Monday, November 1, 2010

Product Review - Safi Rania Gold

(sumber gambar : google)

Tadi dok borak2 dgn office-mate..
aku tgk muka dia ada perubaha..
so aku tnye dia pakai produk ape..
and dia cakap Safi Rania Gold..

Since muka aku dh jadik semakin teruk nie..
aku dh mula kemaruk nk beli mcm2 produk yg org cakap..
and aku betol2 mmg nk cuba produk nie..
harap2 sgt berkesan utk muka ku..
dh teruk sgt aku tgk..
bukan makin kurang..
malahan menjadik2 pulak naik jerawat dan parut..

Oh Tidak!!!!!!!!!!!!!!
.
.
.
.
Sedikit info pasal produk nie...


Safi mengeluarkan produk yang menerapkan partikel nano emas 24k dalam rangkaian produk penjagaan kulit terbarunya – Safi Rania Gold.

Produk ini selamat, berkesan dan disahkan halal.

Emas terbukti secara saintifik berkesan mengurangkan kedalaman kedutan. Ia meningkatkan keanjalan kulit dan memperlahankan penyusutan kolagen bagi mencegah kekenduran kulit.

Emas juga merangsang pertumbuhan sel lapisan dasar kulit untuk memastikan pertumbuhan semula sel kulit yang sihat, tegang dan awet muda.

Produk ini mengandungi protein mutiara serta vitamin B3 untuk mencerah dan memulihkan kesegaran wajah.

Safi Rania Gold Serum mengandungi Nano Emas 24K bagi mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus. Dalam hanya tiga minggu, kulit cerah berseri.

Safi Rania Gold membawakan pelbagai produk antipenuaan untuk tujuan kecantikan kulit, antaranya:


Krim pembersih wajah Safi Rania Gold

Ia membersihkan kulit daripada kotoran, habuk dan daki selain membantu menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit segar sepanjang hari.

Gel pembersih wajah Safi Rania Gold

Sesuai untuk kulit kering. Ia lembut pada kulit kerana tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali mencuci muka.

Skrub wajah Safi Rania Gold

Ia membantu menanggalkan sel kulit mati untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil ketara.


Penyegar Safi Rania Gold

Ia dirumus dengan air mawar bagi membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas membasuh muka.

Krim kontur mata Safi Rania Gold

Serlahkan kecantikan mata dengan sapuan krim ini siang dan malam.

Krim pelembap siang Safi Rania Gold dengan SPF20PA++

Ia membantu menangani masalah bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, menjadikan kulit cerah dan sihat berseri.

Krim pelembap malam Safi Rania Gold

Kulit kelihatan lebih remaja dan berseri bila bangun setiap pagi.

Krim kecantikan Safi Rania Gold

Ia membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim ini boleh digunakan sebagai asas mekap.


post signature

post signature

4 comments:

Unknown said...

aku pakai safi rania, tapi utk pelembam malam aje..hehehee

Anonymous said...

salam, dik, cuba
1. cuci muka dengan tomato tiap2 hari.tomato tu potong dalam 2 slice .pastu lumurkanlah kat muka,especially yg kat banyak jerawat tu.biarkan selama 15 minit.pastu basuh.

2. 3 hari sekali, basuh muka dengan air suam.letakkan towel kat air suam tu, pastu tuam2 kanlah kat muka.

3. pakai cream safi aloevera.yg tutup die kaler hijau.x yah pakai cream lain.pastu baru pakai bedak.

4. pencuci muka, pakai sabun cuci muka untuk jerawat.kat farmasi ade jual.harga dalam RM15-20.

saya dulu pun banyak jerawat.selepas saya cuba kaedah2 di atas ini, alhamdulillah, jerawat saya dah hilang.

::Azura Rahman:: said...

salam Anonymous.. thanks a lot for sharing all this tips.. insya-Allah saya akan cuba.. lepas ni kena beli buah tomato la byk2.. huhu..

until now pon muka saya masih teruk.. naik jerawat non-stop.. muka pulak cepat sgt berparut walaupon x usik.. huhu..

saya harap ada perubahan lepas mencuba tips2 ni.. thanks again.. =)

Anonymous said...

banyakkan makan sayur hijau n minum banyak air... jgn lupe buah-buahan n supplement utk kulit...

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...