Monday, August 6, 2012

Kukus Grill Panggang.. Kukus Grill Panggang... errrrrr... Ikan Bakar Tomyam lah! =D

Assalamualaikum,

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua..
mcm mn puasa anda?..
dh ada yg dh nmpk anak bulan?.. hehehe..

dan 17 Ramadhan arini..
pejam celik pejam celik.. sekejap je kan..
tp bab memasak tu.. aduhai.. mmg agak memeningkan...
bukan pening ape pon.. pening nk pikir masak ape..hihihi..
balik2 kari.. balik2 kurma.. balik2 asam pedas..
dh habis satu round.. kite gostan balik menu sama.. hahahaha..
tukar ayam kepada ikan.. ikan kepada udang..
gitu lah sokmo2.. =P

Dan ini menu yg mmg sedap utk dimakan semasa berbuka..
saper2 yg lom cuba..
dicadangkan cubalah ye..
mudah sgt.. xde alasan MALAS tau..
beli je paste tomyam tu..

Utk kali nie.. aku guna 2 jenis ikan..
talapia dan siakap..
sbb en.suami tak makan tak suka ikan talapia..
so saje aku masak 2 ekor..
wat ratah2 pon sodappp..

Sila menjamu selera mata ye..

 

 
RESEPI IKAN SIAKAP BAKAR TOMYAM
Resipi Asal : Buku Senangnya Memasak Ikan, Chef Hanieliza


Bahan A
1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)  *aku guna siakap dan talapia
2 sudu besar pes tomyam *sepeket pes tomyam Adabi
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi *x boh
1 biji tomato (potong 6) *x boh
Aluminium foil 
 
Bahan B (Dikisar) 
2 biji cili merah
5 biji cili api
3 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
 sedikit gula dan fish sos - ni kita tambah sdri *x boh
 
Cara Membuat:
1. Gauikan pes tomyam bersama semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. 
(jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin)
2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang.



No comments:

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...