Tuesday, June 8, 2010

Lemon Rosemary Chicken Grilled

Malam ni terlebih rajin.. muahhaaaaahaa..
Pasai tghari tadi.. pi Giant and jumpa Rosemary segar..

Terus teringat kt resepi Chef Jamie Oliver nie..

Dulu penah wat sekali.. lama dah..
So malam ni saje gatai buat lagik..
sekali sekala pekena menu org putih mmg syiokkkk...

Utk menu berkuah..
aku buat Macaroni Soup..
just boh rencah ayam skit and bunga kobis je..
Sbb dlm chicken grilled tu dh selambak sayur aku boh..

Ada yg nk cuba ke???
Besok aku taipkan erk..
dh kul 2pagi.. mata dh kuyu.. x larat nk taip..

So enjoy laa dulu gambonyer..


Ok.. kepada yg teringin nk buat..
salin cepat resepi nie... =)

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam sederhana
  • 2 biji lemon
  • 3 sudu makan rosemarry (kering,blh dibeli dikedai) *aku guna rosemary fresh
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kentang, dipotong dadu
  • karot, dipotong ikut suka
  • bawang, dipotong baji
Cara-caranya

1. Lemon direbus sehingga lembut kulitnya.

2. Selepas itu ambil lemon yang telah direbus tadi dan
cucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya dapat keluar
bila ayam dibakar dan sumbatkan lemon tersebut
didalam ayam tadi.


3. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat.
Kemudian masukkan rosemary bersama minyak zaitun,
garam dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.


4. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam
dan biarkan selama 15 minit
atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.


5. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam atau sehingga ayam masak.

6. Kentang dan karot rebus sehingga ia empuk.
Pada 10 minit waktu akhir membakar ayam,
masukkan kentang, karot dan bawang dan susun dalam loyang ayam
dan sambung bakar selama 10 minit terakhir
sehingga ayam pun menguning.

post signature

post signature

4 comments:

Lya Colours said...

weuuwww jamie oliver i like !!
suka gila tgk rancangan dia
lagi 1, yg license to grill tuh pon best

JaJa'Z said...

uishhhh..naked cheff..menariknya la tgk ayam tu...

SyidaMislan said...

bawang potong baji tu macam mana?nampak sgt aku tak memasak selalu.hehehe

ann said...

wah... wah... pakai rosemary fresh tu... ann aritu masak resepi sama gak tp jumpa yg kering je.. dulu masa hubby dok keje jusco senang ler.. jusco almost everything leh dpt...

Kongsi Resepi

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...