Assalamualaikum..
Berat jugak hati nk memulakan bicara di blog ini..
selepas menerima berita sedih adik Faris..
Lama aku memikirkan utk membuat entry khas utk Faris..
dan akhirnya.. aku terdetik utk buat entry tersebut..
malangnya.. selepas aku menekan button publish..
beberapa minit kemudian.. aku mendapat tahu..
Faris sudah tiada lagi..
sumber : blog mazidul |
Menangis aku dengan berita sedih itu..
Namun aku dan semua org perlu redha...
redha dgn pemergian Faris..
kerana Faris sudah tentu menjadi ahli Syurga..
Moga roh Faris tenang di sana..
Insya-Allah..
AL-FATIHAH
********************************************
Berbalik pada menu yang telah dibuat kelmarin..
baru hari ni berkesempatan utk upload..
Sudah jemu dgn nasi..
so beralih arah kepada mee..
resepi ku ambil dari blog Jaja..
TQ Ja.. simple dan sedap..
Mee Bandung Paling Simple
(copy paste resepi dari blog Jaja)
Bahan2 :
- 300g daging lembu
- 1 peket mee kuning ~zura guna mee lidi
- 4 sudu besar cili kisar
- 3 biji bawang merah* ~zura kisar semua bahan *
- 2 biji bawang putih*
- 1/2 inci Halia * <--zura tambah
- 3 sudu sos tiram
- 3 sudu sos tomato
- 2 sudu tomato puree
- 3 sudu sos cili
- 1 cube pati ikan bilis
- sayur2an ( Carrot,brokoli,sawi pak choy,tomato)
- 1 peket fishball
- 2 biji telur
- Garam dan serbuk perisa
- Bawang goreng ~tiada
- hirisan cili merah ~hirisan cili hijau
- daun bawang ~tiada.. ganti dgn hirisan tauhu goreng
- Hiris daging lembu nipis2 dan rebus sehingga daging empuk.Simpan air rebusan daging untuk dibuat kuah
- Tumis bawang merah dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar dan goreng seketika sehingga cili masak.
- Masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato dah tomato puree dan digaul rata.
- Masukkan daging serta stok rebusan daging dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan cube pati ikan bilis dan perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perisa.
- Bila kuah sudah mendidih,masukkan semua sayur dan pecahkan telur sebiji2 dan pastikan tidak bertindih .
- Setelah siap,hidangkan mee kuning yang telah dicelur ke dalam mangkuk,dan kemudian curahkan kuah dan akhir sekali hiaskan dengan hirisan cili,daun bawang dan bawang goreng..
- Jika suka, bleh tambahkan taugeh serta tauhu goreng
Nota : aku bancuh 2 sudu besar tepung jagung utk memekatkan kuah
2 comments:
wah..best jugak resipi dr blog jaja tu yek..nak try jugak lah..hehhehehe
hurmm sedappp , plan nak buat jugak mee bandung petang nie ..
dah ada resepi nie kena buat jugak lahh ekkeke ;)
Post a Comment