Sunday, March 14, 2010

~Paratha Roll..

Dh kecoh satu kampung (blog) semua org wat paratha gulung ni.. tp aku br laa nk naik ketapi... baru nk buat.. huhuhu.. apakan daya kan.. ini je masa yg ada <--- padahal MALAS! hahaha.. Memandangkan ada 2 keping je paratha dlm peti sejuk tu so ku bantai guna sekeping roti canai.. x sesuai utk dijadikan roll sbb roti canai tebal.. mmg paratha jugak sesuai.. Aku hidangkan dgn Kari Ayam Kampung tp bkn ku masak ye.. ekeke.. SIL yg masak.. abah aku ada bela ayam kampung.. pg2 abah dh sembelih dibantu En Suamiku.. abah sembelih 2 ekor.. so sekor bagi SIL and sekor lg aku nk buat sup and goreng berempah nanti.. nyummm.. So enjoy d picas ya...


Resepi aku C&P dari blog Hana.. ijinkan ku yaa dear Hana.. ekeke..

Bahan-bahan
  • 5 keping frozen plain paratha - jenama kawan@lain
  • 5 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit daun bawang - hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha
  • beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)

Cara-Cara

  1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
  3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
  4. Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
  5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam.

2 comments:

inabu said...

salam akak, sori nyinggah tgk blog akak jap, best tgk org masak2...nampaknya skrg ni semua tokey blog sibuk wat paratha roll, rasanya ni blog yg ke-5 sy tgk wat paratha roll, rasanya balik keje kena wat paratha roll gak la nampaknya...

::Azura Rahman:: said...

salam ina..

ekeke.. mmg tgh musim paratha roll kot.. cuba laa nnti.. sedap makan masa panas2.. nyumm

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...