Friday, February 24, 2012

Al-Fatihah buat Faris.... & menu kelmarin.....

Assalamualaikum..

Berat jugak hati nk memulakan bicara di blog ini..
selepas menerima berita sedih adik Faris..

Lama aku memikirkan utk membuat entry khas utk Faris..
dan akhirnya.. aku terdetik utk buat entry tersebut..
malangnya.. selepas aku menekan button publish..
beberapa minit kemudian.. aku mendapat tahu..
Faris sudah tiada lagi..

sumber : blog mazidul

Menangis aku dengan berita sedih itu..
Namun aku dan semua org perlu redha...
redha dgn pemergian Faris..
kerana Faris sudah tentu menjadi ahli Syurga..
Moga roh Faris tenang di sana..
Insya-Allah..

AL-FATIHAH


********************************************

Berbalik pada menu yang telah dibuat kelmarin..
baru hari ni berkesempatan utk upload..

Sudah jemu dgn nasi..
so beralih arah kepada mee..
resepi ku ambil dari blog Jaja..
TQ Ja.. simple dan sedap..




Mee Bandung Paling Simple
(copy paste resepi dari blog Jaja)

Bahan2 :
  • 300g daging lembu
  • 1 peket mee kuning ~zura guna mee lidi
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 3 biji bawang merah* ~zura kisar semua bahan *
  • 2 biji bawang putih*
  • 1/2 inci Halia *  <--zura tambah
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos tomato
  • 2 sudu tomato puree
  • 3 sudu sos cili
  • 1 cube pati ikan bilis
  • sayur2an ( Carrot,brokoli,sawi pak choy,tomato)
  • 1 peket fishball
  • 2 biji telur
  • Garam dan serbuk perisa
Hiasan :
  • Bawang goreng ~tiada
  • hirisan cili merah ~hirisan cili hijau
  • daun bawang ~tiada.. ganti dgn hirisan tauhu goreng
Cara menyediakan:
  • Hiris daging lembu nipis2 dan rebus sehingga daging empuk.Simpan air rebusan daging untuk dibuat kuah
  • Tumis bawang merah dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar dan goreng seketika sehingga cili masak.
  • Masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato dah tomato puree dan digaul rata.
  • Masukkan daging serta stok rebusan daging dan masak sehingga mendidih.
  • Masukkan cube pati ikan bilis dan perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perisa.
  • Bila kuah sudah mendidih,masukkan semua sayur dan pecahkan telur sebiji2 dan pastikan tidak bertindih .
  • Setelah siap,hidangkan mee kuning yang telah dicelur ke dalam mangkuk,dan kemudian curahkan kuah dan akhir sekali hiaskan dengan hirisan cili,daun bawang dan bawang goreng..
  • Jika suka, bleh tambahkan taugeh serta tauhu goreng
Nota : aku bancuh 2 sudu besar tepung jagung utk memekatkan kuah

Thursday, February 23, 2012

Akhirnya.. ku menulis.. Kisah Faris..

Assalamualaikum...

Berat hati nk buat entry nie..
sebak dada nk titipkan ayat utk entry nie..
namun hari ini.. aku tabahkan hati..
utk kongsi dgn semua.. cerita sedih ini..
diharapkan ramai yang sudi mendoa dan memberi bantuan..
 Faris Nur Daniel
mungkin itu nama penuh si kecil ini..
kerana aku sendiri tidak mengenali beliau mahupon keluarga nya..
nama tersebut ku copy dari FB ayahnya..

 Rasanyer dh ramai yang mengetahui kisah Faris..
anak kecil berusia 6 tahun..
sedang bertarung nyawa..
melawan penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. 
Ringkasnya, barah darah!
sumber gambar dari FB ayah Faris
 Lihatlah wajah si kecil ini..
walaupon aku belum ada anak..
tp hati ini sgt hiba melihat penderitaan Faris..
tak sanggup rasa nk tengok..

Tapi.. kite semua kena YAKIN..
kena PERCAYA pada kekuasaan Allah..
Allah yang memberi penyakit..
dan Allah yang menyembuhkan..
ikhtiar dan usaha x boleh putus.. teruskan!

