Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

Donut Labu Gebu..

Assalamualaikum...

Buat donut ni aritu lagi..
lebih buat masak lemak tu.. masih ada byk lg..
so aku rebus siap2 and simpan dlm peti..

Macam2 leh buat dgn labu dh rebus kan..
termasuk la donut nie..
resepi amik dari Izah ler..
mek yg terkenal dgn melabu nya.. hahaha..

Mmg puas hati dgn donut nie..
gebus dan sedap sgt..
x sangka labu leh dijadikan donut..
Mek jah.. izinkan akak paste resepi dari blog jah ye.. :D

DONUT LABU RESEPI II
olahan dari donut kentang kak 1
by: izah 

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang *izah guna labu
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
*labu dipotong baji bersama kulit. Kukuskan sehingga labu lembut.
Amik labu mengikut sukaatan dan lenyek.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang (labu) lenyek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.


Selamat Mencuba~

Saturday, May 12, 2012

Donut Gebu Tradisional

Assalamualaikum..

Hello.. hello..
salam hari Sabtu semua..
apa xtvt arini..?
aku belum ke mana2 lg setakat tika dan saat ini..
cuma pg tadi pegi ke kubur di Balok..
anak saudara sebelah suamiku meninggal dunia..
kemalangan di Chini..
arwah menaiki kereta Iswara dilanggar bas ekspress..
semoga arwah ditempatkan bersama org2 berIman..
:(

So.. ini adalah donut yg aku buat Khamis lepas ye..
bukan arini bukan semlm.. tp kelmarin.. hihihi..
teringin nk makan donut..
so gagahkan jua buat..
(gagah la sgt.. semua mesin yg kerjakan.. hihihi)
saper yg ada BM lg mudah nk kerjakan adunan donut nie kan..
aku guna heavy duty mixer aku tu je..
besar gedabak tp adunan x sampai suku bekas tu..
huhuhuhu..



Resepi aku dapat dari SINI..
ada byk sgt resepi donut..
lain cara lain bahan.. pilih je nk try yg mn satu..
dan aku berminat nk cuba resepi nie..

DONUT GEBU TRADISIONAL





1kg Tepung gandum
1 pkt Yis segera mauripan (11g)
2 cmb Susu pekat manis
1/2 cmt Garam
1/2 cwn Minyak masak
550g Air bertapis
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam

Cara membuat Donut Gebu Tradisional
  1. Larutkan garam, susu kedalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja.
  2. Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.
  3. Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.
  4. Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.
  5. Kemudian barulah diuli sehingga menjadi doh yang sangat lembab dan melekit. Adunan akan melekat di tangan. Jangan risau, kaut adunan yang melekat ditangan menggunakan sudu.
  6. Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit. Tak perlu cuci tangan dulu.
  7. Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.
  8. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu. Boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut.
  9. Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.
  10. Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Trim sedikit bentuknya supaya bentuknya bulat dan tidak bersegi.
  11. Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.
  12. Goreng didalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan
  13. Tuskan sebelum digaulkan dalam gula castor atau dihias sesuka hati anda sebelum dihidang

Tip Masakan Komersial
  1. Penggunaan air bergantung kepada jenis tepung. Saya biasanya menggunakan tepung yang paling murah seperti blue key, lily atau cempaka.
  2. Lebih baik menguli menggunakan tangan berbanding mesin kerana, mesin menjadikan adunan lebih padat dan berat malah donut akan menjadi liat kerana kita menggunakan tepung pelbagai guna sahaja.
  3. Tak perlu melarutkan yis dalam air suam terlebih dahulu. Apabila yis segera digunakan, proses membiakkan yis hanya membuang masa sahaja.
  4. Proses mengembangkan donut lebih cepat untuk cuaca di negara kita. Kalau di rumah saya, setengan jam sudah mencukupi. Jika donut terlebih kembang, rongga udara didalam donut terlalu besar. Kita juga sukar memegang donut untuk digoreng kerana teksturnya tidak kukuh. Bentuknya juga tidak cantik. Jika kurang kembang pula, donut menjadi berat dan mampat.
  5. Kita boleh menyimpan donut dalam peti sejuk beku dalam jangkamasa yang lama. Hanya perlu menngoreng donut ini sebentar sahaja untuk mematikan yis dan menetapkan bentuknya. Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dengan seal. Selepas dibekukan, perlu defrost dahulu sebelum digoreng.
  6. Untuk simpanan dalam jangka pendek, hanya perlu disimpan dalam bekas bertutup. Donut akan kekal gebu untuk 24 jam.

