Salam Ramadhan..
Masing2 dah sibuk dgn persiapan nk sambut Syawal ye? :) Alhamdulillah, jgn sampai ada yg membazir sudah la ye.. bersederhana shj..
Menu hari ni masih lg menggunakan bahan utama yg sama spt semlm iaitu isi ayam.. hehe.. tp menu ni AR x tnye En Google dah sbb menu ni mmg AR dh biasa buat.. cuma bezanya sblm ni AR guna daging lembu.. tis time tkr ke ayam..
Sgt simple mudah dan cepat.. menu AR semuanya mudah kan.. hehe.. jom kita tgk resepi dan cara nya..
Sup Tauhu Sumbat
Bahan :
Tauhu - dipotong dua secara serong
Isi Ayam/daging lembu - cincang
Karot, daun sup dan cili merah - dihiris halus
Rempah penumis 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga)
Bawang merah dan putih - dihiris
Cara:
Tauhu digaul dgn garam kunyit dan goreng.
Korek isi tauhu.
Satukan isi ayam bersama karot, daun bawang dan cili merah. Gaul dan perasakan dgn garam.
Sumbat isi ayam ke dalam tauhu tadi.
Tumis bawang dan rempah penumis hingga naik bau. Masukkan air. Bila sudah mendidih, masukkan tauhu sumbat tadi. Jika ada lebihan isi ayam tadi bulatkan menjadi bebola dan blh dimasukkan sekali ke dalam sup.
Perasakan dgn garam.
Siap!
---
Bila dh muak dgn menu kicap, lemak dan asam pedas..blh ler cuba resepi ni.. pasti tak mengecewakan..
Selamat mencuba.. ;)