Berat mata memandang.. 
berat lg bahu ibu dan ayah Faris yang memikul..
 Allah saje yang tahu..
sumber gambar dari blog Mazidul
Sebagai masyarakat yang prihatin..
mari lah sama2 kita berdoa..
semoga adik Faris diberi kekuatan utk melawan penyakitnya..
dan semoga Faris diberi peluang meneruskan hidupnya..
sumber gambar dari FB ayah Faris
 Untuk yang ingin menghulurkan derma..
sila layari blog Mazidul..
disitu ada dinyatakan no akaun Ayah Faris..
kita memberi bantuan setakat mana yang termampu..
tapi tolong jangan lupa berdoa utk Faris ye..
sumber gambar dari blog Mazidul : beginilah keadaan Faris selepas chemo kali ke-4.. :'(
 
Semoga Allah merahmati kalian yang tidak henti2 berdoa..
hanya Allah yang mampu membalas jasa baik anda..
Terima kasih.. 

*TERKINI : baru menerima berita sedih... 

ALLAH lebih sayangkan adik Faris.. :'(
AL-FATIHAH


Update!!!
Faris akan dikebumikan di kampung Budiman, shah alam.
Jenazah akan dibawa ke rumah pukul 12.30

Alamat
No 1, jalan pulau lumut u10/76j
Alam budiman, seksyen u10
Puncak Perdana

Wednesday, February 22, 2012

Shahputra Team Bulding 2012~ & My 1st Giveaway..

Assalamualaikum...

Dh lama peram citer pasal team building nie..
kena citer jgk sementara otak masih ingat lg nie..

Kalau mengikut sejarah sejak bekerja di Shahputra..
team bulding pertama ialah di Awana Kijal, Kemaman...
tapi team bulding yg tu more kepada internal activities je..
lebih kepada motivasi la kiranyer..

Then.. team bulding ke dua.. di Taman Pertanian, Kuantan..
yg ni pada aku lebih adventure..
tido dlm khemah.. byk xtvt dlm hutan.. LDK.. kawat.. dan sebagainya..

And latest team bulding adalah yg aku pergi baru2 nie..
di Agro Semuji Resort..



....................................................................


Hari pertama, 10hb Feb jam 8.30pg.. kami semua berkumpul di perkarangan Shahputra..
ada yg menaiki kenderaan sendiri..
tapi aku memilih utk menaiki bas yang disediakan..
sekali sekala naik bas ramai2.. syok woooo... hihihi..

Jarak dari Shahputra ke Agro Semuji x jauh mana...
rasanyer kurang lebih 1 jam perjalanan kot..
sampai saja di sana.. kami berkumpul di dewan..
setelah dibahagikan kumpulan2.. kami diarahkan utk mengambil bahan memasak..
ye.. kami kena masak sendiri..
makan pg.. tghari dan malam.. 

Ni bahan2 yang diberi :
4 bungkus mihun
2 paket tomyam pes
2 paket perencah bihun goreng
30 biji Telur
8 tin sederhana kecil Sardine
Sebungkus Ikan Bilis (anggaran 1kg kot)
Bawang besar (anggaran 13 biji kot - x kira pulak tp mmg sikit lah)
Bawang putih 2 labu
Kentang (anggaran 1kg kot)
Cili Boh seplastik - x tau nk anggar berapa gram
Asam Keping
Cili Padi Hijau
1 biji besar Kobis bulat
2 biji Karot
2 biji Timun
Lengkuas + Serai
1 paket kecil Serbuk Kunyit
1 paket kecil Garam
1kg Gula
Bbrp teh uncang dan kopi segera
1 paket Sos Cili
1 paket Minyak Masak
Sebotol Kicap Manis ABC
10kg Beras

Selain bahan memasak, kami juga diberi :
tuala kecil, lighter dan mende putih yg digunakan utk nyalakan api tu (ape ntah nama dia)
1 periuk, 1 kuali, 1 senduk, 1 sudip , 1 jug air dan bbrp cawan melamine
Juga bbrp keping daun pisang..

Kenapa ada lighter bagai tu...?
Sebab kami kena memasak guna kayu api ye..
xde dapo.. xde tong gas..