Alhamdulillah..
cantik je kejadiannyer..

Jom cuba..!

Sunday, November 20, 2011

Apam Labu

Salam..

Labu oh Labu..
kenapalah ko ni sedap sgt labu oiiii..
aku mmg suka sgt makan labu..
ape pon x boleh.. huhuhu..

Korang suka makan labu..???
peberet aku ofkosh la masak lemak labu..
pergh.. bertambah nasik x hengattt.. adoi la..

Alhamdulillah.. rezeki aku dpt labu..
pemberian office-mate ku Izah&Faez..
TQ dik..

Dh siap salin resepi berkonsepkan labu..
apam labu, muffin labu,pengat labu..

So utk intro..
aku wat apam labu..
tgk kegebusan apam labu si Izah..
tersgt menggoda..
kabarnyer resepi asal adalah keledek..
tp Izah termenderhaka..
derhaka pon sedap Izah.. sedap sgt2.. :D
TQ semua yg menyumbangkan resepi..



kejadiannyer tak berapa menawan.. huhuhu..


APAM KELEDEK versi LABU
copy paste dari Izah Daut

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1  1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)

Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

Monday, November 14, 2011

Karipap Rangup

Salam..

Petang semlm.. masa tgh santai2 kt umah.. terasa plak nk wat karipap..
tu pon sebab teringatkan rendang daging baki raya haji aritu ada dlm peti..
aku dh frozenkan..
rendang tu pon byk sbb pemberian orang..
masing2 dh x leh terima lg rendang daging.. so aku frozenkan je..
Then semlm dok pikir..
nk wat karipap berintikan rendang daging tu..
aku tambah kentang yg dipotong dadu..
panaskan rendang then tambah air skit dan boh kentang..

*sorry kualiti gambar kurang memuaskan.. snap guna phone aje..


 OK.. masa utk menguli adunan kulit karipap..
dh lama nk mencuba resepi Tun..
dan akhirnye aku cuba jugak buat..
Alhamdulillah.. mmg sgt2 rangup.. dh sejuk pon masih rangup OK..
x caya.. cuba lerrrr... x rugi pon.. hehehe..





digoreng separuh masak.. nk hantar ke rumah MIL.. :p

So ini resepi nyer ye..
Tun, kzura mohon share ye.. TQ dear..

Karipap Tun (utk kulit karipap)
  • 4 c tepung
  • 2 tbs margerin
  • 1/2 c oil
  • 3/4 c air
  • 1/2 tsp garam
cara-cara:
  • panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
  • tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
  • dh sejuk siket, campur garam n air.
  • Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa..

~SELAMAT MENCUBA~



Sunday, August 14, 2011

Murtabak Sardine

Salam..
Alhamdulillah selesai sudah mid-term exam aku..
this sem aku hanya amik 1 subjek.. means 1 paper aje aku sit exam..
walaupon 1 subjek still lg kena struggle..
x blh lepas pandang je.. huhuhu..
and my practical report masih lg belum siap even sentuh pon belum..
huhuhu.. kenapa la keje kt opis byk sgt..
aku ni jenis x blh wat assignment or report kt umah..
sbb kt umah susah sgt nk mulakan..
ada je keje nk buat..
ini itu ini itu.. dh ngantuk.. malas + penat = tido..
kalu kt opis aku leh buat skit2.. 
*pssttt.. bos x marah kan.. hihihi.. asalkan keje aku siap..

but this sem.. keje opis mcm ape aje..
dari punch-in sampai punch-out and kadang2 balik lewat dr waktu sepatutnyer..
mmg memenatkan.. xpecially bulan puasa camni..
badan penat.. otak dh ligat nk pikir kena masak ape utk berbuka..
huhuhu..

