Haa... now br ada kesempatan nk upload full entry pasal homemade murtabak nie..
berkobar2 nk cuba..
semlm mmg dh siap2 beli bahan2..
and ptg tadi dgn bangganyer aku berjaya jugak buat murtabak nie..
tergoda masa tgk kt SINI..
Serius aku and family sgt2 suka murtabak nie..
aku lg laa suka..
sbb sgt senang nk buat. and kos pon murah..
but ada kelainan dari resepi asal..
aku x guna daging cincang..
aku guna sardin..
so korang blh ikut citarasa masing2..
yg pasti mmg sedap sgt..
ni aku copy paste resepi dari MyR ye..
Murtabak Segera
Bahan-bahan:-
- 100 g daging cincang- aku guna setin besar sardin
- 2 biji ubi kentang- x boh
- 1 sudu setengah rempah kari- x boh
- 1/2 biji bawang besar- aku guna 1 1/2 biji
- 1 ulas bawang putih- x boh
- daun sup
- minyak
- 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto- aku guna garam dgn serbuk lada hitam
- kulit popia
- 2 biji telur
- 2 tangkai cili merah - aku tambah
- 1 tangkai cili hijau - aku tambah
- sedikit perahan limau - aku tambah
Cara-cara:-
- mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
- apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
- apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
- pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
- ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
- goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.
**Ni cara aku:-
Hiris cili merah dan cili hijau.Bawang besar dipotong dadu.
Daun bawang dihiris kasar. Campurkan semua dlm satu bekas.
Masukkan isi sardin. Amik sedikit je sos sardin.
Hancurkan kasar2 ikan sardin tu.
Perasakan dgn garam dan serbuk lada hitam.
Then gaul rata2..
Pecahkan telur dan kacau sekejap je.
Seterusnye ikut step sama cam kt atas. (no.5 dan 6)
*aku guna kuali non-stick.boh mnyk skit je..
goreng garing2 tau lg sedap..
Makan panas2 time musim sejuk ni mmg laa mabeles..
Sila lah mencuba pd yg belum cuba..
No comments:
Post a Comment