah umah kak ita..
haa.. dipersilakan..
CONFIRM korang kagum tau.. =)
 
So ini laksa sarawak..
seriously to say.. memang sedap sgt2x..
pada tekak aku la kan..
kot2 korang makan kata x sedap..
aku x leh jamin arrr.. hihihi..
 
tergeram nk cuba laksa ni..
masa tgk si hasue tayang..
adusss meleleh tgk..
hasue punyer laksa cantik..
aku punyer dgn x cukup sifatnyer.. huhuhu..
tauge dgn limau lupe nk posing sekali..

Tapi bak kata hasue..
nk makan laksa sarawak nie..
kena pastikan bahan2 semua cukup..
udang mesti fresh..
tauge.. telur dadar.. isi ayam..
pergh.. terus lupe yg diri ni tgh diet..
( diet sgt!.. hihihi..)

ada lg bahan x posing.. taugeh dgn limau..
Ok..aku amik resepi ni dari umah kak dayang..
sama je dgn kat umah hasue rasanye..
izinkan zura copy paste ye kak dayang.. TQ


Laksa Sarawak (Resepi II)

bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
 
Resepi Sambal Udang Kering 
bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.



ini paste laksa sarawak hj manan tu..
aku kirim dgn member yg balik kg dia kt sana..
susah jgk nk carik paste ni kata member tu..
ada kawasan2 yg tertentu je ada jual kot..
ada satu lg jenis member belikan..
laksa sarawak jgk tp jenama LIZA..
nnti try plak yg tu..

Ok selamat mencuba ye..

No comments:

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...