Ya Allah, kuatkan hati dan semangatku..
moga semua ini bukan rintangan utk aku..
hanya 1 semester sahaja lg..
aku perlu bertahan.. amin

Ok.. nk cerita pasal menu berbuka arini..
tp x de menu pon aku masak..
sebab dpt jemputan berbuka puasa di rumah SIL..
tapi x kan x bawak ape2 juadah kan..
so aku decide buat murtabak sardine yg aku dh pernah buat sebelum nie..
mudah dan sedap..
tak percaya?.. cuba la buat.. sure akan buat lg dan lg..

Buat sendiri lg puas hati..
dari beli kt bazaar Ramadhan yg mahal2 tu..
bulan puasa ni macam2 rege aku jumpa..
plg murah RM3.. plg mahal RM7..
yg RM3 tu hanya nmpk inti kentang aje.. daging dgn ayam ntah kt mana dia selit pon x tau..
yg RM7 tu kononnyer byk lapis.. byk inti..
tp x sedap mana pon..

So kalu korang buat sendiri..
ikut korang nk letak inti lapis ke.. inti tebal ke.. inti ayam ke daging ke sardine cam aku buat ni ke?
tepuk dada tnye selesa..
yg penting rajin nk mencuba..
dak gitu?..

And hasil sekodeng aku.. nmpknyer nur indah pon buat menu yg sama.. hihihi..
jom skodeng murtabak nur..

masih dlm proses menggoreng.. hampir masak..

ok siap..6 keping semuanyer.. cukup tak?

Resepi yg sama mcm buat aritu..
cuma aku guna sardine sebagai inti.. mcm aku cakap tadi..
inti leh ditukarkan.. sama je step dia ye..

amik dari Myr.. TQ penyumbang resepi..

MURTABAK SEGERA
Resipi: Minami133 MyR
Servings: 6 orang



Bahan-bahan ( 6 keping )

100 g daging cincang *zura guna sardine
2 biji ubi kentang
*1 batang karot - potong dadu
1 sudu setengah rempah kari *zura x bubuh dan gantikan dgn cili kisar
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih *zura x bubuh
daun sup *xde stok.. so x bubuh
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto *zura x pernah beli pak aji nie
kulit popia  *size besar ye
2 biji telur
Cara-caranya:
  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar, dan bawang putih kentang dan karot di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing then masukkan sardine masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila dh garing daging masak, masukkan kentang dan karot yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.
~selamat mencuba~

Saturday, July 2, 2011

Jemput-Jemput Ikan Bilis

Salam semua..
Mengantok sgt rasa hari ni..
mn tidaknyer.. tido x lena langsung..
hidung ni tersumbat and tekak perit sgt2..
siap tido duduk lg.. pon x lena..huhuhu..
ubat dh telan.. tp x de kurang pulak..
aduhai..

Utk minum petang hari nie..
aku godeh jejemput ikan bilis aje lah..
campur dgn daun kucai dan cili merah..
makan dan minum x rasa ape..
nk food testing kena suruh mak or asben.. huhu..

Doakan aku cepat sembuh ye..
x seronok la x sihat camnie.. huhu..
"ape pon x boleh"..

Friday, May 20, 2011

Kuih Tak Seri Muka

Salam..
Malu sgt nk upload gambo kuih nie..
x padan dgn nama nyer..
tapi sbb usaha gigih aku membuatnyer..
sia2 lah kalu x share kt blog aku nie..
walaupon mungkin ada yg mengata..
kuih aku terburuk pernah dilihat..
uwaaa...
tapi.. rasanyer x buruk okay..
mmg rasa sama dgn nama kuih nie..
sedap..
biarlah tak de seri..
asalkan biler aku makan rasanyer sama cam kuih asal..
jgn tetiba rasa cam kuih keria ke.. cucur badak ke..
muahahaha..

