Monday, August 1, 2011

Strawberry Cheese Cake: Non-Baked Version

Salam..

Alahai oh alahai..
nk sgt cuba buat ciskek jenis non-baked..
asyik buat yg baked punyer aje..
and sekali cuba..
hambik ko..
comot giler.. huhuhu..

Salin resepi ni dari blog Kak Nor
nama resepi asal sebenarnyer Triple Strawberry Cheese Cake
tp sbb aku x wat topping dia..
so aku andaikan dia disumpah menjadi Strawberry Cheese Cake aje..
hihihi..

Pada tekak aku..
kek ni manissssss.. 
tu pon dh ku kurangkan skit gula..
kalu tau.. aku kurangkan lg dan lg.. huhuhu..
and aku edit skit kek tu..
sikit je ye Kak Nor.. hihihi..
aku just tambah potongan buah strawberry dlm adunan..
dan sedikit pewarna merah..

Mmg aku failed bab potong ciskek lembik2 nie..
terus comot dan hampir roboh slice cake..
memandangkan xde mood nk potong lain..
aku dgn berani mati tunjuk aje la kt korang semua..
ciskek ku yg comot ini..
uwaaaaa..








TRIPLE STRAWBERRY CHEESE CAKE

Bahan A (base)
250gm cream cracker (k.nor guna jenis low salt)
200gm butter
3 sudu besar gula   *1 sudu besar sahaja

Bahan B (cheese)
500gm cream cheese
350ml whipping cream
230gm gula castor *200gm sahaja(tp pd tekak aku masih manis)
1 sudu kecik strawberry paste
1 1/2 sudu besar gelatin
100ml air

Bahan C (topping)  * aku  buat topping.. togel aje.. huhu
75ml air
1 sudu besar gelatin
1/3 cawan strawberry filling
1/2 cawan air
3/4 cawan buah strawberi

Sedikit buah strawberi utk hiasan

Cara2:
A
Cairkan butter.
Ramas biskut hingga hancur dan tuangkan butter cair.
Gaul hingga sebati.
# utk lebih mudah guna K.Nor guna food processor.
masukkan biskut dan blend hingga hancur dan masukkan butter cair.
blend lg hingga sebati... lebih cepat dan biskut lebih halus.
Masukkan adunan biskut ni ke dalam loyang spring form (9") dan ratakan keseluruh loyang.
Tekan biar kemas dan padat.
Sejukkan dalam peti ais utk 1/2 jam.

B
Masukkan gelatin ke dalam air.
Panaskan dengan cara dobule boiler. Kacau hingga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan.
Pukul whipping cream hingga gebu dan pekat.
Dalam mangkuk lain pukul cream cheese, gula castor dan strawberry paste hingga gula hancur dan adunan menjadi gebu.
Masukkan adunan gelatin dan pukul lagi hingga sebati.
Tuangkan adunan cream cheese ke dalam adunan whipping cream. Gaul dgn whisk hingga rata dan sebati.
Keluarkan loyang berisi biskut tadi dah curahkan adunan cheese kedalamnya. Ratakan.
Sejukkan dalam peti ais 2 - 3jam utk proses beku sepenuhnya.

C
Masukkan gelatin ke dalam 75 ml air dan panaskan dgn kaedah double boiler. Kacau hingga gelatin larut.
Kisar buah strawberi dgn 1/2 cawan air. Tak perlu terlalu halus.
Tuangkan ke dalam adunan gelatin.
Masukkan juga strawberry filling dan kacau hingga sebati.
Keluarkan loyang berisi adunan cheese dari peti sejuk dan aturkan buah strawberi ke atasnya.
Tuangkan adunan topping dan ratakan.
Masukkan kembali dalam peti sejuk.
Bila adunan dah betul2 sejuk boleh lah dipotong dan hidangkan.


Selamat Mencuba~

6 comments:

Fadzillah said...

salam..gelatin tu nak dilarutkan dgn air bnyk mana ye?
saya dah beli, ingt nk buat la cheese cake ni tp tak kesampaian lg..

::Azura Rahman:: said...

Fadzillah : gelatin tu make sure beli yg halal ye dik.. larutkan 1 1/2sudu besar gelatin dgn 100ml air.. guna kaedah double boiler.. hingga serbuk gelatin betul2 hancur dan larut.. =)

Fadzillah said...

camne nak tahu gelatin halal / non-halal?
akak beli kat mana?

::Azura Rahman:: said...

boleh beli online kt sini..

http://www.halalgelatine.com/buyonline.html

~selamat mencuba~ =)

::Azura Rahman:: said...

*eh salah link.. tu utk oversea.. klik yg nie..

http://www.halalgelatine.com/mysale.html

suhailas said...

Salam Sis,
Salam Ramadhan...selamat berpuasa!!!
sedap nya cheese cake niiii...terliur !!!!

Kongsi Resepi

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...