Monday, September 6, 2010

Solok Ikan Kembong

Seronoknyer..
arini rasanyer juadah berbuka plg menyelerakan..
hepi tgk masing2 selera makan..
YES!.. ekeke..

Korang nk tau aku masak ape???...

Menu special ialah..
Solok Ikan Kembung ..


Sambal Tumis Telur..


Tomyam Campur..

Wallahhhh... sehingga menjilat jari..
Asben mmg dh lama request Solok Ikan tu..
arini baru leh buat sbb ada ikan kembung segar kt kedai tu..
Mak aku mmg selalu wat Solok Ikan nie..
tp kena pastikan ikan tu segar..
kalu x segar jawabnyer hancur laa ikan tu masa proses nk asingkan isi ikan tu..

Ok ni resepi utk buat Solok Ikan..
(aku copy paste resepi dari SINI )

  • 5 ekor ikan kembong
  • 1 batang serai(hiris halus)
  • 2 biji bawang besar
  • segenggam kelapa parut putih
  • 1/2 sudu lada hitam
  • 1/2 inci Halia (aku tambah)
  • beberapa helai daun kesom (aku x boh )

Cara-cara

  1. ikan kembong biarlah yang segar dan besar di belah belakang di patahkan tulang dan kikis isinya,buang semua tulang dan isinya ditumbuk .
  2. Serai, bawang, lada hitam ditumbuk begitu juga kelapa parut dan gaul bersama isi ikan. (aku x tumbuk.. terus je campurkan..)
  3. jangan lupa letakkan garam, kalau suka bahan perasa atau sedikit gula.
  4. Sumbatkan kembali isi kedalam kulit ikan tadi, bentukkan cantik2 macam ikan dan bolehlah digoreng.

Ikan yg dh selamat dibuang tulang blkg dan diasingkan isinyer..

Isi ikan..

bahan2 kisar (bawang,halia,lada hitam,serai)

Kelapa parut..

Gaulkan semua dan jadik begini..

Then sumbatkan lah dlm ikan tadi..

Sedia untuk digoreng...

~SELAMAT MENCUBA~

post signature

post signature

1 comment:

mr.zoul - mrs.zoul + baby zara said...

solok ikan...tgk mcm sedap n menarik jer...boleh suruh org umah try..hahaha

Kongsi Resepi

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...