Pinggan pulak guna polistrin yang diberi hanya bbrp keping utk 3 hari tu..
jadiknyer.. lepas pakai kena basuh la jawabnyer..
kalau idak nk makan atas ape...
sudu garfu semua tu tarakkk.. 
mmg kami merasa hidup susah la selama 3 hari tu..

So.. setelah mentelaah brg2 yg ada..
kami memulakan menu pertama kami...
oh ya.. bahan mentah diberikan ye.. 
iaitu..

"

"

"

"

"

A.Y.A.M

3 hari kami makan ayammmmmmm je.. hahahaha..
nasib baik diorg x suruh pi tangkap ayam sendiri.. sembelih dan cabut bulu..
haru biru jadiknyer.. hahahaha.. 

...............................................

OK... nk selit sekejap my first GIVEAWAY yang aku nk buat nie..
 tapi hadiah x seberapa..
saje suka2 nk buat..
harap ada yg sudi join.. ;)

Giveaway aku simple dimple sgt ye..
xyah la nk follow2 bagai.. x kisah pon..
xyah nk wat entry bagai... x kisah pon..

~korang just nyatakan jawapan kt ruangan komen kt entry ni je..
letak la sekali nama dan link ke blog korang..
blh la aku jenguk2 korang nnti2 kan.. ;)

~Dan aku nyatakan terus ape hadiahnyer...
so kalau korang rasa nak hadiah tu.. blh la join..
if korang rasa.. "eleh.. x best langsung hadiah dia".. so x yah la join erk..

Hadiah utama: 1 set Tepung Goreng Rangup

2 x Hadiah kedua : Serbuk Cheese 200g

2 x Hadiah saguhati : 3 kupon Rasamas
Rasamas A
Rasamas B

~Hanya warganegara Malaysia shj yang layak menyertai GA nie..
aku x reti nk uruskan pos jauh2 nie.. huhuhu..
lgpon ni GA pertama.. kita kasik org Malaysia dulu erk.. hihihi..
dan.. warning awal2 ye..
warga kerja Shahputra dilarang join.. 
sbb korang confirm tau menu ape kan.. hahahaha..
termasuk sedara mara adik beradik korang pon x boleh.. sorry guys..
bg la chance kt feminat aku nk join.. hahahaha..

So.. ini soalannyer......

drumroll pls...



"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"


Dari bahan2 memasak yang dinyatakan di atas... saya telah memasak 2 jenis menu..
apakah menu tersebut?..
 Hadiah utama~ jawapan paling tepat dan pantas   

Hadiah kedua & saguhati 
~ sy akan kumpulkan jawapan yg betul
dan
pilih secara random.. mengikut turutan ye..
1st dan 2nd terpilih dapatlah hadiah kedua ..
3rd dan 4th terpilih dapatlah hadiah saguhati tu..
*hadiah akan dipos menggunakan pos biasa

