Thursday, May 26, 2011

Mulanya Di sini..

Mulanya Di Sini~

Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua

Sehingga di sini

Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan

chorus *

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Mulanya di sini

Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

Akhirnya di sini

Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu

repeat *


Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku


 Aku suka group Freedom nie..
gandingan Seha dan Shuib mmg mantop..
lagu2 diorg pon best..
plg femes lagu ni laa...

Jom tgk video clip yg menarik nie..
siap guitarist pon joget sama tau..
biler tgk rasa nk joget sama2..
ekeke..


Al-Fatihah buat Seha..

Norsehah Abu Bakar atau Seha (lahir 19 March 1962 - 10 Oktober 2006
merupakan penyanyi bagi kumpulan Freedom 
yang popular dengan lagu popular "Mulanya Di Sini",
"Persamaan" dan "Jauh Di Rindu" pada era 1980-an. 
Beliau berasal dari Air Putih, Kuantan , Pahang.

Seha sebagai seorang yang periang, senang didekati, 
penghibur yang bagus serta mahir memilih lagu yang boleh membangkitkan semangat penonton ketika mengadakan konsert.
Shuaib Shaari, 48 merupakan rakan duet Seha 
dalam kumpulan Freedom.
Seha tinggal di Villa Puteri Kondominium.
Sebelum menyertai kumpulan Freedom, Seha merupakan ahli kumpulan Peppers.
Selepas bercerai, Seha pernah bekerja di beberapa pub 
Seha meninggal dunia pada pagi Rabu, 11 Oktober 2006 
di Hospital Kuala Lumpur pada usia 44 tahun.
Jenazahnya di bawa ke rumah abangnya Mohd Norbi Abu Bakar 
di No. 9, Jalan Kesuma 2, Taman Kesuma, Ampang 
dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam 
di Taman Kosas, Ampang selepas Zohor. 


[sumber :wikipedia]

No comments:

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...