Tuesday, January 11, 2011

Kanak-kanak 3 tahun mati didera..

Astaghafirullahalazim..
mengucap panjang aku baca berita nie kt Utusan Malaysia Online..
apa yg ibu tiri budak ni pikirkan masa mendera anak tirinya tu ye..
binatang ke manusia dia nie???...
walaupon bukan anak kandung..
tergamak ke nak mendera budak sekecil itu..
3 tahun.. bukan 30 tahun..


Korang bayangkan lah.. ada 73 kesan lebam dan luka kat badan budak tu..
dh lama agaknyer dia buat keje2 terkutuk tu ye..
yang peliknya.. bapak budak ni x sedar ke anak dia kena dera...

Ibu kandung budak tu pengsan 3 kali tgk mayat anak dia..
kalu aku rasanyer koma terus kot..
walaupon aku ni masih belum ada rezeki dikurniakan anak..
tapi naluri seorang ibu tu aku dapat juga rasai..
tak tergamak aku nk pukul budak2 sampai lebam dan luka..
itu org GILA!!!

Ya Allah.. KAU selamatkan lah umatMu dari bersikap kejam begini..

'
'
'

JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.

Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka.
Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja sanggup melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu. 

Berikutan kecederaan itu, kanak- kanak tersebut, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini. Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.
Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.

Nor Aquilla ketika ditemui memberitahu, bekas suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana Qistina kira-kira pukul 11 pagi ini.
Wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan setelah melihat keadaan mayat anaknya di Bilik Mayat HSI pengsan tiga kali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.
“Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya. 

“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Roslan berkata, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira pukul 8.25 pagi semalam namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Beliau memberitahu, ibu tiri mangsa sedang dicari dan dia berkemungkinan akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.

Jenazah Nordiana Qistina selamat dikebumikan di kampung datuknya di Felda Tenggaroh, Mersing, kira-kira pukul 5 petang tadi.

Monday, January 10, 2011

Tempahan... Devil's Food Chocolate Cake.. (DFCC)


 
Tempahan dari..
Dilla (again) dan Zilla..
bukan adik beradik ye.. ekeke..

'
'
'
'
'
'



Ikan Siakap Stim



entry tertunggak lagikkkk..
now malas betol nk edit2 gambo..
leceh..

dh bersusun menu dlm kamera tu tak beredit..
ermm.. biar aje laa..
bila2 aku rajin aku edit laa..

Utk kali ni nk share..
Ikan Siakap Stim..
simple but sedap..
makan panas2 mmg terangkat..

Jom layan


Ikan Siakap Stim

Bahan :-
1 ekor Ikan Siakap - aku potong 2 sbb x muat pengukus..
Hirisan bawang besar
Hirisan Halia
Perahan limau kasturi
Daun ketumbar
Sedikit sos tiram dan sos ikan
Garam secukupnya

Cara:-
Letakkan ikan ke dlm pinggan dan taburkan semua bahan2 tadi..
Kuku hingga masak..
Siap..

Mudah kan.. selamat mencuba..




Nak jugak buat entry pasal AJL25.. ekeke..

Fuyyooo..
HOT betol AJL25 kali nie.. ekeke..
bukan penyanyi yg HOT tapi.. penonton dan peminat AJL..

Semua gara2 Juara utk AJL kali nie ialah..
 
"
"

"
~ Ana Raffali ~ 
 
Ramai yg cakap.. lirik lagu tu best.. puisi..
Moh kite hayati sat..

Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku

Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama

Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku

Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda

Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku

Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku

Kisah kita

-----------------

OK.. dh hayati??... ekeke..
mmg diakui.. liriknye cam sasterawan..
ayat2 sastera byk digunakan..
maksud tersirat dan tersurat..

Tambahan lg... ketua juri M.Nasir..
so mmg taste dia laa kan..
ekeke..
 
Kalu ikutkan konsep AJL mmg bukan utk penyanyi tetapi lirik lagu itu..
so kenapa ramai sgt membantah keputusan juara bg AJL25 kali nie..

Aku agak la kan.. (just my 10cents opinion erk..)
sebab cara Ana Raffali bawakan lagu tu kot..
mlm tu perfomance dia 'serabut' skit..
and vokal dia 'terpeleot' skit..
and plg ketara.. pelat dia menjadik2 pulak mlm tu..

So utk penonton dan peminat yg x paham bahasa2 puisi ni..
mereka akan terus menilai..
Ana Raffali x layak menang..
walhal ia diadili melalui lirik lagu..

So salah siapa???..
entah aku pon x tau salah siapa.. ekeke..
 
