Astaghafirullahalazim..
mengucap panjang aku baca berita nie kt Utusan Malaysia Online..
apa yg ibu tiri budak ni pikirkan masa mendera anak tirinya tu ye..
binatang ke manusia dia nie???...
walaupon bukan anak kandung..
tergamak ke nak mendera budak sekecil itu..
3 tahun.. bukan 30 tahun..
Korang bayangkan lah.. ada 73 kesan lebam dan luka kat badan budak tu..
dh lama agaknyer dia buat keje2 terkutuk tu ye..
yang peliknya.. bapak budak ni x sedar ke anak dia kena dera...
Ibu kandung budak tu pengsan 3 kali tgk mayat anak dia..
kalu aku rasanyer koma terus kot..
walaupon aku ni masih belum ada rezeki dikurniakan anak..
tapi naluri seorang ibu tu aku dapat juga rasai..
tak tergamak aku nk pukul budak2 sampai lebam dan luka..
itu org GILA!!!
Ya Allah.. KAU selamatkan lah umatMu dari bersikap kejam begini..
'
'
'
JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.
Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka.
Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja sanggup melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu.
Berikutan kecederaan itu, kanak- kanak tersebut, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini. Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.
Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.
Nor Aquilla ketika ditemui memberitahu, bekas suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana Qistina kira-kira pukul 11 pagi ini.
Wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan setelah melihat keadaan mayat anaknya di Bilik Mayat HSI pengsan tiga kali.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.
“Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya.
“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Roslan berkata, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira pukul 8.25 pagi semalam namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Beliau memberitahu, ibu tiri mangsa sedang dicari dan dia berkemungkinan akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.
Jenazah Nordiana Qistina selamat dikebumikan di kampung datuknya di Felda Tenggaroh, Mersing, kira-kira pukul 5 petang tadi.
3 comments:
Apa punya manusia ni, patut kalau dapat dera dia balik, baik dia rasa. Yg peliknya takkan lah bapak dia yg duk serumah tak tahu, mustahil betul.
Eeeee bapak dia pun sama bersekongkol dgn syait*n tu kot! Manusia Kejam!
Bertambah bidadari syurga..oucti
tak boleh nak bayang atau fikirkan kejadian ini...
*sedih*
Post a Comment