Tuesday, October 2, 2012

Donut Labu Gebu..

Assalamualaikum...

Buat donut ni aritu lagi..
lebih buat masak lemak tu.. masih ada byk lg..
so aku rebus siap2 and simpan dlm peti..

Macam2 leh buat dgn labu dh rebus kan..
termasuk la donut nie..
resepi amik dari Izah ler..
mek yg terkenal dgn melabu nya.. hahaha..

Mmg puas hati dgn donut nie..
gebus dan sedap sgt..
x sangka labu leh dijadikan donut..
Mek jah.. izinkan akak paste resepi dari blog jah ye.. :D

DONUT LABU RESEPI II
olahan dari donut kentang kak 1
by: izah 

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang *izah guna labu
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
*labu dipotong baji bersama kulit. Kukuskan sehingga labu lembut.
Amik labu mengikut sukaatan dan lenyek.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang (labu) lenyek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.


Selamat Mencuba~

1 comment:

Mas said...

perhh....gebu gebass donut tu kak..
geram lak nengoknya

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...