Resepi dh lama aku skodeng kt SINI
dari blog Dr.Ina..
cantik kan kuih seri muka Dr. Ina nie..
so x salah la resepi tu..
aku yg x pandai wat kuih nie..




Dah la tu.. x sabar nk potong..
dh pecah2 pulut dia..
permukaan kuih tu dh terkena air..
so kalu korang nk buat..
sila tutup penutup pengukus tu erk.. huhu..

tp abis jugak sumbat masuk perut org kt umah nie..
ekekeke..

Resepi aku copy paste dari umah Dr. Ina..
menurut Dr. Ina.. resepi asal dari blog Kak An..
Tq utk ke dua2nya..


RESIPI KUIH SERI MUKA
Bahan-bahan: (menghasilkan satu loyang bulat berukuran 9 inci)
Lapisan bawah:
1 cawan beras pulut direndam dengan 1 cawan air selama 30 minit
1 cawan santan sederhana pekat daripada 1/2 biji kelapa
garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Panaskan pengukus.Toskan pulut dan masukkan ke dalam loyang. Masukkan santan dan garam secukup rasa. (kurang tak apa, jangan terlebih masin). Gaul rata santan dan beras pulut.
2. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 20 minit dengan api kuat. Selepas 20 minit, angkat pengukus, gaul rata pulut dan rasa garamnya. Kalau belum masin, tambah sedikit lagi garam dan gaul sekata. Sekiranya pulut cukup masak, tekan padat ke dalam loyang dengan sudu atau senduk hingga rata.
*** sementara pulut tadi dikukus, sediakan lapisan atasnya:
Bahan-bahan:
2 biji telur gred A (jika gred kecil, guna 3 biji)
1/2 cawan gula putih
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1/2 cawan air pandan daripad 2 helai daun pandan
1 cawan santan sederhana pekat
sedikit pewarna hijau
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan dan kacau hingga gula hancur. Tapiskan ke atas lapisan pulut yang dipadatkan tadi dan kukus selam 15 minit atau hingga masak.

Saturday, April 30, 2011

Cakoi lg sedap dr pasar malam..

Salam..
saje wat gempak wat tajuk entry camtu..ekeke..
padahal cakoi yg kat pasar malam pon sedap ape..
cuma ada sesetgh tu mcm terlebih soda bicarbonate kot..
dok kembang and berasa sgt soda tu..
pehtu serap mnyk sgt..
tu yg was2 nk beli cakoi kt pasar malam..
but ada jugak yg wat cakoi sgt mabeles..
suka suka suka..
beli sampai RM2-RM3.00 kadang2..(byk la tu kan.. ekeke..)

So utk petang nie..
entah angin ape ntah..
rasa nk men'cakoi' pulak..
tp mood nk menguli cam ke laut..
so aku uli dgn 'robot' je.. 
senang, mudah dan cepat..
hahahaha..

Dengan cuaca yg sgt panas..
x larat rasa nk dok lama2 kt dapo..
panas skrg lain macam..
panas yg sgt terik dan bahang..
tu yg ramai sgt demam.. dan ada jugak yg berdarah hidung..

Tp semua rintangan tu aku tempuh dgn jayanyer.. 
dan hasilnyer..

taraaaaa...

'

'

'

'

'

'



Jemput makan ye..

RESEPI CAKOI

400g Tepung Gandum
1 cawan Air
1 s/b Marjerin Cair
1 s/k Garam
3 s/b Gula
1 s/b Susu Pekat
1 biji Kuning Telur (aku boh sebijik terus)
2 s/k Yis
1/2 s/k Soda Bikarbonat

Campurkan semua bahan kecuali tepung ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Masukkan tepung sikit demi sikit sampai jadik doh.
Uli sampai lembut.

Canaikan doh memanjang. Potong doh dan katubkan dua potongan.
Utk melekatkan doh, gunakan lidi yg dicelup dgn air.
(susah nk terang cara nie.. kalu ada yg x paham blh tnye erk..)