Tarikh tutup adalah pada 26hb Februari 2012

~~~~so selamat mencuba~~~~

5 HADIAH DISEDIAKAN
TAK SALAH JIKA ANDA NK MENCUBA.. MANA TAU REZEKI.. 

*opsss lupe nk pesan.. hanya dibenarkan menjawab SEKALI sahaja ye.. :)

Friday, February 17, 2012

Happy 5th Birthday Nuffnang!

 

Hi Nuffnangers!

Can you believe it, it feels just like yesterday that we threw our first birthday anniversary – the Nuffnang Pajama Party! And just in a blink of an eye, we’re on to celebrating 5 years of awesomeness!

Ladies and gentlemen, we bring to you the event that will surely blow your mind! Okay, we exaggerate but this is nothing short of amazing and ecstatic as we present to you... Nuffnang’s 5th Birthday Bash! Goodness, we can’t believe our once little-baby is growing up! *tears*
If you want to party with the Nuffies (and maybe eat some cakes too!) do checkout our blog post here and do participate before 12pm, 22nd February 2012 (Wednesday)!

See you there!

Cheers,
Community Relations,
Nuffnang Sdn Bhd


Monday, February 13, 2012

Mee Rebus

Assalamualaikum...

sengal2 badan masih terasa..
sakit otot betis.. peha.. sakit blkg.. tangan.. semua ada..
muka.. hidung dan tangan sun-burn.. mula terasa pedih.. huhuhu..

So utk dinner..
just a simple menu..
Mee Rebus.. layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...



1 bungkus mee lidi - rebus sehingga lembut
  2 biji bawang besar *dikisar
2 ulas bawang putih *dikisar
1 sudu besar lada hitam *dikisar
1 keping Fish Cake *dipotong kecil
6 biji Gaijor *dipotong kecil
Ayam - *dipotong kecil
1 batang lobak merah (dipotong panjang)
Sayur Pak Choy *potong kecil dan basuh bersih
 Air dan Garam secukupnya

Cara-cara:-
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hitam.
Masukkan air dan ayam. Masak sehingga ayam empuk
Masukkan fish cake, gaijor dan karot. Kemudian sayur pak choy 
Perasakan dgn garam. Blh dihidangkan terus bersama mee atau asingkan dulu.

Nk tido dah.. penat dan mengantok.. bye..

*cerita pasal team bulding nnti2 lah ye.. penatttttttttttttt!..

Sunday, February 12, 2012

Yeay.. sy dh balik dr outstation...

Assalamualaikum...

Petang tadi aku br sampai di rumah..
setelah 3 hari 2 malam ber 'outstation'..

Sebenarnya.. aku bersama2 semua warga kerja Kolej Universiti Shahputra..
pergi ke Agro Resort Semuji utk team bulding kami..

Utk pengetahuan korang..
aku ni kalau ada program dlm hutan2 nie..
satu je permasalahan aku..
aku takut binatang nie...

"

"

"
"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"


PACAT!!!!!!!!!!!!

Ya Allah.. aku takut sampai nk nangis tau kalau nk g hutan..
habis semua menda aku spray kt kaki..
ikat bawah kaki seluar dgn getah.. macam2 cara nk buat..
tp yg pasti dok dlm hutan tu mmg x tenteram lah.. huhuhu..

Tp serius to say..
aktiviti masuk2 hutan ni.. aku suka.. cuma pacat je aku takut..
if pacat2 tu x de.. aku pasti dpt menikmati rasa seronok dok dlm hutan..
team members aku saje.. kena attack dgn pacat.. 3 orang tau!..
team org lain sorang2 je kena.. cam aku sampai 3 orang.. what the happend kan?..
saje nk menambakan ketakutan dan rasa nk menangis kt situ jugak...
tp sbb badan besar.. kalau nangis dan meraung sbb pacat.. x cun la babe.. hahaha..
tp rasanyer kalau dh kena.. aku mmg dh x layan cun ke idak.. jerit je... hahahaha..

Ok.. nnti aku amik masa skit story pasal aktiviti sepanjang berada kt Agro Resort Semuji tu..
seronok.. serius seronok...
tp biasa la ada part2 yg x seronok kan.. hihihi..
now nk basuh baju yg selambak tu..

see u guys then.. bye

Thursday, February 9, 2012

Checkerboard Cake bertukar menjadik Motherboard Cake.. huhuhu..

Assalamualaikum..

Kek ni aku buat hari ahad yg lalu..
saje buat..
sbb nk test checkerboard pan hadiah GA dari Kak Anim..
adunan kek tu adalah kek butter biasa..
kesilapan berlaku sebab..
aku guna fresh cream dalam keadaan tergesa2..
kek x sempat sejuk dh sapu cream..
pehtu aku layer pulak dgn blueberry filling..
so bile kek x set sepenuhnya..
