Saturday, September 29, 2012

Sup Ikan Merah

Assalamualaikum..

aku mmg suka ikan besar2...
macam ikan tenggiri, ikan jemuduk, ikan merah...
maksudnya ikan tu dipotong sekeping2...
ikan2 camtu masak ape pon sedap.. 

Aritu g pasar kt area umah tu..
ada ikan merah besar sgt...
tanya harga.. mak aiii... RM29 sekilo...
disebabkan teringin.. beli la sekeping..
sekeping yg besar tau..
aku potong lagi 6 bahagian.. sbb mmg besar sgt..
tapi isi dia putih elok lagi.. isk.. sedapnya..

Dalam fikiran macam2 menu nk masak.. hihihi..
masak kari.. masak asam pedas...
at last... pikir2 semula.. asyik lemak2 mnyk2 je..
jom kita masak sup aje... =)


Sup Ikan Merah

Bahan :
Sekeping ikan merah
3 biji Bawang Merah - hiris
2 ulas Bawang Putih - hiris
1 inci Halia - hiris
Rempah tumis secukupnya
(kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
2 sudu kecil Rempah Sup

Cara:
Panaskan minyak, tumiskan bahan hiris bersama rempah tumis.
Tumis hingga garing dan wangi.
Masukkan rempah sup, tumis hingga sebati dan masukkan air secukupnya.
Perasakan dengan garam.

Hidangkan bersama taburan daun bawang dan daun sup.

~Selamat Mencuba~

4 comments:

Lya Colours said...

sedapnya. pekena dgn sambal belacan, mau bertambah2 nasi

Marsita yahya said...

Salam kenal...
fuuyoo ini memang feveret...
http://my-mintroom.blogspot.com/

mamawana said...

slurrrpp...sruuppp...ssrrruuppp sup panas2

- G C - said...

sedapnya. sy tengah google menu utk berbuka, terjumpa blog awak ni. nice blog azura :-)

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...