Thursday, July 21, 2011

Simple Fried Spagetthi

Salam..

Hari ni aku teringin sgt2 nk makan spagetti goreng..
pernah makan kt umah adik aku kt Shah Alam..
simple aje.. tp entah la.. sedap sgt aku rasa..
nk tunggu aku ke Shah Alam ntah biler kan..
so nekad arini try buat..
Alhamdulillah.. pada tekak aku kira dh OK sgt..
atau sbb aku kelaparan sgt kot..
puasa la katakan.. huhuhu..

Resepi ni asalnyer aku tnye adik aku tu..
dia pon bgtau la lebih kurang..
so ptg tadi aku pon buat..
tp byk bahan aku tokok tambah..


pekena dgn Teh O panas.. perghhhhh!



Ada yg nk cuba..
ni resepi nya..


Simple Fried Spagetthi

Bahan :
1/2 bungkus Spagetthi (rebus dan toskan)
4 ulas Bawang Putih (cincang halus)
4 tangkai Cili Kering (potong2 kecil)
2 keping isi Ayam (potong2 kecil)
3 batang Sosej (potong sederhana)
2 batang Cili Hijau (hiris halus)
1 biji Tomato (dipotong sederhana)
Sedikit serbuk Oregano kering
Sedikit Serbuk Lada Hitam
Garam secukupnya

Cara :
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih. Jangan guna api kuat, nnti bawang hangit.
Masukkan cili kering. Tumis hingga garing. Masukkan isi ayam dan kemudian sosej dan semua bahan2 lain.
Kacau rata.. perasakan dgn garam. Masukkan spagetthi dan gaul rata.
Siap!

2 comments:

mamawana said...

Mesti sedap nih....weeheeee mesti cuba. Thanks.

Niza Romli said...

sedap nih!! nk try la..thanks

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...