masa nk potong.. semua cair..
meleleh2 layer tgh kek tu..
terus jadik x senonoh.. huhuhu..

Takpe lah..
belajar dr kesilapan..
tetap nk letak dlm blog..
sekadar berkongsi pengalaman..
tak salah kan?.. :)

 Oh.. maaflah.. kek x lawa pon nk tunjuk..
 (menyorok bawah meja.. maluuuu )

*sorry kak anim.. zura tlh failed guna pan tu.. nnti zura cuba lg ye.. :)


Tuesday, February 7, 2012

MAY I HAVE YOUR ATTENTION PLEASE!

MAY I HAVE YOUR ATTENTION PLEASE!..

ehem ehem..
ingin dimaklum kepada semua pelanggan2 ku yg dikasihi..
sy akan "outstation" bermula Jumaat - Ahad ini (10-12.2.12)
Oleh yang demikian, utk urusan pos adalah sehingga Khamis minggu ini sahaja..
Utk yg self-pickup pon boleh dibuat sehingga Khamis minggu ni sahaja..
Kalau terlepas.. minggu depan pulak lah kite berurusan ye..

Terima kasih daun keladi..

Thursday, February 2, 2012

Daging Lompap

Assalamualaikum..

Masa si Izah dh tayang daging lompap ni..
aku dh kecur air liur.. sabarrrrrr...
Sekali si Mas pon tayang jgk daging lompap ni..
adeyh.. x leh tahan weh...

Blk keje tadi singgah kedai beli daging..
bahan2 lain dh ada...
potong2 daging siap2 bahan...
then mulakan projek..
aku kurangkan cili api tu..
risau mak abah x leh nk makan kalau pedas sgt..

Dan pada tekak aku..
sgt la mabeles!!!..
nasib baik izah dgn mas cakap sedap tu betol..
kalau x betol kzura lompap korang..
hahahaha..
 
Kzura minta ijin dgn izah nk copy paste resepi ye..
tq jah... :)



DAGING LOMPAP

BAHAN-BAHANNYA....
500 - 600 grams daging
dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan..
13 biji cili padi  *
3 biji cili hijau  *
1 biji bawang besar  *
1 inci halia  *
2 ulas bawang putih  *
1 batang serai dititik
 2 biji cili merah dipotong serong2
1 batang celery dihiris2
1 ketul chicken cube
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air
 *zura tambah potongan bawang (dipotong bulat)


CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
Kisar sume bahan2 yang bertanda  *
Panaskan minyak...tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
Masukkan daging....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...
biarkan daging empuk...
Masukkan chicken cube...garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api....


 Daging lompap tu aku buat berkuah skit..
sbb sayur pon goreng je.. x de kuah..
sayur tu aku masak sayur kobis goreng bertelur je..
mmg peberet.. :)
Ok.. selamat mencuba semua.. :)

Wednesday, February 1, 2012

Suci Dalam Debu~Ustaz Don - Sham Kamikaze - Tuan Syed Mohd Norhisyam - Ustaz Badlishah

Assalamualaikum..

Sambungan entry tadi..

Semlm, 31.1.2012 diadakan satu ceramah agama
dengan tajuk "Suci Dalam Debu"..
di Kolej Universiti Shahputra Kuantan (opis aku ler tu).. ;)

Panel2 utk ceramah tersebut terdiri dari...
Ustaz Don, Sham Kamikaze dan Tuan Syed Mohd Norhisyam..
dan Ustaz Badlishah sebagai moderator..

Alhamdulillah..
rasanyer ape yg disampaikan.. memberi kesan kepada semua penonton..
termasuklah diriku jua..
insya-Allah.. moga diri ini mendapat hidayah dari Mu, Ya Allah..





ustaz don tersipu malu diusik oleh Tuan Syed Mohd Norhisyam.. hehehe..

*semua gambar di atas adalah dari henpon cap ayam ku.. 
so kualiti kurang memberangsangkan.. huhuhu..



 
Sham Kamikaze memetik gitar memainkan instrumental yg sgt menyentuh perasaan.. mengalir air mata beliau.. dan aku juga.. huhuhu..


 

*semua gambar ni credit to Nora Eypu dan Faez Shahputra.. tq guys ;)

*ingat pesanan Sham Kamikaze.. x perlu la nk share citer2 tak berfaedah spt gosip dan sekutunya (cth :beautifulnara).. huhuhu..

so kawan2.. x yah la kite dok copy paste citer dr blog2 gosip tu.. kite dikira sebagai bersubahat tau.. menyebarkan aib dan keburukan org lain.. lepas baca sudah.. x perlu nk share2.. 
(PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI)

Anda Kenal Mereka?..

Assalamualaikum..

Anda kenal mereka berdua ini?..

Jap lg sy upload lg byk gambar..



Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...