Tuesday, August 9, 2011

Kari daging.. kerabu kerang dan pucuk paku pembuka selera..

Salam..

Menu berbuka kali ni..
Kari daging
Kerabu kerang dgn pucuk paku
Ikan kembong solok
dan aku tetiba teringin nk makan mihun goreng..
so aku buat mihun goreng tomyam..
alhamdulillah.. rasanyer berbuka kali ni la berselera sgt kami makan..
sedap sgt dpt makan kerabu dan ikan solok..
opss.. ikan x de gambar..
aceli SIL yg buatkan.. dia hantar dh nk waktu berbuka
x sempat nk snap.. hihi..

kari daging



Resepi aku copy paste dari MyR.. sbb cara dan bahan lebih kurang cam aku buat..
malas nk taip.. hihi..
TQ MyR dan penyumbang resepi..

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 1 ½ kg daging *zura buat skit aje.. dlm 1/2kg
  • 125 ml minyak
  • 5 labu bawang – di cincang halus *zura kisar
  • 12 ulas bawang putih – di cincang halus *zura kisar
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
  • 4 tangkai daun kari *lupe taruk.. huhu..
  • 70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
  • 1liter santan cair *tak taruk
  • 500 ml santan pekat *zura guna skit aje.. dlm 1/2cawan
  • 3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk.
  3. Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
  4. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
  5. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
  6. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
  7. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
  8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
  9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.

kerabu kerang dan pucuk paku.. airtgn mak.. sedap!

mihun goreng tomyam

No comments:

Kongsi Resepi

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...