Thursday, November 3, 2011

Marble Cheese Brownies~tempahan

Salam..

Lama sgt rasanyer aku x terima order brownies nie..
bukan x de yg order tp aku yg menolak..
entah ke mana la mood baking aku nie.. huhuhu..

Rakan sepejabatku, Kak Ham order brownies nie..
katanyer nk bawak balik kg..
al-maklum la dh nk raya haji kan..
masing2 dh siap2 nk balik kg masing2..
memandangkan brownies ni mudah nk membuatnyer..
so aku terima la tempahan Kak Ham..
ku ubah sedikit lorekan atas brownies menggunakan cheese yg diwarnakan merah..
tp sayang lapisan atasnyer agak terlalu garing..
tidak hangit ye.. aroma cheese masih semerbak.. :)




MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

1 comment:

Ibu Lala said...

nak oder boleh tak. dah lama teringin nak makan cis brownies nih. cam sedap jek.

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...