Goreng dgn mnyk yg panas dan banyak.

Sunday, April 24, 2011

Sardine Puff


Assalamualaikum..
Dah lama x buat Sardine Puff nie..
Padahal bukan susah pon nk buat..
antara Rajin dgn Malas je..
huhuhu..

Kelmarin pi pasaraya "gergasi" (bak kata Kak Nor..ekeke)
rembat Roti Paratha brand Kawan 1 paket besar..
yg Value Packs tu..
rege dalam RM17++..
ada 25 keping (5keping x 5 bungkus)

Kebetulan semalam (sabtu)..
aku dan suami bawak anak2 sedara..
mandi manda kt Sg Lembing..
so bawak la Sardine Puff ni utk makan2 kt situ..

And aku ada snap..
gambo step by step.. nk buat Sardine Puff guna Roti Paratha..
ramai yg pikir buat ni susah..
korang tgk sendiri..
step by step ni erk..



 OK lepas dh potong 4 tu..
ambik la sekeping kecik tu.. 
boh inti sardine and lipat spt dalam gambar dibawah..
 

Siap!
Mudah kan?.. so x de alasan x reti buat lg lepas ni..
pi beli Roti Paratha..
inti dia senang je..

Tumis bawang, cili kisar then boh sardine (tos dan buang kuah)..
boh kentang dan karot yg dipotong dadu..
gaul rata.. perasakan dgn garam..
akhir sekali masukkan cincangan daun bawang..
tutup api..

Ni antara hasil2 yg aku pernah buat sebelum nie..
SINI dan SINI..

OK.. selamat mencuba!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*tambahan 
Aku menggunakan Roti Paratha jenis ini..
sumber:google
Dan Sardine Puff ini dimasak dengan kaedah bakar menggunakan oven..
bukan goreng tau..
(tp x tau arr kalu boleh digoreng.. x pernah cuba)

Monday, December 6, 2010

Homemade Murtabak.. done!

Haa... now br ada kesempatan nk upload full entry pasal homemade murtabak nie..
berkobar2 nk cuba..
semlm mmg dh siap2 beli bahan2..
and ptg tadi dgn bangganyer aku berjaya jugak buat murtabak nie..
tergoda masa tgk kt SINI..
Serius aku and family sgt2 suka murtabak nie..
aku lg laa suka..
sbb sgt senang nk buat. and kos pon murah..
but ada kelainan dari resepi asal..
aku x guna daging cincang..
aku guna sardin..
so korang blh ikut citarasa masing2..
yg pasti mmg sedap sgt..

ni aku copy paste resepi dari MyR ye..

Murtabak Segera

Bahan-bahan:-

  • 100 g daging cincang- aku guna setin besar sardin
  • 2 biji ubi kentang- x boh
  • 1 sudu setengah rempah kari- x boh
  • 1/2 biji bawang besar- aku guna 1 1/2 biji
  • 1 ulas bawang putih- x boh
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto- aku guna garam dgn serbuk lada hitam
  • kulit popia
  • 2 biji telur 
  • 2 tangkai cili merah - aku tambah
  • 1 tangkai cili hijau - aku tambah
  • sedikit perahan limau - aku tambah

Cara-cara:-

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang. 
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup. 
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati. 
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia. 
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

**Ni cara aku:-

 Hiris cili merah dan cili hijau.Bawang besar dipotong dadu.
Daun bawang dihiris kasar. Campurkan semua dlm satu bekas.
Masukkan isi sardin. Amik sedikit je sos sardin.
Hancurkan kasar2 ikan sardin tu.
Perasakan dgn garam dan serbuk lada hitam.
Then gaul rata2..
Pecahkan telur dan kacau sekejap je.
Seterusnye ikut step sama cam kt atas. (no.5 dan 6)
*aku guna kuali non-stick.boh mnyk skit je..
goreng garing2 tau lg sedap..





Makan panas2 time musim sejuk ni mmg laa mabeles..
Sila lah mencuba pd yg belum cuba..

