Assalamualaikum semua..
Semua tgh seronok beraya ye..
"rumah" masing2 sunyi sepi dik kerana masing2 blk kg..
aku jugak terkial-kial kt "umah" sendiri..
huhuhu..
Kejap tadi aku masuk blog
Jaja..
terbaca entry Jaja yg
NIE..
Dan aku terpanggil utk wat entry yg sama utk Jaja..
dan utk sesaper je yg sudi baca..
Masalah aku dan Jaja serupa..
dan mungkin ada lg beberapa blogger yg hadapi mslh yg sama spt kami..
ANAK..
semua org nak anak lepas mendirikan rumahtangga..
itu lah satu2nyer penyeri rumahtangga..
pengubat duka lara.. betul tak???
Setiap kali raya..
mmg terasa sgt sunyinyer biler x de anak..
ye lah.. Raya ni sebenarnyer seronok tgk anak2 jew..
belikan baju anak.. kasut anak..
tgk telatah anak dgn duit raya..
cakap pasal duit raya..
setiap kali adik beradik asben mengagihkan duit raya kt anak2 sedara..
masa tu diorg cakap..
"kami kumpulkan duit raya utk anak zura nnti ye"
sedihnyer......... ='(
23-8-2010 baru2 nie.. genap 8 thn aku kawin..
dan sehingga kini..
xde tanda2 aku mengandung..
Mesti ada yg bertanya..
x wat treatment ke?...
aku dh buat kt HTAA (spital besar kuantan)..
dari mula amik darah..
bg clomid..
wat sperm test kt asben..
amik darah lg..
and last sekali wat HSG..
HSG ni x-ray tiup fallopio (tol ke ejaan aku nie?..)
Semua result2 di atas adalah +ve..
last sekali Doktor tepuk bahu aku and cakap..
"Awak dan asben sihat.. maybe lom ada rezeki"..
Itu treatment kt kerajaan..
kt swasta aku lom cuba..
sebabnyer.. ada 2...
pertama.. korang sendiri tahu.. kos wat fertility treatment ni tersgt mahal..
maybe duit aku cukup..
tp.. lepas tu for sure aku sehelai sepinggang..
tu je simpanan yg aku ada..
kedua.. treatment yg plg murah ialah IUI..
iaitu amik sperm and masukkan dlm rahim (gitu laa lebih kurang)..
peluang dia doktor sendiri cakap kt aku..
dlm 20%-40%.. x smpai pon 50%
treatment yg mahal skit ialah IVF..
iaitu dia akan pilih sperm terbaik.. and dia akan pantau kesuburan si isteri..
biler telur dlm rahim isteri dh betol2 subur..
baru dia suntikkan masuk dlm telur tu terus..
and kalu x silap aku.. dia akan suntik beberapa telur..
sbb tu yg berjaya tu ada peluang dpt baby kembar..
yg ni peluang dia aku x pasti..
tp rasanyer lg tinggi dari IUI.. maybe around 50%-70%
Ni semua aku x pasti sgt ketepatan dia...
cuma mmg ada doktor cakap sendiri kat aku lepas treatment tu..
kalu awak bersedia hadapi risiko.. blh laa wat treatment tu..
bkn risiko ape..
risiko nk kecewa tu..
sbb dia cakap.. ada ramai patient dia yg terlalu mengharap..
patient ingat treatment tu 100% berjaya..
biler buat dua tiga kali gagal..
diorg jadik tertekan..
dan ada yg terus tekanan jiwa..
ni cerita benar kata Doktor tu..
Aku sendiri bkn spesis kuat semangat..
mudah sgt memikir and mudah stress..
jadiknyer aku lom bersedia..
kena pulak treatment melibatkan duit yg bnyk..
kalu gagal dah tentu berganda kekecewaan tu..
Kesimpulannya di sini...
aku dan kawan2 yg senasib bukan x nk anak..
kami nk jugak merasa loya masa mengandung..
nk jugak merasa doktor check perut..
nk jugak merasa baby menendang perut..
nk jugak merasa sakit blkg yg amat..
nk jugak merasa bengkak kaki..
nk sgt2 merasa sakit bersalin..
dan paling kami nk jugak merasa..
membesarkan anak..
So mohon budi baik semua..
jgn laa keluarkan kata2 sindiran kepada org2 spt kami..
kami ada hati dan perasaan..
Utk yg sgt2 memahami..
terima kasih diucapkan.. berat mata memandang berat lg bahu memikul..
"selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin"