Monday, August 29, 2011

Kek Marble Susu

Salam..

Betol2 lenggang rumah kawan2 bloggers..
masing2 mungkin ada yg dh sampai kg.. sibuk menyediakan juadah raya..
bakar lemang maybe?.. hihi..

Alhamdulillah selamat sebijik kek Marble Susu..
ada lg sebijik dlm oven.. yg tu utk mertua..
yg ni utk umah kami..
saper nk rasa.. meh dtg rumah.. kalu lambat.. habis!
hahaha..

Seperti biasa aku guna resepi Chef Norzailina..
mmg confirm sedap..
dh byk kali buat.. buat dlm cup pon menjadik tau..
very2 recommended recipe..
cuba OK..




Kek Marble Susu

Bahan-bahan
250 g mentega
230 g gula halus
2 camca teh ovalette
4 biji telur gred A
270 g tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

*Diayak bersama

Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu.
Masukkan susu pekat dan gaul rata. Bubuh tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.

Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam acuan berukuran 22 cm yang telah dilengser dengan marjerin dan dasarnya dialas dengan kertas minyak.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 C selama 30 - 35 minit. Keluarkan dan biar sejuk atas redai.

*aku buat 3x adunan.. 1 guna loyang 10inci... 1 lg guna loyang 8 inci.. one more, sukatan gula tu aku kurangkan menjadi 200g setiap satu adunan.. TQ

No comments:

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...