Aku sokong Yuna jew..
tp mmg x laa mengharap sgt dia menang..
sbb lagu yg dipertaruhkan x strong berbanding Dan Sebenarnya..
tp Yuna cantik mlm tu..
unik dan mekap sgt cantik..
tapiiiiii.. kenapa laa dia asyik duduk je..
nk sgt tgk dia berdiri dgn baju yg cantik itu..
oh keciwa...
So kepada peminat AJL..
jgn marah2 dgn keputusan juri ok..
mende dh jadik..
award ana raffali tu x leh nk amik semula dah..
ekeke..

Tahniah utk Ana Raffali utk lirik lagu yg bagus..
but bukan untuk vokal dan persembahan terbaik...
nasib baik ada kategori khas utk vokal dan persembahan..

Lepas ni AJL kena buat kategori lain lah..
Kategori Lirik Terbaik..
so utk Juara Keseluruhan.. merangkumi semua aspek..
vokal, persembahan dan lirik..

Korang setuju tak?..
ekeke.. memandai je aku nie..

Adios...

Friday, January 7, 2011

Oh!Kejadian yang tidak diingini.. zura oh zura..

Lama x baking..
kali ni office-mate ada buat tempahan..
devil's food choc cake..
tapi ada pulak peristiwa mendukacitakan..

Aku dgn konpidennyer..
buat 3 bijik kek DFCC tu..
pg tadi masa salah sorang member aku nk amik kek
dia cakap .." ko buat blueberry ciskek kan"..
aku tercengang...

Alamakkkkkkkkkkkkk..
aku salah buat kek...
rasa x de darah kt muka aku masa tu..
aku tau member aku tu x marah
tp kesian kt dia
sbb dia tempah utk anak dia nk makan..
dulu dia dh penah tempah DFCC..
tp rupenyer anak dia allergic choc and nuts..
so this time dia nk ciskek..

Yang menyebabkan aku lupe
sbb dia tempah pon secara kebetulan..
borak2 kt FB then dia pon kata nk tempah kek.
patut dia nk Jumaat lepas
tp sbb public holiday dia pospone ke hari nie..
Kebetulan pulak ada jugak 2 org lg member nk tempah DFCC..
so mlm semlm dgn selamba badak airnyer..
aku godeh laa kek DFCC nie..
Haaa.. padan mukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

So aku janji nk buatkan ciskek dia Isnin depan nie.. 
huhu.. sesungguhnyer teramatlah rasa bersalah..
huhuhuhu..


ermm.. dgn rasa bersalah yg ada dlm diri lg..
korang layan je laa a few gambo kek DFCC nie..
huhu..





Thursday, January 6, 2011

Menu yang bisa menambah selera makan ku..

Salam 1 Malaysia..
Satuuuuuuuuuuuuu.... Malaysia...
Satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... Malaysia..
(sila semangat waja okay)..

Ape hal nyer tetiba aku jadik semangat..
sbb aku nk upload menu yg boleh bagi aku kusss semangat..
muahahaha..

My peberet mmg DAGING..
masak laa ape pon..
daging mmg pada ku plg sedap..

So kali ni request dari en suami..
nk soh aku masak Kari Daging..
aku dgn senang hati setuju 100% cadangan itew...

Tapi..
aku tidak menggunakan santan..
aku menggantikan dgn susu cair..
(sebenarnyer malas nk parut and perah kelapa)

Seriously.. susu cair x menjejaskan rasa kari nie..
malahan lg sedap tau..
and aku skrg dh berkenan dgn rempah kari yang nie..

'

'

'

ni utk kari udang and ikan.. tp aku bantai je utk daging atau ayam..

Rempah kari nie lg kaw.. and wangi..
selama ni pakai Adabi..
tp since dh cuba Baba's ni..
jatuh cinta pulak..
ekekeke..

Ok byk cakap pon x guna..
jom layan gambo ye..

ni ke semua menu yg aku masak..

Kari Daging (susu cair version)

yg ni mmg peberet aku and family.. cicah dgn sambal kicap cili api.. lupe pulak nk snap gambo..

yg ni.. penyedap selera makan.. walaupon berapi tp bisa membuatkan semua org nk tambah nasik.. ekeke..

ni wat sejukkan tekak je.. asal pedas je.. ngap timun nie.. lega skit..

Layan je laaaaaaaaaaa..

Tak de mood nk story mory..
layan je laa picas aku ni..
aceli ni menu semlm..
br nk upload..

'


'





Tuesday, January 4, 2011

Ketagih.. macam mana nie?..

Masalah ketagih mmg sukar nk diubati..
Korang penah ketagih?..
Hohoho..
bukan ketagih merokok ye..
dadah lagi laa bukan..

Ketagih aku ni halal..
ekeke..
tp agak memudaratkan jugak utk diri sendiri..
kalu tak dibendung dr awal..
mmg punah laa hidup aku..
huhu..

