Thursday, August 30, 2012

Salam Takziah buat blogger Fillanie..

Assalamualaikum..

Terdetik utk aku menitipkan sedikit bingkisan berbicara berkenaan blogger terkenal Fillanie..
boleh dikatakan ramai yg pernah menjejaki blog beliau..
termasuklah aku..
suka cara penulisan beliau.. 
dan paling best beliau suka melancong dan share pengalaman..

Pada hari Ahad lepas (26 Ogos 2012).. 
aku terbaca twitter Filla..

trima kasih atas ucapan takziah serta doa semua... insyaAllah tahlil di enstek esok, apa2 saya update di fb.

mohon sama2 kita hadiahkan adik saya al fatihah smoga rohnya tenang di sana


Aku secara tetiba terkedu..
adik?.. Busu kah...?.. tertanya2...
sesiapa pon yg mengikuti blog beliau pasti kenal setiap ahli keluarga..
Wan, Atok Brahim, Pak Radie... termasuklah adik bongsu beliau Busu..

Si Jaja terus twit aku tnye..
masing2 dh baca twit si Filla..
ramai yg twit Filla bertanyakan hal itu..
tapi Filla sudah pasti dalam kesedihan.. so x ter'reply' agaknya..

Akhirnya.. hari ni Filla update blognya..
semua persoalan terjawab..

Takziah buat semua ahli keluarga Fillanie..
Semoga tabah menghadapi dugaan ini..
Memang mudah mengatakan sabar... 
tp hanya Fillanie dan keluarga yg terasa akan kesedihan nie..

Semoga arwah ditempatkan bersama golongan berIman..

Al-Fatihah..



Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. diberi umur yg panjang..
diberi kesihatan yg baik..
sehingga ke penghujung Ramadhan..

Sana sini kedengaran lagu raya..
semua org kelihatan gembira..
paling seronok yang nk pulang ke kampung jauh..
hati-hati ye..

Seperti tahun2 yg lepas..
aku tidak seseronok insan lain..
aku tidak segembira insan lain..
aku tidak seceria insan lain..
malahan.. bila tiba raya.. aku resah.. gelisah..
kenapa???..
hanya insan senasib aku sahaja yg mengetahui..
hanya insan senasib aku sahaja yg memahami..

Ya Allah.. kau kuatkan imanku.. 
kuatkan semangatku..

 
Kepada kawan2 dan followers2 ku..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir Batin..

Terima kasih buat yang sudi menjenguk blog ini..
 

Tuesday, August 14, 2012

MyDEAL : Magic Bullet

Assalamualaikum..

Pernah dengar MyDEAL.com.my ?
menjual produk dgn harga yg sgt murah...

Aku mula tau pasal MyDEAL ni masa officemate offer voucher massage..
dia nk jual sbb dia x dpt nk pegi..
masa tu lah aku tnye mana dia dpt harga murah utk massage tu..
then dia la ajar semuanya..

Sehingga kini..aku pernah beli brg dgn MyDEAL sekali je..
alhamdulillah..tiada unsur penipuan...
cuma brg lambat skit dia deliver..
sbb dia ada tempoh utk redeem e-voucher..

And this time aku nk share dgn korang..
produk yg aku rasa sgt menarik..
tp dok kira2.. nk beli ke tak.. nk beli ke tak..
huhuhu..



Magic Bullet..
macam2 leh buat weh... cer tgk demo dia nie..


Satu set ni ada 21 pcs accessories dia bagi..


Menarik kan..
aku dh tergoda nie...
saper2 yg dh pernah beli/guna Magic Bullet nie..
acu bgtau skit.. ok dak... TQ

^_^

Isteri Hentak Kepala Suami Dengan Lesung Batu!!!

Assalamualaikum..

Ni bukan berita kt luar negara..
tapi berita dari Malaysia..
Ya!... ia berlaku di negara tanah tumpah kita.. MALAYSIA..

Nak marah ada.. Nak gelak pon ada..
ini la akibatnya kalau terlalu ikut hasutan syaitan..
(atau diri sendiri yg syaitan sbb bulan puasa syaitan kena tambat kan?)

Bila kita dalam keadaan marah..
semua perkara buruk kita sanggup buat..
sbb kita hilang kawalan dan x sedar apa yg kita dh/akan buat..
so.. belajar2lah bersabar..
cuma untuk kurangkan pertengkaran..
itu yg aku sendiri belajar..

Mmg lumrah rumah tangga..
mesti ada pertengkaran atau selisih faham..
cuba jgn nk menambahkan mnyk ke dalam api..
faham kan maksud aku nie?..
aku lebih suka mendiamkan diri ketika diri sedang marah..
lg byk ckp..rasanya lg teruk keadaan..
betol tak?..

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat  kecuali bagi orang yang khusyuk.”
 - Surah al-Baqarah, ayat 45

Petikan berita Harian Metro online :-

KUALA LUMPUR: Enggan membeli baju raya, seorang lelaki berusia 40-an cedera di kepala selepas dihentak dengan anak lesung batu oleh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, wanita berusia lewat 20-an terbabit dilaporkan hilang pertimbangan sebelum menyerang suaminya selepas pasangan itu bertengkar lebih 10 minit.
Menurut sumber, semuanya bermula apabila wanita berkenaan mengajak suaminya untuk membeli baju raya.
“Bagaimanapun, suaminya meminta wanita itu supaya berjimat dan memakai pakaian sedia ada kerana tidak mahu membazir,” katanya.
Sumber berkata, wanita itu tidak berputus asa sebaliknya terus memujuk suaminya itu untuk membawanya ke pusat beli-belah.


