Wednesday, May 23, 2012

Nasi Arab - Kabsa Kambing

Assalamualaikum..

Ni kali ke dua aku buat nasi kabsa nie..
tp yg pertama dulu..
tiada kesempatan betol nk snap gambo..
ada snap guna phone je..
tu pon gambo nasi je..

This time pon mcm x snap betol2..
nasi snap dari dlm periuk..
dh x sempat nk posing 1 set semua dlm satu pinggan..

Aceli buat Nasi Arab ni utk makan2 kami anak beranak..
Mak Abah request soh buat..
ajak Abang Long dgn Abang Ngah dinner kt umah kami malam aritu..

Alhamdulillah..
semua suka.. dan alhamdulillah..
kejadian kali ni sgt menggembirakan..

Yg mula2 aku buat dulu..
aku amik dr resepi kak Raidah..
then utk kali ke dua..
kononnya nk ikut resepi dlm buku chef norzailina
 belek2 rupenyer sama je resepinya..

Jom kita tgk resepi dulu.. 


NASI ARAB KABSA KAMBING/AYAM

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)


Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning. 
 
REMPAH KABSA
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.

Salad sayur

Salatah Hara

yg ni nk buat salad buah.. belum campur yogurt lg nie..

5 comments:

sarah mohamad said...

Wuuuuwwwuuu nak nangess sbb nampak mcm sedapppp! Tak pernah lagi makan nasi arab. Sedih kan =P

adda syuhada said...

nk tumpang makan jgk...ada lgi ker?

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam huaaawww sedapnya... memang suka nasi apa jua dari masakan arab memang sedap! tak buat makan di resto aje hehehe.. tapi yang ni standard resto jugak ni wahh kecur sudah

tun_telani said...

ahlan wasahlan.. sobahal khoir.... hihi.. tu je yg ingat ;p
rajin2! byk rempah nk kene sangai tu.. kene beli blender yg tajam sket nk blend ketumbar n bunga cengkih tu.

Irfanayla said...

salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...