Thursday, October 4, 2012

Roti Labu ....

Assalamualaikum...

Selagi labu x habis..
selagi tu la macam2 resepi aku nk cuba..
hehehe..
kurang jgn kembung perut plak tgk entry labu je..
=P

Aritu dh buat Roti Labu nie..
tp x berapa menjadik..
puncanya.. labu yg direbus tu agak berair..
and aku ikut sukatan air tu sama dgn resepi..
so adunan jadik lembik..
biler dh lembik..
aku sesedap rasa dok tambah tepung..
byk jgk tambah sbb asyik lembik je..
sekali masak.. hamik ko.. padat roti tu..
boleh je makan.. tp padat la..
huhuhu..

Aku x mengalah..
buat lg mlm semlm...
reducekan sukatan air..
alhamdulillah... gebu dan sedap sgt..
TQ kat ratu labu.. mek jah..


ROTI LABU
Resepi asal : Lemariresep
Sumber : MasDuniaku

Bahan :

300 gr tepung roti
100 gr tepung gandum
100 gr labu, kukus, haluskan *izah letak 150 gm
15 gr susu tepung
2 butir telur
75 gr gula pasir
2 sdt yis segera
77 gr margarine
1 sdt garam
100 ml air sejuk dari peti sejuk *izah letak 80 ml
1/2 sk pelembut roti

Bahan olesan:
1 biji kuning telur dan 50 ml susu cair, campur rata
Izah guna madu campur susu segar.
Mas guna madu + susu segar + sedikit kuning telur


Cara membuat bun :
Campur tepung, gula, susu, labu, yis, aduk rata, ketepikan.
Tambahkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh.
Tambahkan marjerin, uli hingga elastis, diamkan 30 menit.
Kempiskan, timbang 50 gr, diamkan 10 menit.
Pipihkan atau bentuk sesuai selera, aku taruh di cup muffin, diamkan 75 menit.
Oles bahan olesan, panggang 190 C selama 12 menit(aku kurang dr sepuluh menit, karena api kebesaran,makanya agak hitam tuh...)


Cara Mas dan Izah :
Saya guna Bread Maker dan campurkan bahan menuruti BM.
Bentukkan bulat2 dan rehatkan 30m minit atau sehingga doh naik lagi dan sapukan madu + susu segar + kuning telur dan paipkan sos kastard atas roti.
Bakar pada suhu 180 C 20 - 25 minit dengan api atas bawah.



Bahan Sos Kastard : *aku x buat pon, malas!.. :D
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

Cara membuat sos kastard :
Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.




 Selamat Mencuba..

4 comments:

Mas said...

perhh...gebu gebas roti tu kak..
wat mas gerammm jerk nengoknya...
resepi roti ni memang bestkan kak..
mas suka...

::Azura Rahman:: said...

aah resepi ni best... TQ Mas for the lovely resepi.. muah!

myda_ahmad said...

nampak lembut & gebu roti labu zura nie.....gk org buat rasa teringin nk buat...insyaallah akan timbul keinginan suatu hari nanti.

mamawana said...

Like like Like...suka suka suka

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...