Sunday, November 20, 2011

Apam Labu

Salam..

Labu oh Labu..
kenapalah ko ni sedap sgt labu oiiii..
aku mmg suka sgt makan labu..
ape pon x boleh.. huhuhu..

Korang suka makan labu..???
peberet aku ofkosh la masak lemak labu..
pergh.. bertambah nasik x hengattt.. adoi la..

Alhamdulillah.. rezeki aku dpt labu..
pemberian office-mate ku Izah&Faez..
TQ dik..

Dh siap salin resepi berkonsepkan labu..
apam labu, muffin labu,pengat labu..

So utk intro..
aku wat apam labu..
tgk kegebusan apam labu si Izah..
tersgt menggoda..
kabarnyer resepi asal adalah keledek..
tp Izah termenderhaka..
derhaka pon sedap Izah.. sedap sgt2.. :D
TQ semua yg menyumbangkan resepi..



kejadiannyer tak berapa menawan.. huhuhu..


APAM KELEDEK versi LABU
copy paste dari Izah Daut

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1  1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)

Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

No comments:

Kongsi Resepi

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...