Thursday, September 2, 2010

Sardine Puff ..

Atas permintaan kawan di pejabat..
yg nk tempah Sardine Puff..
so ku buatkan jua..
singgah Giant beli Roti Paratha yg packing besar tu..
beli sardine..
and mlm ni tadi baru menumis dan mem'bungkus' puff tu..
mata ngantok laa pulak..
ada lg skit intinyer..
besok laa sambung pulak..

(belum dibakar.. )

layan fesbuk jap..
sambil minum air soya nie..
mabelessss... =P

Ok.. ni sardine puff yg dah di bakar..
selamat menjamu mata ye..
ekeke..


post signature

post signature

Saturday, July 3, 2010

Masak Lemak Labu dan Kuih Vadai


Assalamualaikum..
Pejam celik pejam celik..
dh ari Sabtu..
baru je aku letak entry ke Janda Baik sabtu lalu..

rasanyer kejap je seminggu nie kan?..

Dan x lama lagi kite semua dh nk puasa..

ehem ehem.. saper x ganti lg pose tu cepat2 ler ganti erk..

(peringatan ini ditujukan khas utk Puan blog nie.. muahahahaha..)

Entry kali ni aku nk share menu lunch
..dan minum petang aku dan family utk hari ni..
Time cuti gini ler aku br leh memasak beriya skit..

idak laa beriya sgt..
maksudnyer yg agak leceh mcm menu arini..
Labu Masak Lemak Kuning

Dari sebijik tu aku masak 3/4 je..

ada lg 1/4 and sebijik yg kecik..

masih lg memikir nk wat ape dgn labu2 tu nnti..

tunggguuuu..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini resepi cara aku..

MASAK LEMAK LABU
Bahan :-

Sebiji labu kuning

Segenggam ikan bilis
6 - 10 biji cili api
2- 3 cawan santan
1 labu bawang besar

1 s/b lada hitam

1 keping asam keping

Sebatang serai - diketuk
2 keping daun Kunyit - dihiris kasar

garam

sedikit air


Cara:-

Labu dipotong sederhana.
Bersihkan dan rebus dgn asam keping hingga agak lembut.
Sukat air sekadar labu tu tenggelam.

Jangan lama sgt nnti hancur.Jangan ditos.


Kisar bawang, cili api dan lada hitam.
Kemudian masukkan ikan bilis dan kisar sekejap je.
Jgn hancur sgt.
Masukkan santan je dalam periuk.

Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi bersama serai.

Kacau selalu hingga mendidih.


Masukkan labu tadi bersama lebihan air rebusan.
Masukkan hirisan daun kunyit.

Masukkan garam, kacau perlahan dan tutup api.

Jangan kacau terlalu kerap. Nanti labu tu hancur.


Siap!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan ini menu sampingan bersama labu tu..


Petang plak.. aku dh plan nk buat kuih Vadai..
tp aku lambat skit rendam kacang dal
kul 12tghari tadi rendam..
kul 4.30ptg aku dh start adun kuih..
so tekstur kuih sedkit keras..
but sedap wei..
(sorry.. terpaksa puji diri sendiri.. tp mmg sedap.. hahaha)

Tak senonoh je vadai aku tu..
penuh dgn bawang and daun kari..
ekeke..
pepehal pon..
layannnnnnnnnnnnnnnnnnssss..



Resepinya aku google and jumpa di SINI..

VADAI

Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 tangkai cili kering, dihiris halus
1 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

-Rendam kacang dhall selama 4 jam
-Tos kan kacang sehingga kering
-Kisar kacang dhall sehingga halus,
tidak mengapa kalau terdapat sedikit kacang tidak
berapa hancur

-Satu kan bahan dalam satu bekas, dan digaul rata
-Leperkan di atas tapak tangan yang di lapek dengan plastic
yang di sapu dengan minyak untuk mengelakan dari melekat
-Di susun di atas dulang yang di lapik dengan plastic
dan di sapu sedikit minyak
-Akhir sekali goring dengan api yang sederhana

post signature

post signature

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...