Korang nk tau aku ketagih ape?..
'

'

'

'

Aku ketagih "online shopping"..
tulun.. tulun..
sedap sgt shopping secara online nie..
berkenan je booking..
pehtu terus transfer duit..
skrg dh moden..
x yah keluar pegi bank..
lg moden lg bahaya tau..
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Hari ni aku dh dpt brg yg aku order online..
ni barangnyer..

'

'

Set Tupperware.. berharga RM49 je ;p



x cukup dgn tu... aku tambah lg dgn yg nie..

'

'

TPWR SQuare Hijau RM 29 je
Ermmm... abis bab Tupperware...
kite pergi ke shawl pulak ye..
now aku tgh kemaruk beli dan pakai shawl..
biarpun muka ku bulat.. 
tp pedulik ape aku nk pakai kan.. ekeke..
bumi pon bulat ape.. (ape kena mengena erk.. huhu)..



Beli shawl nie pulak..

'

'

dengan harga.. tuuuu dh tayang rege.. x nmpk lg.. murah kan?.. ;p

Shawl aku beli kt SINI
Tupperware aku beli kt SINI

So kalu ada antara korang yg gile online shopping cam aku jugak..
pegi ler skodeng2 FB diorg tu..

Ape lg aku beli online erk..
Haa.. ada lg..
tp yg tu x leh share lg..
tunggu brg tu sampai dulu..
aku try test br aku share dgn korang ye..


Monday, January 3, 2011

Ayam Bakar Separuh Masak.. pelik tp benar..

Alahai..
idea nk masak ape x muncul2 lg..
ape hal ntah..
dh kuarkan ayam..
rasa cam nk masak simple jew..
masak kicap or sup..
now takut nk makan lemak2 and mnyk2 sgt kan..
byk sgt kes org muda meninggal mengejut..
mcm kes baru nie..
pelakon Faizal Yusof tu..
tp ajal maut semua kuasa ALLAH..
cuma x salah kita ikhtiar demi kesihatan diri sendiri..
(masa tgh beringat.. esok lusa aku lupe daratan.. huhu..)

Eh Eh.. dh terlari dari tajuk pulak..
nk citer pasal menu istimewa nie..
tak tau laa korang penah dengar..
or korang penah makan...!!!
aku sharekan pada korang sekali dgn resepinyer ye..
aku dpt masa Google tadi..

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'
jap jap.. nk paste gambo..

'

'

'

'

'

'

'

'


ok dh jmpa.. jap jap.. 
tau laa korang lapo..
jap jap..

'

'

'

'

'
'

'

'

'

'

'

'

'

'

haaa.. ni dia..
selamat mencuba dan selamat menjamu selera..

'

'


RESEPI AYAM BAKAR SEPARUH MASAK

Bahan²
1.Beberapa Ekor Ayam Hidup
2.Unggun Api
3.Minyak Tanah
4.Lighter
5.Orang Ramai sbg penonton

Caranya ambik ayam hidup letak kat api selama beberapa minit kemudian lepaskan laju²
cuba try test tengok anda pasti berjaya siapkan resepi ini seperti gambar diatas..


*Sesungguhnya perbuatan ini teramat lah ZALIM.. tergamak manusia2 ni buat kt ayam yg tak bersalah tu.. entah kt negara mana aku pon x tau.. huhu..

Sumber Gambar & Resepi dari SINI

Sunday, January 2, 2011

Lamb Chop..

Owh.. arini kami sekeluarga minum petang menu western..
sekali sekala jew..
bukan selalu..

Aku beli daging kambing ni kat Giant..
yg dh siap perap tu..
selalu tgk kat blog Jaja..
kali ni aku sendiri nk cuba..
ermmm.. mmg sedap..
tapiiiiiiiiii..
cepat nyer muak..
aku makan sekeping ni kongsi dgn asben..
tu pon dh kenyang..
mcm mn laa org lain blh pekena daging kambing ni byk2..
huhu..

Ok x de resepi laa ye..
semua segera..
daging tu aku masak guna non-stick pan..
then rebus brokoli.. boh mnyk skit dlm air rebusan tu..
then aku panaskan kacang panggang dlm tin tu..
and wat telur hancur..
DONE!




Dalca Sayur dgn Daging Tetel

Salam semuanyer..
Kalu buat dalca aku mmg suka boh daging tetel..
yg lemak2 tu lg syiokkk.. hahaha..

Oh ya..
thanks utk yg mendoakan kesihatan buat ibu mertuaku..
alhamdulillah dh discharge dari hospital ptg semlm..
ku buatkan dalca lebih dan bawak ke umah MIL semlm..
selera mak makan cicah dgn roti..
harap mak makin sembuh..
amin..

So ini laa menu aku semlm..
aceli menu nie sekali dgn ikan keli tu..
cuma lambat upload jew..
huhu..

Layannnnsss...


Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...