Friday, January 14, 2011

Kenapa tak sayang anak sendiri???..

Ermmm.. sedih nk mulakan entry hari nie...
baru je beberapa hari lepas aku share berita dari Utusan Malaysia..
pasal budak kena dera oleh ibu tiri..
Hari ni.. ibu kandung sendiri pulak memukul anak sendiri..
sampai cedera mata budak tu..
menurut Utusan Malaysia Online..
"suspek yang merupakan warga China tergamak mendera dan memukul anak lelakinya itu 
sehingga patah tulang dekat mata di sebelah kanan selain lebam di muka dan kepala"

Dalam suratkabar Harian Metro pulak..
"Kanak-kanak lelaki itu berkemungkinan buta mata kanan akibat ditumbuk oleh ibunya"

Ya Allah.. tak sayang anak ke diorg ni ..
atau adakah aku yang belum menjadi seorang ibu ini..
belum memahami keadaan menghadapi karenah anak?..
marah sgt sampai memukul dan membelasah?..
sampai luka?.. sampai pengsan?.. sampai mati???..

--------------------------

Kanak-kanak didera hingga patah tulang dekat mata

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Walaupun baru berusia setahun 10 bulan dan tidak mengerti apa-apa, seorang budak terpaksa menanggung derita akibat dipukul dengan kejam oleh ibunya sendiri.

Malah suspek yang merupakan warga China tergamak mendera dan memukul anak lelakinya itu sehingga patah tulang dekat mata di sebelah kanan selain lebam di muka dan kepala.

Mangsa dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suspek kurang 48 jam di rumah mereka di Sungai Long, Kajang.

Episod itu terbongkar apabila bapa mangsa membawa Yong Kar Sheng di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas tidak sampai hati melihat kecederaan dialami anak bongsunya itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu oleh kakitangan di pusat perubatan tersebut kira-kira pukul 9 pagi, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan rawatan awal, kanak-kanak itu dilaporkan stabil tetapi mengalami kecederaan pada mata serta lebam di kepala dan muka.

"Kita percaya berlaku unsur jenayah seperti didera ke atas mangsa. Bertindak atas maklumat kita menahan ibu mangsa berusia 30-an di rumah mereka di Sungai Long, Kajang kira-kira 8 malam semalam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Azman, ibu mangsa kini ditahan reman sehingga 16 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Jelasnya, pihaknya turut akan membawa suspek bertemu dengan pakar bagi menentukan sama ada suspek mempunyai masalah mental.

No comments:

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...