Tuesday, August 31, 2010

Kangkung oh Kangkung.. berhati2 ye..


Dok singgah menyinggah dari satu blog ke satu blog..
aku tersinggah kt blog nie..

Berminat plak nk share dgn kawan2 yg lain..
but sejauh mana kebenaran citer nie..
wallahualam..

Tp.. sememangnyer kite digalakkan membasuh sayuran dgn teliti..
xpecially sayur kangkung..
sbb batangnyer ada rongga dan ulat suka menyorok dlm rongga tu..
huhuhu..

So aku copy & paste citer dari blog http://ruhayurazali.blogspot.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika anda penggemar kangkung,
tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll
yang berkaitan dengan kangkung,
mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.
Pada suatu hari di klinik yang terkenal,
semua doktor kebingungan
kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut.

Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea .
Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu,
namun diarhea nya tidak sembuh.
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor,
makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.
Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea ,
anak tersebut tak lalu nak mahu makan,
dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.


Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea,
malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya.
Doktor segera melakukan xray,
ternyata dalam usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.


Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji,
ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar..
Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya.
Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati
walau dimasak selama manapun,
apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap.
Lintah hanya akan mati jika dibakar.


Di dalam usus anak tadi,
lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya
kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada,
doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah
yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.


Jujur, sejak mendengar cerita itu,
kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang,
boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung
dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid,
tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada,
masih banyak sayur lain yang dapat kita makan
dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.


Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua
sebelum masak/makan kangkung.


Best Regards,
Dr. Nor ni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,
Selangor.
Tel : +60333756279
Fax : +60333729089


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Benarkah cerita ini?...
wallahualam..

post signature

post signature

2 comments:

Ciao Annin-sama said...

Pernah dengar. Dah la dekat Klang huhu... Tapi xtau betul ke x. Sekarang ni memang kureng sikit nak makan kangkung lepas dengar citer pasal nih.

normi said...

betul tu.. hati2 klu nak masak sayur kangkung ni.. tapi klu kangkung goreng belacan pun sodap kan.. hehe..

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...