** Takat xde baju raya.. aku xkisah langsung..
tapi.. kalau raya tanpa kehadiran anak.. mmg aku sebak sgt2.. :'(

Sambal Tumis Udang ..

Assalamualaikum..

Dh ada idea nk masak ape..
ni menu aku aritu..
abah beli udang besar2 then mntk masakkan sambal tumis..
kbetulan ada petai so boh sekali..
tapi petai kecik sgt..
so aku boh sekali dgn kulit2 dia.. ;)


Arini nk masak ape la ye.. 
Korang masak ape? share la skit.. hihihi..

Sunday, August 12, 2012

Mengapa Mesti Bersangka Baik?

Assalamualaikum...

Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik;
Satu. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.
Dua. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.
Tiga. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?
Empat. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.
Lima. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa. 
Enam. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.
Tujuh. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa!
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujurat, ayat 12)
"Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya."
"Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut."
"Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya."
"Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi."
"Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan."
Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.
Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.
Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri.
Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

[sumber : iluvislam]

Tuesday, August 7, 2012

Asam Pedas Daging..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. selesai memerah otak 
memikir menu utk berbuka arini.. hihihi..
dari opis ni terbayang2 menu asam pedas nie..
Asam Pedas Daging bersama cebisan daging tetel..

Ada yang x tau ape itu daging tetel?..
sebut memolek erk.. kang tershashul... parokkkk!
hahahahaha..

Setahu aku.. tetel ni adalah part lemak pada daging..
tp bkn lemak liat tu.. dia lembut je lepas dh masak..
kiranyer sedap sungguh la..
xpecially masak asam pedas.. 

Air rebusan daging tu aku guna dalam kuah asam pedas tu..
baru terasa kemanisan daging tu..
tak percaya .. cubalah!..



Masak seperti asam pedas biasa..
cumanyer aku letak daun limau purut.. ;)


Monday, August 6, 2012

Kukus Grill Panggang.. Kukus Grill Panggang... errrrrr... Ikan Bakar Tomyam lah! =D

Assalamualaikum,

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua..
mcm mn puasa anda?..
dh ada yg dh nmpk anak bulan?.. hehehe..

dan 17 Ramadhan arini..
pejam celik pejam celik.. sekejap je kan..
tp bab memasak tu.. aduhai.. mmg agak memeningkan...
bukan pening ape pon.. pening nk pikir masak ape..hihihi..
balik2 kari.. balik2 kurma.. balik2 asam pedas..
dh habis satu round.. kite gostan balik menu sama.. hahahaha..
tukar ayam kepada ikan.. ikan kepada udang..
gitu lah sokmo2.. =P

Dan ini menu yg mmg sedap utk dimakan semasa berbuka..
saper2 yg lom cuba..
dicadangkan cubalah ye..
mudah sgt.. xde alasan MALAS tau..
beli je paste tomyam tu..

Utk kali nie.. aku guna 2 jenis ikan..
talapia dan siakap..
sbb en.suami tak makan tak suka ikan talapia..
so saje aku masak 2 ekor..
wat ratah2 pon sodappp..

Sila menjamu selera mata ye..

 

 
RESEPI IKAN SIAKAP BAKAR TOMYAM
Resipi Asal : Buku Senangnya Memasak Ikan, Chef Hanieliza


Bahan A
1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)  *aku guna siakap dan talapia
2 sudu besar pes tomyam *sepeket pes tomyam Adabi
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi *x boh
1 biji tomato (potong 6) *x boh
Aluminium foil 
 
Bahan B (Dikisar) 
2 biji cili merah
5 biji cili api
3 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
 sedikit gula dan fish sos - ni kita tambah sdri *x boh
 
Cara Membuat:
1. Gauikan pes tomyam bersama semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. 
(jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin)
2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang.



Wednesday, August 1, 2012

Mee Kari

Assalamualaikum,

Aduhai.. bulan2 puasa ni malas betol nk snap gambo..
walhal hari2 masak.. huhuhu..

ni Mee Kari masa aku buat puasa ke 6 kalau x silap..
berdua je dgn En Suami..
sbb mak abah ke Shah Alam tgk adik ipar bersalin..
so kami berdua-duaan sahaja.. auw.. :P

Menu kami aritu Mee Kari..
dh lama x makan..
so buat la jgk..
siap beli telur puyuh nk masukkan dlm kuah sekali..
yum yum..

Saper2 yg xde idea nk masak ape utk berbuka arini..
jom masak Mee Kari.. ;)



Aik.. ada yg mntk resepi eh.. hihihi..
malu plak sbb mee kari aku ni simple dimple je..
xpe lah.. sharing is caring rite.. ;)

Resepi Mee Kari
Bahan:
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
*5 ulas bawang kecil
*3 ulas bawang putih
*1 labu bawang besar
*dikisar bersama
kulit kayu manis+bunga lawang+bunga cengkih+buah pelaga
Taugeh
Beberapa ketul ayam  (isi + tulang)
  Tauhu (yg ringan tu..ape ntah namanyer)
Fish ball fish cake - potong kecil
telur puyuh - rebus dan buang kulit
cili kisar
rempah kari
1/2 cawan santan pekat
*aku x guna santan yg byk sbb aku pekatkan dgn rempah kari and cili kisar
minyak
garam



Cara:-
1. Tumiskan bahan yang dikisar bersama rempah tumis dan cili kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah kari..biarkan naik minyak. Masukkan ayam kemudian air secukupnya.
2. Masukkan fish cake,fish ball, telur puyuh dan santan..
 3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa.
4. Siap dihidangkan bersama taugeh.

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...