Friday, June 10, 2011

Cheese Tart~mencuba resepi lain..

Salam..

Aku ni jenis setia pada satu resepi je..
sebab result dia dh OK and tak mengecewakan..
but entah kenapa kali nie..
aku teringin sgt nk buat cheese tart guna resepi lain dr biasa ku buat..

Hasil dari google'lan aku..
aku pilih resepi ni(klik) utk mencuba..

Dan ini hasilnya..
ntah mana silapnyer..
permukaan filling cheese tu jadik kasar..
merekah tu aku tau sbb api panas.. ekekeke..
jenis x sabar nk tunggu masak..

Kecewa jugak biler org lain buat cantik..
tp biler aku nk cuba.. x secantik org lain buat..
arghhh tension2x..

but nasib baik lah dari segi rasa..
mmg OK dan sedap..
pastry pon ranggup..

 

Aku copy pastekan resepi dari blog Zack Zachoes

Short crust pastry (diadaptasi dari Jo's Deli)
Bahan:
125g butter sejuk, dipotong dadu
200g tepung gandum
10g gula aising
1/2 biji telur Gred A

Inti:
blueberry/kiwi/strawberry atau lain-lain filling, secukupnya

Cara:
  1. Ayak tepung gandum bersama gula aising dalam bekas besar.
  2. Guna hujung jari untuk ramas-ramas butter dengan tepung gandum, hingga nampak seperti serbuk roti. ATAU boleh juga guna hujung garfu, lenyek-lenyekkan butter dengan tepung ditepi bekas, kalau takut haba badan anda boleh menyebabkan butter cepat cair.
  3. Masukkan telur dan gaul rata adunan dengan telur. Gumpalkan hingga satu doh terbentuk (jangan diuli!)
  4. NB: Selalu saya guna separuh telur Gred A untuk tart ni dan dapati memang sesuai, tak terlalu lembik atau keras. Kalau guna gred lain, masukkan telur sikit-sikit sampai gumpalan-gumpalan kecil doh terbentuk, baru dibuatkan satu doh besar.
  5. Balut dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk untuk 30-1jam untuk merehatkan doh.
  6. Bahagikan doh kepada 10g doh yang kecil (jumlah adunan lebih kurang 360g, jadi dapat dalam 36 biji tart).
  7. Sapu acuan/loyang tart dengan butter untuk memudahkan ia dikeluarkan nanti. Tekankan 10g doh ke dalam loyang dan buang doh yang berlebihan.
  8. Cucuk dasar acuan tart dengan garfu untuk mengelurkan udara ketika memasak (bagi mengelakkan pastry kembang). Buat sampai semua habis.
  9. Simpan dalam peti sejuk untuk 10 min, sambil panaskan oven pada suhu 180C. ***
  10. Bakar untuk 10-15 min (ku 170C, 15 min) atau hingga tepi-tepi pastry keperangan.
  11. Sejukkan atas redai dahulu sebelum diisi adunan cream cheese dan filling (kalau isi masa tart masih panas, cheese meleleh ke tepi tart nanti).
  12. Isikan kiwi/blueberry/strawberry filling dan pipekan adunan cream cheese di atasnya. ATAU pipekan adunan cream cheese dulu, baru di pipekan filling ke dalam adunan cream cheese guna nozel.
  13. Bakar untuk 10 min atau hingga cheese nampak sedikit kering tapi jangan sampai merekah. Kalau dah sampai merekah takut cheesenya tenggelam masa sejuk.
  14. Sejukkan atas redai.
*** Tujuan simpan doh yang siap terbentuk dalam peti sejuk sebelum bakar sebab nak merangkupkannya. Satu lagi kalau dicanai dan diterap adunan ni, pastry dia tak berapa rangup (mungkin sebab guna gula sikit). Tu sebab saya shorkan just gather all the lumps yang terbentuk masa dah dimasukkan telur, jangan dicanai macam buat donut. Jenis pastry ni kalau diperhatikan, dia seakan berlubang kasar bila dilihat dari bawah tart yang dah masak. Pastry ni bukan jenis yang mengembang, hence the name shortcrust pastry. Kalau nak jenis yang lebih berderai masa makan, gunakan resepi sweetcrust pastry sebab ia guna lebih banyak gula dalam adunan dohnya.


Cream cheese filling (diadaptasi dari haz_amon@myresepi.com)
Bahan:
125g cream cheese
25g gula aising
10g butter, dilembutkan
1/2 biji telur Gred A
1/2sb besar perahan lemon (kalau guna Philadelphia atau Anchor boleh abaikan sebab rasanya memang agak masam. Kalau guna Tatura mungkin leh letak sebab Tatura rasa lebih ke'susuan'- bagi saya la)

Cara:
Pukul kesemua bahan-bahan kecuali telur sampai gebu. Masukkan telur dan pukul lagi. Sedia untuk digunakan.

*Cream cheese filling ni jangan letak sampai membukit, kalau tak nanti masa tengah bakar dia mengembang dan boleh melimpah keluar dari tepi tart sebab ada telur. Letak secukup keliling dalam tart tu dan boleh tutup inti kiwi/dll tu je.



*ni auto publish.. now maybe aku on d way ke Pekan.. 
nk hantar tempahan cheese tart ke.. aceli yg menempah ni anak sedara belah suami aku.. 
kenduri nyer sabtu.. tp mlm ni (jumaat) ada kenduri tahlil dan doa selamat skit..

1 comment:

RUZLINDA MUSTAFFA said...

hi! saya tgk petua di azitakitchen, filling tu katanya kalau nak gebus jgn letak kat freezer, just letak kat rak bawah dalam fridge, kalu boh penuh2 pun dia xmelimpah kuar :) nway, sedapnyeeeeeeeee cheese tart :)

Kongsi Resepi

Share It

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...