Saturday, May 12, 2012

Donut Gebu Tradisional

Assalamualaikum..

Hello.. hello..
salam hari Sabtu semua..
apa xtvt arini..?
aku belum ke mana2 lg setakat tika dan saat ini..
cuma pg tadi pegi ke kubur di Balok..
anak saudara sebelah suamiku meninggal dunia..
kemalangan di Chini..
arwah menaiki kereta Iswara dilanggar bas ekspress..
semoga arwah ditempatkan bersama org2 berIman..
:(

So.. ini adalah donut yg aku buat Khamis lepas ye..
bukan arini bukan semlm.. tp kelmarin.. hihihi..
teringin nk makan donut..
so gagahkan jua buat..
(gagah la sgt.. semua mesin yg kerjakan.. hihihi)
saper yg ada BM lg mudah nk kerjakan adunan donut nie kan..
aku guna heavy duty mixer aku tu je..
besar gedabak tp adunan x sampai suku bekas tu..
huhuhuhu..



Resepi aku dapat dari SINI..
ada byk sgt resepi donut..
lain cara lain bahan.. pilih je nk try yg mn satu..
dan aku berminat nk cuba resepi nie..

DONUT GEBU TRADISIONAL





1kg Tepung gandum
1 pkt Yis segera mauripan (11g)
2 cmb Susu pekat manis
1/2 cmt Garam
1/2 cwn Minyak masak
550g Air bertapis
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam

Cara membuat Donut Gebu Tradisional
  1. Larutkan garam, susu kedalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja.
  2. Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.
  3. Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.
  4. Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.
  5. Kemudian barulah diuli sehingga menjadi doh yang sangat lembab dan melekit. Adunan akan melekat di tangan. Jangan risau, kaut adunan yang melekat ditangan menggunakan sudu.
  6. Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit. Tak perlu cuci tangan dulu.
  7. Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.
  8. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu. Boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut.
  9. Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.
  10. Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Trim sedikit bentuknya supaya bentuknya bulat dan tidak bersegi.
  11. Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.
  12. Goreng didalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan
  13. Tuskan sebelum digaulkan dalam gula castor atau dihias sesuka hati anda sebelum dihidang

Tip Masakan Komersial
  1. Penggunaan air bergantung kepada jenis tepung. Saya biasanya menggunakan tepung yang paling murah seperti blue key, lily atau cempaka.
  2. Lebih baik menguli menggunakan tangan berbanding mesin kerana, mesin menjadikan adunan lebih padat dan berat malah donut akan menjadi liat kerana kita menggunakan tepung pelbagai guna sahaja.
  3. Tak perlu melarutkan yis dalam air suam terlebih dahulu. Apabila yis segera digunakan, proses membiakkan yis hanya membuang masa sahaja.
  4. Proses mengembangkan donut lebih cepat untuk cuaca di negara kita. Kalau di rumah saya, setengan jam sudah mencukupi. Jika donut terlebih kembang, rongga udara didalam donut terlalu besar. Kita juga sukar memegang donut untuk digoreng kerana teksturnya tidak kukuh. Bentuknya juga tidak cantik. Jika kurang kembang pula, donut menjadi berat dan mampat.
  5. Kita boleh menyimpan donut dalam peti sejuk beku dalam jangkamasa yang lama. Hanya perlu menngoreng donut ini sebentar sahaja untuk mematikan yis dan menetapkan bentuknya. Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dengan seal. Selepas dibekukan, perlu defrost dahulu sebelum digoreng.
  6. Untuk simpanan dalam jangka pendek, hanya perlu disimpan dalam bekas bertutup. Donut akan kekal gebu untuk 24 jam.

Alhamdulillah..
cantik je kejadiannyer..

Jom cuba..!

5 comments:

Gee® said...

Takziah buat famili Zura... semoga roh allahyarham dicucuri rahmt dan ditempatkn di kalangan hamba2Nya yg beriman... cantik donut...

::Azura Rahman:: said...

TA kak Gee.. donut je ke cantik.. wawawawa..~

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam.. sedapnya donut... :)) lama dah tak buat.. beli rajin nak membuat malas hehehhhh...:))

sedapnya... terbayang2 bili di gigit kat mulut ni hah...

Anonymous said...

salam zura, cantikk.. donut tu!..mintak izin amik cepi ya.. tq :) zila66

Anonymous said...

berapa masa menguli guna mixer heavy duty ni?saya pun guna berjaya mixer yg 30L

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...